‘Bukan Alasan’, Amir Remaja OKU Dari Kedah Ke Selangor Sertai Misi Bantuan Banjir

Share

Pernah sebelum ini, Amir Remaja OKU yang berasal dari Kedah telah membantu keluarga yang terkesan akibat Covid-19. Kini, sekali lagi dia sanggup bersusah banyak demi untuk menyertai aktiviti misi bantuan banjir kepada yang memerlukan.

Kekurangan yang ada sebagai remaja OKU bukanlah alasan untuk tidak membantu dan hanya duduk melihat saja. Tapi, niat jujur untuk memberi sumbangan kepada mangsa banjir yang berlaku di Selangor telah membuka mata sesiapa saja.

Amir.

 

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI 

Remaja OKU Ingin Berbakti

Melihat dari fizikalnya mungkin tidak seperti insan biasa, namun hasrat Murni hati remaja ini untuk membantu masyarakat yang dilanda bencana banjir menjadi matlamat harapan dirinya untuk berbakti,

Muhammad Azamirudin bin Ismail 28, atau lebih dikenali sebagai Amir ini terus mencabar dirinya sebagai seorang insan orang kurang upaya ingin turut serta dalam misi bantuan banjir di negeri Selangor

Bagi dirinya walaupun bergelar seorang insan OKU bukan satu alasan untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat yang terkesan akibat bencana alam

Menceritakan ativiti misi bantuan banjir daripada Kedah ke negeri Selangor dibantu oleh rakan-rakannya, dia berpeluang pergi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di negeri Selangor di kawasan Labohan Dagang Daerah Sepang

Bantuan Keperluan Asas

Menurutnya, bantuan yang disampaikan adalah seperti barangan keperluan asas dan harian iaitu makanan/minuman pakaian dan lain-lain lagi

Setiap bantuan yang diberikan ini adalah daripada sumbangan rakan-rakannya dan penduduk di sekitar sungai petani yang dikumpulkan selama seminggu, barangan terkumpul sebanyak tiga buah kenderaan 4×4.

Ini saja yang mampu dia sumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir, jika nak dibandingkan dengan insan normal mungkin dia tidak mempunyai tenaga dan kudrat untuk membantu mereka secara fizikal.

Dia juga mendapat bantuan sokongan daripada rakan-rakan Group Penternak Udang Kara Malaysia (PUKM) turut serta Group kenderaan 4×4 dari Negeri Kedah/Pulau Pinan yang membantu melancarkan lagi penghantaran misi bantuan banjir ke negeri Selangor.

Harapannya di masa akan datang saya akan tetap meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikan kepada masyarakat dengan kemampuan dan kecekalan yang ada pada dirinya.

Mingguan Wanita : Moga Amir sentiasa dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan untuk terus berbakti walaupun diri tidak seperti orang normal yang lain.

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora