Mulanya dia sendiri takut untuk sertai Muay Thai, tetapi atas saranan ibunya, Shamien Adriana Shamsul Bahri, 12 tahun akur. Bayangkan tidak sekadar mampu mempertahankan diri dari segala ancaman, Adriana juga mampu kurus apabila terikat dengan sesi latihan selama 10 jam selama seminggu. Jadi bagi mak-mak yang nak kurus, anda boleh mencuba untuk bermuaythai.
Perkara ini menjadi sesuatu yang begitu menyeronokkan apabila dua daripada abangnya terlebih dahulu menyertai seni bela diri ini. Malahan merekalah yang memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi padanya untuk turut serta.
‘Walaupun ada yang memandang serong apabila saya mula sertai Muay Thai. Tetapi ianya tidak mematahkan semangat saya. Bagi saya, zaman sekarang apa yang lelaki buat, tiada salahnya perempuan pun lakukan, semuanya bergantung pada kemahuan. Saya langsung tak berasa janggal menjadi fighter Muay Thai.
“Kelebihan yang dapat saya rasakan apabila sertai Muay Thai adalah berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang sekeliling yang mempunyai macam-macam cara untuk membuli.
“Malah kelebihan Muay Thai adalah mempunyai badan yang sihat yang secara tidak langsung saya dapat kuruskan badan. Saya juga teruja kerana sukan ini adalah lain dari yang kebiasaan ada di sekolah. Setakat ini, sayalah orang pertama yang mewakili sekolah dalam sukan ini,” ujar Adriana panjang lebar.
Teruja Bila Dah Kurus & Dapat Pingat
Ads
Setakat menyertai seni bela diri Muay Thai, Adriana cukup teruja apabila menempa kejayaan demi kejayaan menumbangkan lawannnya dalam setiap pertandingan yang dianjurkan pihak persatuannya. Selain dapat membuktikan kemampuan diri, Adriana juga berbangga dapat mengharumkan nama sekolahnya.
Biar pun sering mengalami luka-luka dan lebam, ianya langsung tidak mematahkan semangat seorang pejuang. Baginya perkara ini menjadi asam, garam dalam seni mempertahankan diri. Akibat sering terjadi, Adriana jadi tidak gentar.
Muay Thai yang dianggap sebagai seni mempertahankan diri yang mengancam dan paling digeruni di dunia membuatkan gadis ini tertarik dengan seni bela diri ini.
Ads
“Diam tak diam, saya telah terlibat selama lapan bulan terlibat dalam Muay Thai dan telah berjaya memungut pingat emas di peringkat kebangsaan. Doakan saya berjaya mewakili Malaysia pada peringkat antarabangsa kelak.
‘Selain diri sendiri, mamalah yang jadi pendorong utama untuk saya terus kekal bersemangat untuk berjuang dalam mendapatkan pingat. Terima kasih mama atas segala pengorbanan selama ini,” ungkap Adriana terharu, seraya menutup bicara.
Ads
INFO:
Seni mempertahankan diri Muay Thai yang berasal dari negara Thai bukan lagi asing di kalangan masyarakat Malaysia. Jika selama ini seni mempertahankan diri ini sinonim dengan lelaki tapi siapa sangka golongan gadis juga tidak terkecuali.
Sebenarnya seni mempertahan diri yang berasal dari negara jiran, Thailand telah berusia beratus tahun lamanya. Amalan seni bela diri Muay Thai sebagai salah satu teknik membela diri dipercayai mengalami evolusi ketika Thailand menerima pengaruh daripada negara-negara jiran sewaktu proses pembentukan pemerintahannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sampainya hati seorang adik, sanggup biarkan kakaknya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) sendirian dirumah, terbaring lemah dalam keadaan kotor dan tidak terurus, malah lantai dipenuhi najis dan sampah!
Memetik laporan Berita Harian, suara jeritan dari dapur di sebuah rumah di Pengkalan Chepa di sini membawa penemuan seorang wanita dalam keadaan tidak bermaya.Mangsa Wan Hasmarina Wan Mohammad berusia 44, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) kategori lembam ditemui dalam keadaan lemah dan kotor malah di lantai penuh dengan najis mangsa.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata jeritan mangsa didengari seorang jiran pada jam 9.15 malam tadi yang curiga sebelum bertindak mengintai dari cermin tingkap sebelum menghubungi pihak polis.
“Anggota kami segera ke lokasi di Taman Pinggiran Industri dan apabila tiba, keadaan rumah berkunci sebelum anggota bertindak memecahkan pintu dapur. Sebaik pintu dipecahkan mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berbau hamis serta busuk disebabkan keadaannya yang tidak terurus dan najis turut ditemui di lantai.
“Kita percaya mangsa berkeadaan begitu (tidak terurus) sudah lama melihat kepada keadaannya yang lemah dan susuk badan yang kurus,” katanya ketika dihubungi.
Tinggal Bersama Adik Perempuan
Mangsa tinggal bersama adik perempuannya yang berusia 40 tahun yang sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur sebelum mereka berpindah ke Pengkalan Chepa sejak enam bulan lalu. Adik perempuan mangsa bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di sini dan ketika serbuan dibuat tiada di rumah. Mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menerima rawatan lanjut. Ismail berkata siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenalpasti sama ada mangsa diabaikan penjaga atau mempunyai sebarang unsur lain.
Ketika ditemui di hospital, mangsa yang sedang dirawat mengadu sejuk dan lapar, manakala adik perempuan mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk soal siasat.
Direman 3 Hari
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Tuan Ruzuaini Tuan Lah kepada wanita berusia 40 tahun itu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata wanita terbabit direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui kejadian sama ada mangsa diabaikan atau sebaliknya,” katanya.
Jika sabit kesalahan, wanita itu boleh dipenjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Mingguan Wanita mengucapkan semoga kesihatan kakak malang ini kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.Ikatan adik beradik sedarah sedaging merupakan satu amanah yang selayaknya dilayan dengan sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi jika ada dikalangan ahli keluarga yang kategori istimewa. Jika tidak mahu atau tidak mampu untuk menguruskan mereka, hantarlah ke rumah kebajikan atau pusat penjagaan. Janganlah dibiarkan sahaja dan menganiaya mereka.
Bila penyanyi Elyana umum dirinya penghidap kanser Limfoma (kanser kalenjar) tahap 4 dalam konsert Gegar Vaganza 4, ramai yang terkejut.
Kisah Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 30 pun banyak sekali dikongsikan di media cetak mahupun online.
Dalam perkongsian, ada juga individu yang mengambil kesempatan. Mengaku itu dan ini sehingga membuatkan Elyana terpaksa menjelaskan keadaan sebenar di instagram miliknya.
“Ramai yang mengeluarkan statement mengatakan bahawa mereka kawan baik saya (bff) dan dah lama tahu tentang kanser saya serta menyimpan rahsia tentang penyakit saya selama ini.
“Sedangkan saya tidak pernah memberitahu mereka apatah lagi bercakap mengenai hal ini kerana tidak terlalu rapat.
“Yang cakap saya belajar satu University pun ada. Saya tak pernah masuk University, sebab dari dulu dah bijak.. hahhaha
“Bukannya apa, kerana mereka bukan orang yang benar-benar tahu tentang saya jadi takut tersalah beri Information. Itu saja.”
Luah Elyana yang turut memuat naik gambarnya bersama sahabat baiknya, Sasqia Dahuri yang pernah melakonkan watak Cikgu Siti dalam drama misteri Wan Peah.
Saya Takut Ramai Yang Tertipu
Ada juga yang mengakui Elyana mengambil produk mereka yang dijual. Hal inilah membuatkan dia perlu tampil memberi kenyataan yang benar agar tak ada yang tertipu.
“Yang cakap saya makan product yang mereka jual pun banyak.
“Jangan lah ambil kesempatan dan berbohong. Tak baik. Saya takut ramai yang tertipu saja.”
Sahabat Yang Pernah Menangis Bersama
“Dia yang di dalam gambar ini adalah benar-benar sahabat saya yang mengetahui tentang saya dari mulut saya sendiri.”
Sahabat lain yang pernah menangis bersamanya adalah Anita Baharom, Zuhairy, Sherry Ibrahim dan Datin Anne Ngasri.
“But saya ok je tetapi saya terpaksa clearkan perkara ni kerana ramai yang bertanya pada saya dan Keliru.”
“Terima Kasih yang mendoakan saya. Semoga Allah membalas kebaikan anda semua.”
Elyana juga terpaksa menutup bahagian komen kerana takut nama-nama yang tak bersalah ditag.
Semoga dengan penjelasan yang dikongsikan Elyana ini akan lebih menjernihkan suasana dan dapat mengelakkan ramai pihak terkeliru.
Viral dari semalam kisah seorang peraih getah berusia 41 tahun yang menikahi kanak-kanak berusia 11 tahun di Selatan Thailand. Akui suami berkenaan, pernikahannya dengan isteri ketiganya yang berlangsung di Selatan Thailand itu hanyalah tanda ‘ikat’ sahaja.
Yang mana, dia tidak lagi tinggal bersama pasangannya. Sebaliknya, isteri ketiganya itu masih di bawah jagaan ibu mentuanya. Dengan kata mudahnya, mereka ‘nikah gantung’.
“Saya nikah gantung dan tidak tinggal bersama isteri ketiga. Dia masih berada di bawah jagaan ibu bapanya dan kami sudah berjanji akan mengambil isteri saya apabila dia cukup umur.”
Dan sebelum melangsungkan perkahwinan ini, dia dah siap-siap tanya pada mereka yang lebih arif di negara jiran itu.
“Perkara ini tidak salah kerana saya sudah rujuk mereka yang lebih arif di Selatan Thailand. Janganlah menyalahkan saya dan mengaibkan kami.”
“Saya mengenali isteri ketiga saya sudah lama dan saya menyembunyikan pernikahan ini untuk mengelakkan terjadinya perselisihan faham bagi dua isteri lain.
Isteri Ketiga Selalu Tidur Di Rumah Isteri Pertama
Pernikahan lelaki ini mula menjadi viral apabila isteri keduanya memuat naik status facebook dengan mengucapkan tahniah di atas perkahwinan suaminya itu, beserta gambar pernikahan mereka.
Difahamkan isteri ketiganya itu merupakan kenalan kepada anaknya dari perkahwinan bersama isteri pertama.
Dalam laporan Mstar menyebut “Isteri baharunya itu kawan dengan anak tiri saya yang berusia 15 tahun. Dia (isteri ketiga selalu tidur di rumah isteri pertama memandangkan emaknya kerja tukang masak di kedai makan madu saya (isteri pertama) itu.”
Hasil dari perkongsian perkahwinan sebelumnya lelaki ini mempunyai dua orang anak dengan isteri pertama dan empat orang anak dari isteri kedua. Difahamkan sebelum memuat naik status tersebut, isteri keduanya itu telahpun berbincang keizinan daripada isteri pertamanya.
Setelah kisah pernikahan suaminya menjadi viral, status berkenaan mula dipadamkan dari akaun facebook isteri keduanya itu.
Tindakan suami berkenaan mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen yang mana rata-rata tidak bersetuju dengan tindakannya menikahi gadis di bawah umur.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...