Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. Maka bertebaranlah suami yang keliru menolak troli sambil berpandukan senarai barang yang perlu dibeli. Macam-macam gelagat dan respons yang diterima. Ada yang tersalah beli. Nak beli ikan kembung yang dibelinya ikan mabong, kunyit hidup dikatanya tak ada…yang tinggal semua yang tak hidup. Minyak zaitun pun jadi mangsa. Dimintanya minyak zaitun untuk dimasak bersama pasta, yang dibawa balik minyak zaitun yang sesuai untuk kegunaan rambut.
Sekadar berkongsi ragam suami di Syria, perkongsian menarik dari Sharifah Zahidah ada sisi positif yang boleh dijadikan contoh. Ada hikmah positif dalam kita tak sedar disebalik PKP dan makna sebenar ketua keluarga. Semoga perkongsian ini menjadi manfaat suami budiman di luar sana.
—————————————————————————————————–
Kecoh semalam troll dan post pasal kaum bapa beli barangkan. Buat saya teringat tentang budaya para suami di Syria.
Masa di Syria, pemandangan lelaki membeli barang-barang di pasar adalah SANGAT NORMAL. Bahkan yang kurang normal ialah bila perempuan yang membeli barang di pasar.
Saya pernah tanya kenalan dan penduduk tempatan tentang hal ni, kenapa lelaki yang beli barang dapur? Terror plak tu.
You name it, EVERYTHING! Semua mereka boleh beli.
Adalah saya dapat beberapa jawapan yang paling terkesan di jiwa saya sampai hari ini, antaranya…
“Saya yang perlu beri barang dapur kerana penjual-penjual semua adalah lelaki. Selagi saya mampu, saya tak mahu mendedahkan isteri saya bercakap dengan mana-mana lelaki ajnabi kerana dia sangat istimewa untuk saya…”
Subhanallah…
Jauh beza dengan budaya kita.
Itulah taqwa dan warak mereka yang sukar kita temui dalam budaya kita di sini yang penuh dengan ikhtilat yang kadang mencabar untuk kita kawal, termasuklah diri saya sendiri.
Lelaki di Syria buat dua kerja to feed the family. Jadi wanita-wanitanya boleh duduk rumah dan lakukan tugas mereka. Wanita di sana LANGSUNG TIDAK TERBEBAN dengan sesen pun urusan mencari nafkah. Bahkan, duit hujung bulan masuk dengan banyak.
Yeszaaa..
Wanita Arab rajin shopping ya!
Hujung minggu, penuh jalan dengan wanita arab bershopping..
Dan bukan sedikit dari mereka yang ditemani suami sendiri. Suami tukang angkat barang dan dukung anak. Ini pemandangan biasa di sana. Rasanya tak ada drama mertua tuduh menantu pergunakan anak lelaki dia. Sebab mertua pun sama kot buat macam tu pada suami dia, hehehehe…
Lelaki Syria lembut hati dan sensitif jiwa mereka, walau fizikal mereka saling tak tumpah macam askar. Setakat dukung anak, dukung baby sambil teman isteri shopping apalah sangat. Tak ada pulak dorang ni buat troll terseksa teman isteri shopping. Bahkan nampak itu adalah budaya yang diraikan dalam kalangan keluarga Arab Syria.
Happy dan gelak-gelak lagi penuh kasih sayang dengan anak dorang lagi adalah…Masa isteri shopping adalah masa bermakna untuk keluarga. Masa seorang suami buktikan kasih dan penghargaan untuk isteri… Budaya kita? Rasa macam tercalar maruahkan teman isteri shopping? Macam merana tujuh keturuan kalau kena teman.
Yang paling menarik, Laki-laki yang sado macam askar ini jugalah, yang boleh menangis bila berjumpa kawan-kawan. Tak percaya?
Percayalah…
Salam peluk cium penuh kasih sayang bila berselisih dengan kawan di tepi jalan tu benda nnormal. Ya, lelaki Syria cium sahabat mereka.
Perempuan? Haha kalau dah lelaki pun macam ni, boleh bayangkan perempuannya macam mana?
Tak susah nak bayang situasi lelaki yang lembut jiwa ni kerana kelembutan jiwa yang terbentuk itu juga, adalah ASALNYA DARI banyaknya kasih sayang sang Ibu yang mendidik mereka. Wanita Syria sangat kaya dengan cinta, maka itulah juga hasil yang tertumpah ke atas anak lelaki mereka.
Pernah saya tengok beberapa kali lelaki Syria bergaduh. Masa mula-mula tengok dulu kita sesama kawan gelak tengok mereka gaduh.
Sebab?
Sebab gaduh lepas tu nangis. Hahaha.
Yes, lelaki Syria menangis tu bukan benda luar biasa. Yaaa… Mereka menangis.
Alah, menangis sebab marah sangat. Tahan geram sampai menangis. Bukan menangis sebab lembik, tp sebab cuba bersabar.
They are vulnerable just like women. Bezanya, mereka tetap lelaki gagah yang bersifat melindung. Tapi dari emosi, mereka bukan berhati batu. Jiwa mereka kaya empathy..
Antara jawapan lain saya dapat tentang soalan kenapa kaum lelaki yang do the grocery shopping, adalah..
“Jika isteri saya yang membeli, dia perlu membawa barang-barang yang berat ini untuk balik ke rumah.. ALLAH mencipta wanita untuk boleh bawa keberatan di rahim mereka, tapi bukan dengan tangan mereka..”
Fuhh! Tahap empathy.. Subhanallah! The ability to think and FEEL about others that lead them to become more responsible and protective to the family..
Dan..
There goes WHY dalam budaya masyarakat Syria, ianya adalah satu ‘keaiban’ untuk wanita angkat barang berat. Anda akan dapati ramai lelaki di jalanan akan datang menghampiri menghulurkan bantuan.
Mereka mendekati juga dengan cara terhormat. Tanpa flirting, sengih-sengih atau cubaan berkenalan. Mereka terus minta izin ambil barang, tanyakan perlu dihantar ke mana. Dengan muka serius. Tapi anda takkan ragu-ragu biarkan mereka membantu.
Selesai mereka bantu, mereka terus pergi. Pandangan mereka ditundukkan. Sama macam kisah bagaimana Nabi Musa membantu memberi minum kepada ternakan Nabi Syuaib.
Budaya di sini?
Memboyot 9 bulan pun belum tentu ada nak bagi seat dalam LRT. Jadi toksah sembanglah bab angkat barang..
Itulah, kuasa empathy..
Anak-anak lelaki khususnya yang dididik dengan ibu yang penuh kasih sayang, akan tumbuh membesar menjadi lelaki gagah teguh emosi dan tebal kasih sayang dalam diri.
Anak perempuan? Tidaklah begitu sulit untuk menemukan kasih sayang dalam diri mereka, sekalipun si ibu mungkin kurang memberi dan demonstrate love dihadapan mereka… Tapi untuk anak lelaki, ianya SANGAT SULIT ditemui kalau bukan kerana dididikan dari kecil lagi.
Itulah, kisahnya.
Kenapa dalam budaya Syria, yang membeli keperluan dapur adalah ketua keluarga dan bukan isteri mereka.
Di Malaysia, ketua keluarga juga yang beli barang. Bezanya, yang jadi ketua keluarga itu adalah wanita. Ramai lelaki kalau pun bukan semua, yang dag lama lepaskan jawatan itu pada isteri mereka. If you get what I mean.
Semoga wabak Corona ni buat kita kembali kepada peranan masing-masing dan suami isteri dapat berganding bahu dengan lebih cemerlang selepas ni dalam mengemudi rumahtangga..
Jangan lepaskan semua pada isteri. Lama-lama nanti isteri yang akan lepaskan anda..
==== UPDATED =====
Gambar yang dilampirkan (kredit to google) adalah contoh muka2 lelaki Syria yang DO GROCERY shopping, teman isteri shopping, dukung anak dan STILL ENJOY doing it..
Muka2 maskulin macam ni jugalah yang boleh menangis bila hanti tersentuh.. Di manakah kepondanannya jika tolong isteri beli grocery, teman shopping, jaga anak dan sebagainya?
Tujuan saya lampirkan gambar ini, supaya lelaki hentikan TROLL seoalah2 mereka dah berubah menjadi pondan apabila bersikap sebagai lelaki gentleman yang melindungi isteri dan berperanan sebagai ketua keluarga yang sejati.. Lagi2 yang sado.. Rasa hina sangat kalau kena angkat bakul sayur ya?
😅
Satu perkara yang lelaki tak pernah tahu, WANITA TAKKAN pandang rendah pada lelaki yang lembut hati, tinggi empathy dan boleh menangis kerana orang lain.. Bahkan, itulah BENTUK SECURITY yang paling diharapkan wanita – apabila insan yang paling rapat dengan dirinya adalah mereka yang subur hati dengan kasih sayang dan empathy..
Saya tak exaggerate inshaALLAH.. Tanyalah sendiri sahabat2 kami yang belajar di Syria juga.. Inilah pengalaman di Syria mengajar kami tentang kehidupan..
Secebis kecil dari yang tak mampu kami ungkapkan semuanya di sini.. Ini baru cerita tentang grocery ya
=========
Coretan Spontan Tentang Syria.
Rindu,
Sharifah Zahidah
23 Mac 2020
#sebelumsenja