Kedatangan Ramadan merupakan pesta ibadah yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mengejar pahala yang berlipat kali ganda. Selain melakukan ibadah, hidangan berasaskan bufet Ramadan juga turut menjadi pilihan ramai. Inginkan kelainan untuk berbuka puasa tahun ini? Mingguan Wanita ada jawapannya.
BIFE Charcoal Steakhouse meraikan bulan yang istimewa ini dengan menawarkan bufet Ramadan gabungan masakan Melayu dan churrasco styled grilled meat.
Terkenal dengan konsep panggangan arang yang autentik, restoran ini menawarkan pengalaman menjamu selera yang memikat dengan aroma daging yang menggoda dan rasa yang menggiurkan.
Pasti ramai yang tertanya-tanya maksud di sebalik nama BIFE itu bukan? BIFE Charcoal Steakhouse merupakan restoran Brazilian Steak terkenal dan merupakan satu-satunya milik penuh Bumiputera yang telah beroperasi sejak November 2019.
Tahun ini merupakan tahun kelima restoran yang terletak di The LINC Kuala Lumpur ini mengadakan bufet Ramadan dengan konsep ‘fusion menu’.
Ads
Gaya Buffet Berbeza
Tahun ini, ia menampilkan gabungan unik masakan Melayu dan churrasco styled grilled meat yang menjadi kepakaran restoran ini. Antara hidangan utama yang ditawarkan termasuk 11 jenis daging panggang premium, Kambing Panggang Istimewa, seleksi pasta dan pelbagai jenis sup seperti Sup Berempah, Sup Sayuran, Mi Goreng Mamak, Nasi Hujan Panas, Rendang, Soto dan banyak lagi.
Selain menyajikan daging panggang berkualiti tinggi, restoran ini turut menampilkan hidangan tradisi yang dekat di hati masyarakat Malaysia termasuklah aneka kuih tradisi, Cucur Udang serta juadah pencuci mulut seperti Kek, Aiskrim, Cendol, Air Batu Campur, Buah-buahan, Rojak Buah dan pilihan salad segar.
Ads
Bufet Ramadan di BIFE Charcoal Steakhouse boleh dinikmati pada harga yang berpatutan iaitu RM128.00nett bagi dewasa dan RM64.00 bagi kanak-kanak berusia 11 tahun ke bawah dan boleh dinikmati bermula jam 6.00 petang hingga 10.00 malam sepanjang bulan Ramadan.
Restoran ini mempunyai kapasiti keseluruhan seramai 160 orang dengan ruang dalaman yang boleh memuatkan seramai 90 orang. Susunan meja di ruang dalaman boleh disesuaikan mengikut permintaan pelanggan bagi kumpulan besar dan mampu menampung sehingga 100 orang pada satu-satu masa.
BIFE menjanjikan suasana tenang dan ruang makan yang selesa buat seisi keluarga. Pelanggan Muslim yang ingin mendirikan solat boleh menggunakan kemudahan Surau yang disediakan oleh pihak The LINC KL.
Ads
Sekadar informasi, BIFE Charcoal Steakhouse mengetengahkan kaedah rotisserie berkonsepkan Brazilian churasco style grilled meat yang dipanggang dengan arang kayu bakau menjadikan pelanggan yg hadir ke BIFE boleh menikmati kelazatan daging panggang yang beraroma dan sangat enak, dihantar terus ke meja makan dari dapur panas dan dihidangkan berulang kali mengikut permintaan pelanggan.
Penulis yakin menu yang disediakan semestinya memenuhi kepuasan penggemar daging termasuklah Australian grain-beef premium Sirloin, Picahna, Garlic Beef, Lamb Shoulder, Chicken Wings, Drummet, Sotong Mediterranean, Udang Harimau dan Pineapple Glaze.
Hidangan Berkualiti
Dari segi suasana, restoran ini menawarkan dekorasi moden dengan sentuhan klasik, memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Dengan pencahayaan yang hangat dan susunan meja yang eksklusif, Bife Charcoal Steakhouse sesuai untuk pelbagai majlis seperti makan malam romantik, perjumpaan keluarga, atau jamuan perniagaan.
Untuk maklumat lanjut tentang bufet Ramadan ini, anda boleh layari ke media sosial BIFE Charcoal Steakhouse.
Bangsa usahawan bakal ketinggalan jauh jika pada masa ini tidak menumpukan soal kepimpinan jenama bagi perniagaan masing-masing.
Itulah ungkapan Mentor usahawan merangkap Pengerusi Richworks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr. Azizan Osman melihat situasi yang bakal terjadi disebabkan landskap bisnes sudah berubah dengan teknologi kepintaran buatan (Ai) dan digitalisasi.
Ketika ini sangat mudah untuk sesiapapun hendak memulakan berniaga menggunakan platform online.
“Dunia perniagaan kini sangat kompetitif yang mana usahawan tak ada pilihan, selain untuk lebih menonjol.
“Kepimpinan jenama bukan hanya mengenai slogan tetapi visi, misi, keterujaan, keaslian yang mana bisnes sentiasa berikan nilai-nilai kepada pelanggan malah masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada The BrandLaureate Bestbrands Awards 2023-2024 di sini, malam tadi.
Jenama Kuat & Inovasi Mampu Tarik Perhatian Ramai
Tambah Azizan, jenama yang kuat dapat menarik perhatian orang, membina keyakinan, menarik bakat baharu yang berkeupayaan dan memupuk inovasi bagi terus berkembang.
“RichWorks mempunyai pengalaman selama 16 tahun melatih dan membimbing usahawan dan jenama seperti Sabella, Mamasab, Eskayvie, Noir, Nurraysa, The Raw., Efferty, Ella Furniture dan Andalusia yang menjadikan kisah impian jadi kenyataan dengan asas kepimpinan kukuh.
“Setakat ini, RichWorks telah berjaya lahirkan 390 usahawan capai jualan RM1 juta pertama melalui pementoran Spire dan tahun ini kami nak saksikan 100 usahawan Titanium capai RM10 juta setahun berbanding 65 orang tahun lalu.
“Nasihat saya kepada bangsa usahawan untuk jadikan kepimpinan jenama sebagai kompas dengan nilai-nilai yang sangat berhubung mendalam dengan para pelanggan dan mengetengahkan perbezaan mereka,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Azizan yang juga menerima The BrandLaureate Brand ICON Leadership Award 2024 – Pride of the Nation mengucapkan kesyukuran atas pengiktirafan kerjanya bahkan bukti usaha kolektif keluarga RichWorks bersama bangsa usahawan bimbingan beliau yang berani berimpian untuk bina bisnes berjaya sejak 16 tahun lalu.
“Usaha dijalankan World Brands Foundation dalam mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan jenama memberikan inspirasi kepada perniagaan di seluruh dunia mencapai tahap lebih tinggi.
“Saya juga berharap agar jenama rakyat Malaysia bukan hanya mampu bersaing bahkan menjadi dominan di peringkat antarabangsa dengan usaha kita semua, insya-Allah,” jelasnya mengakhiri perbualan.
Redza & Bella Hanna Selamat Bernikah. Bagaikan satu kejutan apabila mengetahui perkhabaran perkahwinan pelakon Redza Rosli dan hos Hlive Bella Hanna.
Pasangan yang berjaya menyembunyikan hubungan cinta mereka itu, telah selamat bernikah petang tadi. Tidak disangka pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta yang sama-sama dibintangi Redza dan Bella telah menyatukan pasangan ini.
Redza & Bella Hanna Selamat Bernikah
Pasangan sama cantik sama padan itu telah selamat bergelar pasangan suami isteri di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur berwalikan bapa Bella sendiri, Rosman Abdullah dan disaksikan oleh jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin.
Pada majlis tersebut Redza telah menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Manakala pihak pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dari pengantin lelaki dan dibalas tujuh.
Tak Nak Berkawan Lama-Lama
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Redza menjelaskan dirinya dan Bellas sudah lama berkawan.
“Kami cuba untuk terus bersama dan bawa ia ke fasa lebih serius. Kalau boleh memang tak nak berkawan lama-lama.
“Sepanjang perhubungan ini, kami tidak ada fasa seperti ‘declare’ sebagai pasangan kekasih. Ia berjalan secara semula jadi saja.
“Sampai satu tahap, saya terus bertanya pada Bella adakah dia serius. Selepas itu, saya terus bawa dia pergi beli cincin. Ketika itu kami saling meluahkan perasaan. Bagi saya, apa yang penting adalah sudah mengenali hati budi,” ungkap Redza.
Tanggungjawab Besar Sebagai Suami
Kini selepas bergelar suami, Redza akui tanggungjawabnya semakin besar.
“Selesai akad, segalanya sudah menjadi tanggungjawab saya yang mana ia bukan tugas mudah. Malah, di sebalik tanggungjawab itu perlu ada keikhlasan agar kehidupan baharu yang dibina ini berlangsung dengan baik dan mendapat keredaan Allah SWT,” ungkap Redza.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jika minggu lalu kita dikejutkan dengan kejadian seorang kanak-kanak lelaki warga Yaman maut selepas terjatuh daripada tingkat 21 sebuah kondominium di Bandar Putra Permai, Kuala Lumpur, rakyat Malaysia digemparkan sekali lagi dengan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 bangunan Blok B, Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Gambar: Ehsan pembaca
Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pada jam 4.28 petang Ahad.
Mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan awal ke atas ibu dan bapa mangsa yang kedua-duanya berumur lingkungan 30-an mendapati ketika kejadian seisi keluarga itu sedang tidur.
Ibu Tak Sempat Selamatkan Anak
Bagaimanapun, ketika ibu mangsa bangun dari tidur, beliau mendapati anak bongsunya itu berada di bahagian luar tepi jendela di ruang tamu yang telah terbuka tetapi tidak sempat mendapatkan mangsa sebelum mangsa terjatuh ke bawah.
Mohd Hafiz berkata, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk merekod keterangan ibu bapa mangsa.
Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Mohd Hafiz berkata, polis meminta mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk tampil membantu siasatan.
“Saksi boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi IPD Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Cadangan supaya kerajaan menggubal undang-undang yang mewajibkan pemasangan peralatan keselamatan seperti jeriji di tingkap dan pintu kediaman tinggi bagi mengelak kejadian tidak diingini menimpa penghuni pernah disuarakan pakar keselamatan binaan dan bomba pada November 2021.
Cadangan serupa turut disuarakan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan), Tan Sri Lee Lam Thye pada 25 Julai 2022.
Lam Thye menegaskan, langkah itu ia bagi mengelakkan kejadian buruk seperti kanak-kanak terjatuh dari kondominium dan pangsapuri terus berlaku.
Justeru, cadangan itu perlulah diteliti semula kerajaan supaya tragedi pilu yang meragut banyak nyawa berkenaan dapat dielakkan daripada terus terjadi pada masa akan datang.