Buat mak-mak yang suka resipi ringkas dan mudah nak masak boleh cuba resipi daging masak rempah yang sedap ni. Menariknya ia tak perlu ditumis seperti kebanyakan masakan lain, hanya perlu masukkan sahaja kesemua bahan-bahan dalam kuali.
Berikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Masni Bahari sebagai rujukan;
“Ni namanya ‘Daging Masak Rempah’ bukan gulai daging tau..jauh bezanya na..mai kami bagi resepi kat ampa”
Bahan-Bahan:
Daging (dipotong tebal sikit dan lebar)
Rempah kari daging
Serai (diketuk)
Air asam jawa
Kicap
4 sekawan
Sedikit gula
Garam dan serbok perasa
Daun kari
Minyak masak
Ads
Bahan Kisar
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Bahan Hiasan
Tomato (dibelah 4)
Cili hijau
Bawang besar (dihiris tebal)
Ads
Cara Membuat:
1.Masukkan daging dalam kuali selepas itu tuang bahan kisar, rempah kari, serai, daun kari, 4 sekawan minyak dan air sikit.
2.Masak sampai daging empuk.
3.Bila daging dah empuk tuang kicap, air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa.
4.Bila kuah dah pekat elok dah boleh letak bahan hiasan tadi.Kacau-kacau siap untuk dihidang.
MW: Mudah dan ringkas sangat resipi ni..bahan-bahan pun tak banyak. Paling penting tak perlu ditumis, lebur je semua dalam kuali. Memang mak-mak kena cuba!
Biasa kalau makan di kedai tomyam, mesti kita akan ambil telur dadar. Rasa dan crispynya memang susah untuk kita buat di rumah. Kadang-kadang terfikir juga macam mana resipi yang digunakan supaya ia garing dan sedap.
Kalau cuba buat di rumah pun mesti akan gagal. Tak seperti yang kita makan di kedai tomyam. Apa rahsianya supaya telur dadar crispy dengan lembut di dalamnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Fika Chan dalam video tiktoknya. Rupanya nak bagi telur dadar crispy cuma perlu masukkan 1 sudu cuka masakan dan satu sudu air. Boleh cuba nanti.
Nak tahu jadi atau tidak kek yag kita buat itu, bukan setakat tempoh membakar atau bahan yang digunakan saja. Tapi kena tengok pada ‘cantik kejadiannya’ termasuklah kek brownies yang terletak pada kedut brownies. Inilah rahsia yang perlu mak-mak tahu.
Jangan fikir, bila bahan yang digunakan sudah cukup, cara bakar dah betul , ia boleh jadi kek brownies yang sempurna. Ada rahsia nak pastikan kedut brownies itu cantik rupanya.
Perkongsian daripada Nieza Nor Hamnira ini boleh membantu mak-mak untuk hasilkan kedut brownies yang cantik. Nanti bolehlah buat niaga.
Dalam gambar, itu hasil brownies saya. Resepi sama, jenama coklat sama. Teknik buat sama. Bakar dalam oven yang sama, suhu sama, api atas bawah yang sama, loyang ia sebelah-menyebelah.
Bila dah keluar oven, satu kedut dan satu lagi tak kedut! Adoi.
Saya dah tahu puncanya kenapa satu kedut, satu tak. Dulu kata nak kasi kedut kena pakai coklat jenama, coklat premium, telur itulah, butter itu lah. Sebenarnya, bukan ye!
Rahsianya Di Sini
Rahsia untuk dapatkan kedut brownies yang cantik (guna mana-mana resepi) ialah :
1) Pukul gula dan telur hingga warna kuning telur menjadi sedikit cerah
2) Pastikan cairan coklat yang didouble-boil TIDAK SEJUK @ MASIH PANAS hingga ia menjadi likat. Ia harus cair berkilat. Sebaiknya, selepas double boil, terus pukul telur & gula, terus masukkan cairan coklat, kacau sebati dan kemudian masukkan tepung.
Tiada perubahan dari segi pembakaran oven atau apa-apa selain kedua di atas.
Telur dan gula pukul hingga sedikit krim, cairan coklat TIDAK SEJUK @ MASIH PANAS.
Jenama coklat tak kisah apa pun, mahal murah bukan itu penyebab tiada kedut.
Semoga bermanfaat, selamat mendapat kedutan yang cantik! Selamat mencuba.
Nota : MASIH PANAS maksudnya dibiarkan sekejap setelah dipanaskan
#cikgukekrugged
MW: Kalau dah cantik, barulah ada selera nak makan kan. Anak-anak pun mesti suka.
Resipi roti, biasanya nak mudah dan cepat, mak-mak akan beli saja kat kedai. Lagipun anak-anak suka makan. Kalau tak sempat nak buat sarapan, makan roti pun dah cukup kenyang.
Sebenarnya boleh saja mak-mak buat sendiri resipi roti ini. Jangan pula fikir perlu ada mixer baru boleh buat. Boleh saja guna tangan pun, yang penting bahan-bahannya cukup.
Perongsian menarik kali ini adalah cara nak buat resipi roti dengan hanya adun guna tangan saja. Bukan setakat mudah tapi modal pun murah, tak sampai RM5 pun.
Ini resipi roti gebu yang paling mudah untuk a-mak. Tak perlu nak mixer dan bahan utama pun hanya tepung dan yis saja.
Caranya:
Inilah hasilnya.
Walaupun uli tanpa mixer dan hanya guna tangan tapi ia tetap jadi roti yang gebu dan sedap.
Inilah yis yang senang mak-mak nak cari. Banyak dijual.
Bahan utama ialah 2 sudu besar tepung yang dicampur dengan 1 cawan air.
Sementara untuk yis pula, ½ cawan air suam dengan 2 sudu besar gula. Campur dan yis akan berbuih selepas 10 minit. Biarkan lebih kurang 10-15 minit.
Selepas itu, ambil bekas dan campurkan dengan 1 kg tepung gandum. Lubangkan bahagian tengah dan letakkan satu biji telur. Masukkan 3 sudu besar marjerin, 3 sudu besar pelembut doh, sedikit garam halus, 4 sudu besar susu tepun, ½ sudu besar serbuk penaik, 5 sudu besar gula. Satukan sehingga menjadi serbuk roti.
Masukkan 1/2 cawan air yis berbuih tadi.
Masukkan 1 cawan air sejuk.
Sediakan ½ cawan air lagi sekadar untuk lembutkan doh dan tidak melekat pada tangan. Siap sedia dengan 1 cawan tepung sambil uli dan tabur supaya tak melekat pada tangan.
10. Uli sehingga doh menjadi licin dan tak melekat pada tangan.
11. Masukkan ke dalam bekas yang besar dan tutup supaya ia kembang. Jangan lupa taburkan sedikit tepung.
12. Biarkan adunan tersebut dan tutup dengan tuala.
13. Selepas 40-45 minit, adunan akan naik sekali ganda.
14. Tumbuk dan buang angin pada adunan tadi.
15. Bentukkan bulat-bulat dan masukkan dalam loyang yang telah disapu minyak.
16. Sementara itu, panaskan oven 100 darjah selsius selama 30 minit. Biarkan loyang adunan roti itu terbuka.
17. Selepas itu, bakar dalam haba oven yang panas. Agak-agak bila dah penuh loyang roti itu mengembang, sapukan marjerin di atasnya.
18. Bakar pada suhu 15- darjah selsius selama 45 minit dengan api atas bawah.
19. Dah masak, boleh cicah dengan kopi.
20. Nak simpan roti lembut berhari-hari, masukkan dalam bekas tertutup.
Mingguan Wanita : Kalau anak suka makan roti, memangberbaloi buat sendiri kt rumah. Modal pun tak banyak.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...