Bukan Cemburu, Tapi Kalau Muat Naik Status Mengundang, Mesti Orang Tegur Demi Keselamatan

Share

Media sosial memang hak peribadi. Namun begitu harus dingat, tidak semua yang mak ayah kongsikan hanya mendapat perhatian daripada orang yang baik-baik sahaja.

Tanpa sedar dalam mak, ayah memuat naik gambar atau status kebahagiaan serta kesenangan, ada insan-insan yang tidak bertanggungjawab sedang merangka sesuatu yang jahat tanpa pengetahuan kita.

Bukan soal cemburu atau dengki, tapi kalau muat naik status yang mengundang, mesti orang tegur demi keselamatan mak,ayah juga. Baik sama-sama beringat sebelum terkena, betul tak?

Tegur Bukan Kerana Cemburu

“Alahai, jenis jealous, dengki…”

Korang rasa, it is good to up gambar beli barang kemas baru atau ada duit cash beribu-ribu dalam rumah?

Selepas itu check in location rumah, tempat korang duduk…

Memang hak masing-masing untuk up apa saja yang dia nak up…

Kita yang komen ini, kita yang bagi pendapat ini, bukanlah jealous dengan “kemampuan” dia, bukanlah dengki dengan apa yang dia miliki tu…

Dia nak beli apa, dia nak pakai apa, dia nak guna untuk apa, hak dia…

Tapi Kalau Muat Naik Status Mengundang, Memang Patut Ditegur

Cuma bila kita post, pernah tak kita fikir soal keselamatan?

Kita post harta kita, barang kemas kita, duit kita, selepas itu dekat post kita itu, ada lokasi kita…

Kejap saja kita ini boleh jadi sasaran penjenayah… Kejap saja orang sudah target kita dan rumah kita asbab mereka tahu apa yang kita ada…

Kalau post makanan, orang tak akan masuk umah kita untuk curi makanan kita…

Tapi kalau post barang kemas, duit ringgit, ini bahaya… Ramai yang sesak, ramai yang terdesak, penjenayah ramai dan mereka juga ada sosial media…

Mesti Orang Tegur Demi Keselamatan

Berhati-hatilah sikit ya bila hendak post sesuatu… Orang tegur bukan sebab cemburu atau dengki, tapi atas faktor keselamatanlah orang tegur…

Banyak sudah kes orang buat live tunjuk cash, barang kemas. Selepas itu, pejabat orang masuk, rumah orang masuk, kena ragut dan sebagainya…

Kalau tak nak dengar, maka terpulang… Sudah jadi nanti, jangan kata tak pesan pulak.

MW: Dalam hidup ini perlu ada batasan. Walaupun kita bebas berkongsi dan meluahkan apa yang kita rasa di media sosial, seharusnya berhati-hati kerana penjenayah berada di mana-mana.

Sumber: Firdaus Shakirin

Published by
Nur Syazwani Mehat