Memang ada benarnya budaya makan dulu, kira kemudian sangatlah bahaya. Lebih-lebih lagi jika makan di restoran makanan laut yang biasanya harganya lebih mahal daripada biasa. Penting buat ‘pengiraan’ terlebih dahulu, tanya harga sebenarnya sebelum makan. Ia bagi mendapat harga yang dipersetujui bersama serta mengelakkan diri dari rasa ‘tertipu’, akibat dikenakan caj melampau.
Perkongsian daripada Tai Zee Kin ini ada benarnya.
Ini cara orang cina order seafood di restoran.
1. Akuarium tepi restoran seafood, bukan galeri atau underwater world. Dia tidak kenakan caj tiket masuk. Itu tempat kalian pilih seafood segar.Kalau anak-anak kecil ikut makan sekali, boleh bawa jalan-jalan tepi akuarium sambil ajar anak-anak nama ikan dan jenis ketam.
2. Sudut kanan (atau kiri) akuarium ada tanda tertera dengan jelas nama seafood (di situlah ayahanda saya mengajar nama dan jenis ikan) dan harga setiap 100g, 1kg, atau sukatan yang bersesuaian.
3. Tepi akuarium ada penimbang. Kalian boleh minta tauke untuk timbang sebelum makan, atau minta dia membuat anggaran berat.
4. Kalau tiada akuarium pun, orang cina akan terus order seafood ikut berat (kalau bukan harga tetap). Contoh, kalau kami order siakap, terus bagitau nak 1.5kg. Tauke akan tengok ada tak 1.5kg. Kalau tiada, tauke akan bagi anggaran julat keberatan.
5. Peminat seafood dah ada harga seafood darab keberatan dalam kunci kira-kira minda.
Budaya Makan Dulu Kira Nanti
Orang cina tidak suka style makan dulu kira nanti. Bila budaya makanan restoran mamak mula berbuat demikian, banyak di kalangan orang cina kurang selesa. Zaman 2000-an, kedai mamak biasa minta pelanggan makan dulu, baru dia datang kira.
Budaya orang cina selalu kena buat ‘budgeting’ sebelum ‘spending’. Makan kedai pun sama. Kalau makan besar, siap hitung dulu, buat kiraan bajet, periksa harga betul-betul, baru layan.
Tabiat ini memang sudah terpahat dalam DNA kami.
Ads
Budaya ‘makan dulu, kira kemudian’ sangat bahaya, kerana ketidakselesaan ‘caj terlampau’ adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak, ianya cuma akibat ketidaksepadanan kehendak (dengan izin, ‘mismatch of expectation’).
Isu siakap terlampau caj ini, bagi orang cina, jarang berlaku. Kami tertanya-tanya, kenapa tidak membuat kepastian berat ikan sebelum order? Kenapa tidak sebut sahaja ‘Siakap tu, bagi 1.5kg cukup’?
Saya bila buat tempahan ketam dulu, siap tawar menawar dari segi berat ketam dengan tauke sebelum turunkan order. Tiada masalah.
Ingat tatacara ini kalian, ‘Kira dulu, order kemudian’. Tak payah segan-segan. Segan dahulu, kesal kemudian.
Dalam hal ini, pelanggan tiada salah, restoran pun tiada salah. Restoran siap bagitau harga setiap 100g awal awal. Caj pun ikut harga per 100g. Pelanggan bagi kebebasan kepada restoran untuk anggaran berat ikan.
Mingguan Wanita: Jadi pastikan jika makan di restoran makanan laut, jangan makan dulu, kira kemudian. Ia sangat BAHAYA. Sebaliknya kena pastikan buat ‘pengiraan’ terlebih dahulu, tanya harga sebenarnya sebelum makan.
Kehangatan Musim Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) semakin terasa, dimana hari pengundian bakal berlangsung pada minggu depan. Calon wanita bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Jo-Anna Sue Henley Rampas,28 yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 berjaya mencuri tumpuan masyarakat dengan rupa parasnya yang menawan.
Merupakan wanita berdarah Pan Asian, ramai yang tidak percaya bahawa wanita cantik ini berasal dari Kiulu, sebuah pekan kecil yang terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu, Sabah. Jo-Anna berdarah kacukan dimana ibunya berketurunan Kadazan dan bapanya warga British.
Namun bukan sekadar bersandarkan pada paras rupa untuk memancing undi, penglibatan wanita ini dalam bidang politik bermula apabila Parti Warisan Sabah mencari ikon belia untuk mewakili Gen Y dan Gen Z di Sabah. Sewaktu itu, Jo-Anna yang sedang berkhidmat sebagai wakil rakyat di pekannya, mengambil peluang itu untuk meneruskan khidmatnya untuk rakyat Sabah.
Anak kelahiran Sabah ini digelar sebagai ‘beauty with brains’ dan miliki pakej lengkap sebagai pemimpin muda, berikut adalah lima fakta mengenai Jo-Anna:
1. Jo-Anna merupakan seorang graduan ijazah Sarjana dalam Undang-undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of West England.
Semasa di London, beliau bekerja dengan sebuah syarikat pengiklanan yang menguruskan perkhidmatan penstriman muzik Samsung, Milk Music, untuk Malaysia dan Indonesia. Beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dua tahun lalu.
2. Ikon Belia Parti Warisan Sabah itu aktif dalam bidang seni dan hiburan sebelum terlibat dalam politik. Beliau merupakan seorang penyanyi dan pernah menyertai pertandingan Bintang RTM 2009, sekaligus merangkul tempat kedua.
3. Jo-Anna juga merupakan bekas Ratu Cantik Unduk Ngadau pada tahun 2007. Unduk Ngadau merupakan pertandingan ratu cantik sempena Pesta Keaamatan di Sabah.
4. Keluarganya turut mempunyai latar belakang politik. Ibunya, Sullah Rampas adalah calon Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada tahun 1994 dan bapa saudaranya, Datuk Louis Rampas, pernah menjadi ADUN Kiulu selama tiga penggal.
5. Bukan itu sahaja, Jo-Anna juga merupakan seorang jurulatih kecergasan bertauliah. Beliau mengambil keputusan untuk memulakan kehidupan yang sihat apabila doktor mengesahkan tahap kolestrol badan agak tinggi untuk umurnya.
Cantik dan bijak.Semoga wanita ini, menjadi inspirasi buat wanita-wanita lain yang berminat menyertai bidang politik dan kemasyarakatan.Selamat Maju Jaya buat Jo-Anna!
Meskipun sudah empat bulan berlalu, Kilafairy masih lagi dalam fasa menjalani kehidupan tanpa kelibat mama tersayang, Allahyarhamah Rohana Jalil yang menghembuskan nafas terakhir pada 20 Jun lalu.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jaghir Khan, 31 ketika ditemui pihak media di majlis pelancaran koleksi A Decade of Wows & Veils dari pereka fesyen Shanell Harun hujung minggu lalu berkata hanya video lama nyanyian ibu tersayang menjadi pengubat rindunya di samping azimat untuk dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan serta mencontohi kehidupan mama tersayang.
“Meskipun beberapa bulan sudah berlalu, Kila masih rasa ‘kosong’. Ada ketikanya Kila mengukir senyuman, tapi Kila sendiri tidak boleh melepaskan kesedihan selepas pemergian mama.Tiada hari yang tidak dipenuhi rasa rindu,” ujar Kilafairy yang menjadikan kebaikan ibunya sebagai inspirasi untuk dirinya merubah diri menjadi lebih baik.
Menyarungkan busana milik arwah ibunya di majlis pelancaran koleksi A Decade of Wows & Veils dari pereka fesyen Shanell Harun hujung minggu lalu, busana rekaan Shanell Harun itu mempunyai nilai sentimental untuk dirinya apatah lagi pakaian tersebut merupakan antara busana kegemaran mama tersayang yang digayakan ketika membuat persembahan tahun lalu.
“Ramai di kalangan rakan-rakan mama yang meminta unruk mendapatkan manna-mana baju mama sebagai kenang-kenangan. Tidak dinafikan susah untuk saya gayakan baju arwah kerana masih ada bau dan kenangan bersama dia. Saya dan adik beradik sememangnya merancang untuk memberikan sedekah pakaian arwah, tetapi ia belum dapat dilaksanakan memandangkan kami adik-beradik perlu berbincang mengenai perkara tersebut,” ujar Kilafairy lagi.
Sarung Busana Mama Ke Majlis Pertunjukan Fesyen
Shanell Harun antara pereka fesyen yang rapat dengan Allahyarhamah Rohana Jalil
Menjawab pertanyaan pihak media mengenai barangan peribadi Allahyarhamah yang terdapat di kediaman, Kilafairy berkata di rumah masih banyak koleksi baju arwah. Malah, barang-barang mama pun tidak banyak yang diusik kerana terlalu sukar untuk dirinya mengubah apa yang sedia ada di kediaman keluarga tersebut.
Kilafairy Terharu Ramai Mendoakan Arwah Mama Tersayang
Menyingkap tentang kebaikan ibu tersayang, Kilafairy berkata dia merasa sungguh terharu terhadap kebaikan yang diterima oleh dirinya sekeluarga sebaik ibu tersayang meninggal dunia.
“Selepas mama meninggal dunia, banyak perkara yang berlaku. Bayangkan, beberapa hari selepas arwah pergi, ada insan yang menempah dan memasang batu nisan di kuburnya selain ada yang datang membersihkan kuburnya. Alhamdulillah, mama disayangi ramai. Mama sememangnya seorang yang baik dengan semua orang, tak kira siapa sahaja. Saya sendiri tak tahu boleh atau tidak menjadi seperti dia,” ujar Kilafairy mengakhiri perbualan.
Media sosial ini bukanlah medan untuk kita meluahkan segalanya. Bukan semua perlu diceritakan di laman sosial, perlu simpan juga untuk diri sendiri. Lagi-lagi kehidupan personal itu. Samalah macam penyanyi Farahdhiya ini, memilih untuk lebih berhati-hati dalam memaparkan kisah peribadinya.
Lagipun inilah pesan arwah ayahnya, Mohd Amin Zubir sejak 16 tahun dulu. Tak perlu nak dedahkan privasi diri tu sampai tak ada yang tinggal untuk diri sendiri.
“I cherish my privacy. I keep my personal life private, been doing it for the past 16 years, ini antara pesanan arwah my dad untuk saya dari mula masuk bidang hiburan.
Social media is just 30% of my life that I choose to share that includes my work, cooking, workout sesh, friends, cats and a lil bit about my family too.”
Bukan Semua Suka Tengok Kita Bahagia, Berjaya – Farahdhiya
Ketika dilanda ujian, masalah, kesusahan waima tak puas hati dengan seseorang, tak perlulah nak kongsikan di media sosial. Lebih baiklah mengadu pada Yang Esa di atas tikar sejadah. Ini yang dikongsikan lagi oleh Farahdhiya.
“Kena ingat, bukan semua suka tengok kita bahagia, tengok kita berjaya. Orang zaman sekarang pelik-pelik. Talk to Him, God is the best listener.
“Yang penting on social media ni cuba lah kongsi benda yang baik-baik, yang positive, yang dapat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membaca. Sejujurnya saya sendiri tak suka/rimas dengan negativity, orang yang non stop mengeluh atau bergaduh di social media.
Yang mulut celupar pon ramai, sampai kadang-kadang terpaksa unfollow. Termasuk comment-comment yang tak manis memang saya akan block je. Sorry I just don’t like bad vibes.
“Seorang Muslim (yang bagus dan utama) adalah orang yang tidak menyakiti kaum Muslimin dengan lisan dan tangannya” ( HR. Al- Bukhari & Muslim) Have a good day everyone. #imstilllearningtoo
MW : Sebarkan yang baik-baik, insyaAllah yang baik-baik itulah nanti berbalik kepada diri kita jua.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...