Bukan Bangun Tidur Je Cari Phone Dulu, Keluar Dengan Kelurga Pun Mata Masih Di Telefon!

Share

Setiap hari cari phone dulu, ini memang masalah normal pasangan laki bini sekarang. Ada yang mungkin niatnya untuk mencari rezeki yang halal, bisnes online.

Tetapi kalau sampai sanggup ketepikan keluarga sebab phone, itu kena juga tegur. Tak kisah lah sama ada laki atau bini, dua-dua kena berubah dan berganjak dari terus bercinta dengan gajet ketika bersama keluarga. Nah, jentik hati kejap dengan pandangan daripada Puan Intan Dzulkefli, mohon berlapang dada dengan perkongsian ini.

Belum Apa-apa Dah Cari Phone

Bangun tidur cari telefon dulu.
Nak tidur pun tengok telefon dulu.

Anak jerit panggil mak ayah, tapi masing-masing duduk terpaku pandang telefon. Sengih senyum pandang telefon, tapi dengan pasangan dan anak-anak asyik nak moody, marah, naik angin.

Keluar outing bersama keluarga, mata masih di telefon. Makan bersama pasangan dan anak-anak, sibuk tangan scroll telefon tak berkelip.

Anak panggil mak, ayah… tengok ni boboy dah pandai makan sayur. Mak ayah diam macam patung sebab tak dengar pun apa anak cakap.

Kalaulah mak ayah lihat wajah kecewa anak kecil itu.

Pasangan panggil, nak suapkan makan, minta layan anak, haih masih mata sibuk menghadap telefon, sibuk ni, berbual dengan kawan-kawan.

Sudahnya, terasa hati pasangan dalam diam.

Bawa Anak Keluar Tapi Mata Sibuk Pegang Phone

Bawa anak bermain di taman permainan tetapi anak terkial-kial bermain sendiri kerana ibubapa sibuk dengan telefon. Sekadar snap gambar anak bermain untuk diupload, untuk dapat likes dan engagement di fb dan instagram, sedangkan sebenarnya anak-anak terabai, emosinya terdera.

Makan duduk berdua, dekat di sisi, tak sampai sejengkal jauhnya, tetapi hati rasa jauhhhh sekali. Hanya jasad yang berdekatan, namun hati rupanya berjauhan.

Kalau di tempat awam begitu, di rumah bagaimana pula. Wallahu ‘alam, tanya diri masing-masing.

Adakah mata sentiasa di telefon. Lebih pandang telefon dari pandang pasangan dan anak-anak.

Senyum-senyum kepada telefon. Lebih dari senyum pada pasangan dan anak-anak.

Inilah kebanyakan dari kita. Boleh lihat di mana-mana pun.

Nak Cari Rezeki Tapi Cuba Fikir Kejap

Ya tahu, awak sibuk. Rakan seangkatan, klien, customers, sales, semuanya memerlukan awak berinteraksi menggunakan telefon.

Ya faham, awak bukannya buat benda maksiat pun. Nak cari rezeki buat belanja keluarga juga.

Namun, kita cuma nak minta awak sedar prioriti. Kita cuma nak awak lebih hargai apa yang di depan mata, sebab momen berharga kadangkala hanya muncul sekali sahaja.

Kita semua pun tak selamanya sihat. Cuba fikir bila kita susah, sakit tenat dah tak boleh bergerak, adakah telefon yang kita selalu pandang, sentuh dan senyum padanya itu yang akan menjaga kita?

Bukankah anak-anak dan pasangan yang kita abaikan itu jugalah yang akhirnya akan bersusah payah menjaga dan memberikan sokongan pada kita?

After all, family still comes first. They are our priority.

Kena Ada Masa Jangan Sentuh Phone Langsung

Cubalah didik diri dan pasangan, biasakan jangan sentuh langsung telefon pada waktu tertentu.

Contohnya waktu makan bersama, waktu berbual dengan pasangan dan anak-anak, waktu selepas solat ambil masa bercakap dengan anak-anak, pasangan dulu, bukannya terus cari telefon dan keluar.

Waktu nak tidur biasakan minta maaf, ucap terima kasih, ucap sayang, pelukan dan adab-adab sebelum tidur. Bukannya biarkan anak dan pasangan tertidur sendiri.

Hormat diri, hormat pasangan, hormat anak-anak. Anak-anak kecil sedang memerhatikan akhlak kita, ibubapanya.

Baca tulisan ini jangan tunding jari pada sesiapa sebaliknya koreksi silap diri sendiri. Hari ini berapa banyak kita dah abaikan pasangan dan anak-anak dalam kita sedar ataupun tidak?

Semata-mata hanya kerana gajet.

Muhasabah saya yang sangat banyak silap salah.
Astaghfirullahal adzhim.

Jom kita ubah, demi insan yang memerlukan kehadiran jasad, juga kehadiran ‘hati’ kita di sisi mereka.

Published by
Nadia