
Isi Kandungan
ToggleBukan main meriah Roti Jala Puan سنتيرمايانا كاماروددن ini ya, siap ada versi tembikai dan lobak merah! Haaa… kalau mak-mak nak cuba buat resepi roti jala ini, paling penting cari pewarna dulu.
Sesuai sangat untuk dihidangkan majlis hari raya dan kalau nak bisnes pun boleh. Nah, jemput godek resepi ini dulu…
RESEPI ROTI JALA
3 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan air
* pastikan adunan tidak terlalu pekat n tdk terlalu cair.
1 biji telur
* garam secubit rasa
* pewarna merah, oren dan hijau.
* coklat masakan untuk titikkan pada roti jala bentuk tembikai.
CARA MEMBUATNYA:
Adun tepung bersama air yang dicampur garam.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian kemudian tapis agar tdk berketul-ketul atau bland je senang.
Kemudian masuk dalam botol yang ade muncung 3 tu kalau tidak ada guna lah apa-apa alat yang boleh buat corak kat kuali tu.
Lepastu masaklah atas kuali dan corak mengikut krativiti masing-masing.
Dah masak hidang bersama kari ayam atau kari daging.
Nota:
Untuk bintik-bintik roti jala tembikai, boleh guna coklat masakan atau susu yg diwarnakan coklat.

Terpulang nak hias macam mana kretiviti masing-masing.
Selamat mencuba.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rela Ikat Perut MAKAN Sekali Seminggu, Asalkan 6 KUCING Jagaan Tak Berlapar!

Isi Kandungan
ToggleRela Ikat Perut MAKAN Sekali Seminggu, Asalkan 6 KUCING Jagaan Tak Berlapar! Mulia sungguh pengorbanan pemilik kucing-kucing ini, rela berkorban dan mengikat perut sendiri, asalkan kucing-kucing di bawah jagaannya mendapat makanan secukupnya setiap hari.
Krisis Kos Sara Hidup
Seorang wanita menganggur, Yasemn Kaptan hanya makan sekali seminggu supaya dia mempunyai cukup wang untuk memberi makanan enam ekor kucingnya semasa krisis kos sara hidup di Britain, lapor portal berita Daily Mirror semalam.
Kaptan, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU), makan seminggu sekali selama setahun kerana membelanjakan £60 (RM327.08) daripada elaun mingguannya sebanyak £69 (RM376.14) untuk haiwan peliharaannya.
Dia yang berasal dari Tottenham, juga menerima faedah hilang upaya bulanan sebanyak £400 (RM2,180) kerana penyakit menghidap penyakit osteoporosis. Dia membelanjakan wang itu untuk membayar sewa rumah dan bil utiliti.
Tahan Lapar, Minum Teh Pudina
Wanita itu berkata, dia minum teh pudina untuk menahan lapar dan hilang berat 31.75 kilogram (kg) sejak mengurangkan pengambilan makanan serta menjaga kucingnya apabila dia bekerja sebagai pembeli peribadi.
Namun, wanita berkenaan terpaksa meninggalkan pekerjaannya pada 2022 selepas disahkan menghidap osteoporosis, menyebabkan dia mengalami masalah kekurangan wang tetapi dia tidak boleh melepaskan kucing-kucing itu kerana haiwan tersebut membesar bersamanya.
Justeru, dia hanya makan sekali seminggu yang telah menyebabkan berat badannya berkurangan daripada 88.90kg kepada 57.15kg.
Mesti Baca:Gantung Bahan Ni Letak Tepi Sangkar, Berkesan Serap Bau Najis Kucing!
Baca Lagi Di Sini:Tenggelam Dalam Lumpur Panas Gunung Semeru, Kucing Putih Ini DiTemui Masih Hidup
Artikel Menarik:52 Hari Ditinggalkan Dalam Rumah Kosong, KUCING Terdesak Lapar Makan Cebisan Kertas!

Mingguan Wanita: Mulianya hati wanita ini, sanggup menahan lapar mengikat perut, asalkan kucing-kucing tersayang dibawah peliharaannya dapat makan secukupnya.
Sumber:Kosmo, Daily Mail
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Paruppu Vadai Istimewa, Kudapan Enak Lagi Berkhasiat Buat Seisi Keluarga

Paruppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut popular di kalangan berbilang kaum di Malaysia.
Rasa lemak kacang dhal dengan aroma rempah ratus dan daun kari memang mampu membuka selera seisi keluarga. Kudapan ringan namun penuh berkhasiat ini sesuai dinikmati sebagai hidangan minuman petang bersama keluarga tersayang. Cara membuatnya pula tidaklah tidaklah sesukar mana. Jom kita cuba resipi istimewa ini.
Bahan-Bahan:
4 cawan kacang dhal – rendam semalaman atau minimum 4 jam
4 biji bawang besar – dicincang halus
2 biji cili merah (dicincang halus
2 biji cili hijau – dicincang halus
3 tangkai cili kering – dicincang halus
1 sudu besar jintan manis – ditumbuk kasar
2 tangkai daun sup dan daun bawang – dicincang halus
1 tangkai daun kari – dicincang halus
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk perasa
Cara Membuat:
1. Kisar 3 setengah cawan kacang dhal dengan telur dan 1 senduk kecil air.
2. Kemudian,campurkan baki setengah cawan kacang dhal didalam kacang dhal yang telah dikisar tadi.
3. Setelah itu, masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, cili merah,cili hijau,cili kering, daun sup dan daun kari, kacau sebati.
4.Masukkan pula jintan manis, tepung gandum, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Panaskan kuali dengan api perlahan dan kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.

Sumber: Aneka Resipi Kuih Muih
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemanis Mulut Pengat Dan Bubur Pelengkap Hidangan

Isi Kandungan
TogglePemanis mulut ada banyak jenis termasuklah kategori pengat dan bubur. Rasanya yang lemak dan manis, pasti membuatkan sesiapa saja yang menikmatinya tersenyum gembira. Ramai yang pasti menggemari hidangan pemanis mulut. Kalau tak menikmatinya, seolah-olah tak lengkap sajian yang dimakan.
BUBUR BUAH DELIMA
BAHAN-BAHAN:
100gm biji buah delima
250gm santan pekat
450gm air
100gm gula atau secukup rasa
1 1/2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan – simpul
CARA MEMASAK:
- Jerang air sehingga mendidih, masukkan biji delima, masaklah sehingga biji delima timbul. Angkat dan disejukkan. Ketepikan.’
- Di dalam periuk satukan santan, air, gula, garam, tepung jagung dan daun pandan. Kacau sehingga sebati kemudian hidupkan api. Kacau senantiasa sehingga kuah agak memekat, tutupkan api.
- Setelah itu bolehlah dihidangkan dengan meletakkan santan dahulu di dalam bekas bubur kemudian barulah diletakkan biji delima utnuk mendapatkan rupa yang menarik. Boleh dimakan sejuk atau panas.
Lagi resipi di sini:
Uniknya Manisan Tradisional Melayu
Mak-Mak Kena Kreatif Walau Sekadar Masak Manisan Simple, Baru Anak Suka
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
PENGAT PISANG CAMPUR MI SIPUT
BAHAN-BAHAN:
2 biji pisang nangka – bentuk bunga
1 keping mi siput
100gm gula pasir atau secukup rasa
50gm gula merah/melaka
250gm santan
650gm air
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Rebus mi siput sehingga agak kembang, kemudian masukkan pisang.
- Biar ia mereneh sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
- Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.
BUBUR BEBOLA PULUT BERSAGU BERSAMA KELADI
BAHAN BEBOLA PULUT:
100gm tepung pulut
50gm kelapa parut
30gm gula merah/melaka
Sedikit air

Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh tepung jagung
BAHAN UNTUK DOH:
1 helai daun pandan
100gm keladi yang dipotong dadu serta direbus
1/2 sudu teh garam
UNTUK KUAH:
250gm santan pekat
100gm gula pasir
50gm sagu mata ikan yang telah dibasuh dan ditoskan airnya
650ml air untuk merebus
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti kelapa; Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam kuali dan kacau. Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
- Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air. Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh.
- Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 0.50 sen, bentukkan bulat dan leperkan. Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula.
- Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi.
- Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
- Siap untuk dihidangkan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI