Bukan Gulai Tapi Daging Masak Rempah Sedap, Mudahnya Tak Perlu Tumis!

Share

Buat mak-mak yang suka resipi ringkas dan mudah nak masak boleh cuba resipi daging masak rempah yang sedap ni. Menariknya ia tak perlu ditumis seperti kebanyakan masakan lain, hanya perlu masukkan sahaja kesemua bahan-bahan dalam kuali.

Berikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Masni Bahari
sebagai rujukan;

“Ni namanya ‘Daging Masak Rempah’ bukan gulai daging tau..jauh bezanya na..mai kami bagi resepi kat ampa”

Bahan-Bahan:

Daging (dipotong tebal sikit dan lebar)
Rempah kari daging
Serai (diketuk)
Air asam jawa
Kicap
4 sekawan
Sedikit gula
Garam dan serbok perasa
Daun kari
Minyak masak

Bahan Kisar

Bawang besar
Bawang putih
Halia

Bahan Hiasan

Tomato (dibelah 4)
Cili hijau
Bawang besar (dihiris tebal)

Cara Membuat:

1.Masukkan daging dalam kuali selepas itu tuang bahan kisar, rempah kari, serai, daun kari, 4 sekawan minyak dan air sikit.
2.Masak sampai daging empuk.
3.Bila daging dah empuk tuang kicap, air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa.
4.Bila kuah dah pekat elok dah boleh letak bahan hiasan tadi.Kacau-kacau siap untuk dihidang.

Baca Disini; Wanita Ini Kongsi Resipi Lengkap Perapan Daging Sedap & Sos Lada Hitam Pedas Berkrim Viral!

MW: Mudah dan ringkas sangat resipi ni..bahan-bahan pun tak banyak. Paling penting tak perlu ditumis, lebur je semua dalam kuali. Memang mak-mak kena cuba!

Sumber: Masni Bahari

Published by
Suhaidah Abd Wahab