Bukan Cari Perhatian, Derita Kebimbangan Melampau Itu Pedih Sungguh

Share

Bila mana pelakon terkenal, Datin Diana Danielle memuat naik kesakitan ‘anxiety’ yang sedang dialaminya sedarlah betapa penyakit itu sememangnya wujud malah bukan dibuat-buat atau pun pesakitnya mengada-ngada, minta perhatian.

Itulah yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Malah statistiknya mencatatkan penyakit mental adalah kedua tertinggi di Malaysia (lapor akhbar Kosmo).

Bak kata, Intan Dzulkefli ini, “Bila terbaca post Diana Danielle tentang anxiety, tertarik dengan komen-komen yang memberi solution. Antaranya berkaitan teknik pernafasan untuk mengurangkan anxiety attack dan punca terjadinya anxiety adalah dari bahagian subconscious mind yang mengawal pernafasan kita.

Bagus sebenarnya apabila seseorang yang dikenali voice out tentang hal ini kerana respon dan spread out akan lebih meluas.”

 

Kredit foto : Instagram Datin Diana Danielle ketika berkongsi kebimbangan melampau yang sedang dialami.

 

Yang Tak Faham Kata Mengada, Semata Cari Perhatian

Emotionally breakdown. Anxiety. Panic disorder. Postpartum Depression.

Orang yang tak faham memang akan kata, mengada-ngada, seeking for an attention (mencari perhatian). Tetapi sebenarnya situasi yang sebenarnya ibarat orang kelemasan yang tenggelam timbul meminta tolong sebelum dada mereka dipenuhi air.

Ia bukan mengada-ngada. Ia bukan dibuat-buat.

Hulurkanlah pelampung jika kita yang melihat. Jika pandai berenang, silalah terjun dan selamatkan mereka ke tepian.’ Begitulah analoginya.

Air Mata Tiba-tiba Keluar Teresak-esak Menangis

Saya masih ingat, waktu awal kahwin, suami minta saya drive ke tempat dia bekerja dan cadangnya selepas itu kami akan terus pulang ke kampung. Saya, walaupun sudah bertahun memiliki lesen memandu tetapi dalam waktu pengajian boleh kira berapa kali saya pegang stereng kereta.

Waktu memandu keluar dari rumah sudah rasa tak selesa. Tak boleh nak describe perasaan itu. Dalam perjalanan tiba-tiba rasa kepala berkecamuk, tangan yang memegang stereng menggeletar seperti sakit Parkinson, dada rasa nak pecah, susah nak bernafas, perut cramp, air mata tiba-tiba keluar teresak-esak menangis.

Struggle sangat untuk cuba fokus, ‘dah nak sampai dah,’ ‘sikit lagi nak sampai dah,’

Alhamdulillah, sampai juga akhirnya, tetapi mengambil masa sekali ganda lamanya.

 

Kredit foto : npwomeshealthcare.com

Jangan Tanya Kenapa, Ia Jadi Lagi Menyakitkan

Suami masa tu belum kenal sangat perangai saya, maklumlah baru kahwin. Itu first time dia deal dengan situasi sebegitu. Dia asyik bertanya, what happened? Tapi saya tak pandai nak explain, end up air mata je keluar masa tu. Dada rasa sakit bila dengar husband bertanya, ‘kenapa, kenapa

Akhirnya suami slow down bila tengok saya makin teruk. Masing-masing berdiam diri dan cuba bertenang. Barulah keadaan bertambah stabil.

Suami sudah tidak lagi bertanya apa-apa kerana dia pun nampak pertanyaannya hanya memburukkan keadaan. Hanya tangannya tetap mengurut bahu dan lengan. Sesekali digenggamnya jemari tangan. Alhamdulillah. That’s was helpful.

Mungkin situasi ini tak seteruk yang Diana Daniele atau ramai lagi orang lain hadapi di luar sana. Tetapi ia tugas semua untuk create awareness.

 

Jika Ada Tanda ‘Anxiety’, Sila Lakukan Ini

Sesiapa yang pernah mengalami simptom-simptom yang di luar kebiasaan, saya sarankan carilah ilmu dan rujuk orang yang pakar. JANGAN MALU.

(+) Carilah info dan ilmu tentang ketidakstabilan kesihatan mental. Paling tidak google dan compare dengan simptom yang sedang/sering dihadapi
(+) Merujuk perunding kesihatan yang bertauliah, membuat ujian DASS (untuk mengetahui tahap sakit dan jenis sakit) dan mengambil preskripsi yang dinasihatkan doktor (jika perlu)
(+) Belajar teknik pernafasan dan kawalan diri sekiranya simptom penyakit menyerang, atau cara mengurangkan serangan.
(+) Pastikan tidak meneruskan pemanduan, memegang benda berbahaya (pisau, gunting) atau berada di tempat berbahaya seperti tepi tangga ketika simptom penyakit menyerang.
(+) Menyertai group sokongan public/closed yang merangkumi pesakit, doktor dan pakar psikologi.
(+) Mencari ilmu tentang diet pemakanan yang berkemungkinan dapat membantu mengurangkan simptom serangan.
(+) Belajar untuk berkongsi masalah, luahan perasaan kepada orang yang dipercayai. Contohnya suami, kawan baik, adik beradik, ibubapa. Pilih orang yang tidak judgemental.

 

Sakit Mental, Sama Serius Macam Cedera Fizikal

Untuk pesakit, jangan sesekali pandang enteng segala simptom yang dihadapi. Sakit mental sama sahaja serius dan perlu dipandang berat seperti sakit fizikal. Malah penyakit mental dikatakan penyakit kedua serius di Malaysia selepas penyakit jantung.

Belajar cara untuk kawal. Kedepanlah untuk proses penyembuhan diri.

Orang yang mendengar dan melihat pula jangan semudahnya melabel. Jika tak boleh membantu, diam sahaja. Tak perlu mengasak dengan pelbagai pertanyaan, atau ‘menasihat’ hal yang hanya menambah burukkan keadaan.

Sakit begini ada banyak peringkat. Ada peringkat yang memerlukan rawatan susulan dan bantuan ubat-ubatan.

Oleh itu, saranan untuk semua golongan supaya memperbanyakkan ilmu tentang penyakit mental supaya yang berpenyakit boleh bertambah baik dan sembuh, manakala yang berada di sekeliling pesakit dapat menjadi tempat sokongan yang lebih baik, insyaAllah.

Baca berita tentang penyakit mental di Malaysia di sini :
https://www.kosmo.com.my/…/penyakit-mental-masalah-kedua-se…

MW : Mak-mak yang ada tanda, jangan buat main-main atau bertidak-tidak menafikan penyakit yang sedang anda alami. Anda bukan mengada apatah lagi mencari perhatian. Segeralah dapatkan rawatan yang sepatutnya seperti yang disarankan dalam artikel.

Sumber/Foto : Intan Dzulkefli

Published by
Netty Ah Hiyer