Tak ramai lelaki cuba menjadi suami terbaik di mata keluarga, akhirnya kebanyakan isteri makan hati dalam diam.
Tak suruh berlakon nampak tetapi sepatutnya golongan suami kena peka dan pandai jaga hubungan dengan keluarga isteri yang lain. Yelah, kalau dah kahwin dengan isteri, ini bermakna anda juga sudah ‘berkahwin’ dengan ahli keluarganya yang lain.
Cuba ikut tip yang dikongsi oleh saudara Akhtar Syamir, kalau dari awal perkahwinan anda dah hafal cara ini, in shaa Allah bahagia rumah tangga itu milik anda berdua sampai ke hujung nyawa.
Menjadi Suami Terbaik Di Hadapan Keluarga Mentua
Bukan hipokrit, tetapi mengesahkan pemilihan anak mereka itu satu pilihan yang tepat. Ini sentiasa bermain di fikiran saya apabila berada di kalangan ipar duai dan mertua.
Saya nak tanggapan yang baik itu. Saya mahukan isteri saya nampak berjaya di mata keluarganya kerana mempunyai suami yang hebat.
Suami yang hebat ini bukan untuk berbangga-bangga atau perasan, jauh sekali untuk berlagak bagus. Suami yang hebat ialah suami yang membuatkan isterinya nampak hebat.
Bagaimana? Dengan mendahulukan dan mengutamakan isteri terutamanya apabila berada bersama keluarganya.
Ads
Pertama: Utamakan Isteri
Apabila waktu makan tiba, utamakan isteri supaya dia dapat makan bersama keluarganya. Tak salah jika si suami jaga dulu anak yang kecil. Bukan selalu mereka dapat makan bersama.
Kedua: Cipta Pergaulan Yang Baik Dengan Keluarga Isteri
Satu lagi cara membuatkan isteri nampak hebat ialah dengan menjadi ipar dan menantu yang baik. Pergaulan yang baik dengan mertua dan adik beradik isteri sepatutnya menjadi keutamaan yang paling tinggi.
Ads
Kita masuk tempat orang, kita kena bagi orang selesa dengan kita. Jangan jadi seperti pencuri, mengambil sesuatu dari tempat orang dan berlagak seperti orang asing dengan tidak menyesuaikan diri dengan keluarga isteri.
Tanya sepatah, jawabnya sepatah. Muka nak senyum pun susah. Memang nampak seperti si suami tidak mahu berada di situ. Ini antara benda yang sering orang buat tanpa mereka sedari. Saya nampak dengan mata saya sendiri. Pastinya suami itu akan mendapat tanggapan yang tidak baik.
Ketiga: Tonjolkan Kemesraan Dengan Isteri
Bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk mereka tahu yang anak atau adik kakak mereka sedang gembira dan dijaga dengan baik oleh kita.
Ads
Keempat: Cantikkan Isteri
Ini dari segi fizikal isteri, jaga pemakaian dan rupa parasnya. Kalau boleh, isteri nampak lebih cantik berbanding saat pertama kita ambil dia dari keluarganya. Tak salah jika seorang suami berbangga dengan rupa paras isterinya apabila dia berada dengan keluarganya sendiri.
Kelima: Ada Masalah, Bawa Bincang Dulu
Jika ada perbezaan pendapat pada waktu ketika berada bersama mereka, simpan dahulu dan berbincanglah secara baik dengan isteri sahaja tanpa pengetahuan keluarganya. Ingat, persembahkan yang terbaik sahaja. Apa sahaja yang boleh mendatangkan tanggapan yang tidak baik, selesaikanlah di belakang.
Semua ini perlu dibuat bukan sahaja untuk menonjolkan kehebatan isteri, tetapi untuk menjaga aib isteri juga. Jika suami sentiasa moody, bermasam muka, tidak mesra dan nampak tidak selesa, pastinya akan menzahirkan perasaan malu pada diri isteri di hadapan keluarganya sendiri.
Hasilnya, Isteri Bahagia
Pokok pangkalnya, kita tonjolkan kebaikan yang selalu kita buat pada isteri kita kepada keluarganya. Saya percaya, si isteri akan sangat-sangat menghargainya. Hasilnya, perkara yang sama akan dibuat oleh isteri di hadapan keluarga suami pula. Bukankah itu yang terbaik?
Semoga dapat memberi inspirasi. Kongsikan ilmu ini kepada semua. Saya yakin, ramai yang memerlukan suntikan idea seperti ini. In Shaa Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Niat wanita nak bantu suami bab kewangan rumah tangga, tetapi bila dah biasa terlalu memberi ada pula sesetengah suami yang ambil peluang sampai semua benda isteri yang bayar!
Inilah realiti hari ini, disebabkan ekonomi semakin tenat… isteri yang patut jaga anak rela keluar mencari rezeki demi membantu suami. Bila duduk saja jadi suri rumah, ada pula mulut-mulut jahat yang bersuara suruh belajar usaha mencari rezeki bantu suami mana yang patut. Eh… ehh… macam mana bab anak?
Haaa… nak tutup mulut orang tak mampu tetapi untuk membuka mata dan mata orang, tolong baca perkongsian Khairunnisa Nadiah II ini agar anda tak terjerat dan dijerat dengan soal NAFKAH RUMAH TANGGA…
Pantang saya orang duk cakap suruh cari duit sendiri. Supaya tak bebankan suami. Supaya suami boleh itu dan ini.
Aipp..
Nafkah tu Allah kata siapa yang wajib lunaskan? Suami ka isteri? Suami. Sebab apa? Sebab Allah tahu dan dah cipta lelaki ni kudrat extra dari isteri. Kekuatan perempuan ialah pada mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak.
Tak kata pun salah perempuan cari duit sendiri. Tapi, bab nafkah biarlah suami yang langsaikan. Sekurang-kurangnya yang wajib.
Sebab perempuan ini ada satu sifat. Bila dia dah penat. Suami pula buat hal. Mulalah laju mulutnya mengungkit segala kebaikan yang diberikan kepada suami. Sedangkan sebelum ini dia kata ikhlas nak tolong suami. Cik adik, ikhlas makna lepas bagi terus lupa. Lupa bagi berapa, dimana, bila. Sia-sia kebaikkan kita.
Toksah jerat diri sendiri. Lelaki buat kerja lelaki. Kita perempuan buat kerja kita. Nak bantu juga suami? Takde masalah. Tapi biarlah perkara asas yang wajib suami langsaikan, dia yang buat. Biarpun sederhana, asalkan dia buat. Ajar suami bertanggungjawab.
Jangan ambil seluruh tanggungjawab suami. Takut-takut suami pergi menunaikan tanggungjawab kat orang lain pula. Yelah, semua tanggungjawab isteri dah sebat, tu yang suami kata mampu tu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa yang boleh sabar dan tahan marah. Rasanya tak seorang pun yang boleh berbuat demikian. Ini belum lagi bila rasa nak marah, habis semua perkataan tersembur keluar. Marah punya pasal kan.
Kalau kat rumah lain pula ceritanya. Marah kat anak yang suka bersepah-sepah. Belum lagi rasa marah dengan perangai suami dan masalah di tempat kerja hinggakan anak-anak buat hal sedirkit terus marah. Anak yang tak bersalah pun jadi mangsa.
Tahniah buat mak-mak yang mampu bersabar dan mampu melawan perasan marah. Sebab marah macam mana pun, masalah ini tidak akan selesai. Ada banyak yang boleh dilakukan untuk melepaskan rasa amarah itu. Mungkin ada yang suka bersendirian, tidur dan cari makanan, asalkan ia boleh melegakan perasaan marah itu.
Ini ada perkongsian daripada Ezzatyy Suffian tentang bagaimana nak buang perasaan marah atau emosi negatif dalam diri. Menurutnya:
“Kalau tiba-tiba rasa down tak semena-mena, rasa lemau, boring, nak marah dan semua emosi negatif datang menyerang dalam rumah sendiri…cuba lakukan cara ini. DECLUTTERING YOUR HOME.
Declutter maksudnya kemas seluruh isi rumah kita. Tinggalkan barang yang nak digunakan sahaja. Mana yang dah lama tak guna atau tak bersentuh sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 BULAN,
1) kita boleh kumpul dan simpannya dalam kotak yang akan diletakkan dalam stor rumah
2) ataupun buang ke tempat yang boleh recycle
3) ataupun let go sahaja kat mana-mana tempat yang memerlukan
Nak lagi best, kita sorting barang-barang yang dah tak nak digunakan lagi ikut kategori.
1) Trash (memang nak dibuang). Contoh bunga-bunga yang dah kering yang kita simpan dari zaman konvo dulu.
2) Donate (nak sumbangkan pada tempat yang memerlukan). Contoh mainan/baju anak yang dah tak mahu disimpan.
3) Put away (masih mahu digunakan bila di perlukan nanti). Contoh bengkung pantang.
4) Recycle (barang yang boleh dikitar semula). Contoh kertas-kertas lama, dokumen yang dah taknak guna.
5) Fix/Repair (barang yang boleh dibaiki dan mahu digunakan lagi). Contoh baju/seluar yang tercabut butang/zip rosak.
Declutter Rumah Bila Rasa Nak Marah
“Haritu ingatkan nak kemas rumah biasa-biasa jelah. Sekali baru perasan one thing, Ya Tuhan banyaknya lahai barang dalam rumah ni yang dah jadi tukun.
Terbiar macam tu je lama tak digunakan. Loyang-loyang brownies yang bermacam saiz, periuk-periuk lama, baju anak-anak yang dah tak muat pakai, baju sendiri yang dah taknak sarung lagi.
Belum lagi cerita segala mak nenek bengkung, tungku yang kita guna waktu pantang bersalin 2 tahun lepas. Huhu.
Yang tak bagusnya bila kita biar semua unwanted things kat dalam rumah tanpa bersentuh, dia akan jadi tempat berkumpulnya segala habuk dan sawang. Mata kita nampak semak, serabut pun ya juga.
Decluttering yang terbaik bila kita masuk setiap ruang dalam rumah (ruang tamu, porch, setiap bilik, dapur serta bilik air) dan kita buka setiap celah perabot yang ada. Almari, rak, sofa, setiap laci.
Terus sorting barang ikut 5 kategori tadi. Decluttering ni seelok-eloknya kita buat setiap 3 bulan sekali. Secara tak langsung, mood dan semangat kita duduk dalam rumah pun akan refreshing juga setiap 3 bulan tu. Rumahku syurgaku kan. Nak beramal ibadah dalam rumah sendiri pun rasa seronok je.
MW: Jangan tangguh dari hari ke sehari untuk mengemas, boleh menambahkan stres dan beban. Mata pun ‘berbulu’ tengok semuanya berserabut dan berselerak. Bila dah kemas, rasa bebanan tu terus hilang. Lega.
Satu hal yang paling sukar dalam mendidik anak-anak apabila mereka mulai meniti usia remaja. Masa ini mak ayah nampak perubahan kematangan dalam diri anak.
Hakikatnya, anak kita masih lagi perlukan perhatian dan ‘guide’ dari mak ayah.
Jangan sesekali mak ayah tak ambil peduli atau beri kebebasan kepada mereka. Biarpun mereka sudah melepasi usia 10 tahun ke atas, pantau dalam masa sama sayangi mereka.
Perkongsian Puan Rehan Sidik dalam menasihati anak-anak remajanya ini ada banyak benarnya. Moga mak ayah kuat dan kental jiwa mendepani anak-anak yang meningkat remaja.
10 Tahun Dah Ya..
Masya Allah.
Cepat betul masa nya.
Sekarang, anak-anak umi dah masuk fasa remaja dah ya. Umur 13 – 17 ni, anak-anak memang nak nampak sama sokmo ngan mak dia.
Baju, tudung, kasut, lipstik..memang ikut cara mak dia. Nak tak nak, K. Han kena faham, ini masa fasa anak remaja try try nak jadi dewasa agaknya.. cam mereka sekarang ni.
Yesss!!
Mereka mahu dilihat seperti dewasa.
Mereka mahu dilayan seperti dewasa.
Mereka mahu dihormati seperti dewasa.
Mak-mak..tak salah, jika di fasa ini kita berikan anak-anak peranan dan amanah untuk digalas.
Tersilap Mencorak, Anak Remaja Mula Tunjuk Kuasa
Anak yang positif, mereka akan tunjukkan rasa tanggungjawab itu. Namun, sebaliknya.. Jika kita tersilap mencorak, mereka akan mula menunjukkan kuasa. Tak kira di rumah atau dengan kawan-kawan di sekolah.
Cuba tengok, renungg anak-anak remaja kita di rumah, pada umur ini mereka nampak besar, cantik dan kuat kan?
TAPI SEBENARNYA..
Kematangan JIWA, HATI dan CARA BERFIKIR mereka belum tentu sejajar dengan kematangan fizikalnya. Mereka perlu guide dari kita. Sangat perlu.
Ini masa untuk kita MENCORAK KEHIDUPAN anak-anak. Teruskan beri bimbingan dan sokongan tanpa jemu.
Sayang kamu.
MW : Asasnya mak ayah perlulah diperkemas dan diperkukuhkan dari kecil lagi. Fitrahnya, 7 tahun pertama kenalkan dengan keimanan. Berlembutlah dan berkasih sayanglah. Dan 7 tahun seterusnya, disiplinkan lah. Tegas tapi tak bermakna keras.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...