Budak Perempuan 7 Tahun, Jadi Guru Yoga Bertauliah Termuda Dunia!

Share

Budak Perempuan 7 Tahun, Jadi Guru Yoga Bertauliah Termuda Dunia! Yoga merupakan latihan yang memberi tumpuan kepada pernafasan, kekuatan, dan kelenturan. Mempraktikkan yoga boleh memberikan banyak manfaat kesihatan fizikal dan psikologi seseorang.Siapa sangka pada usia yang masih muda, budak perempuan berusia 7 tahun ini telah mencipta kejayaan sebagi cikgu Yoga.

Cikgu Yoga Bertauliah

Seorang kanak-kanak perempuan dari India mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pengajar yoga bertauliah paling muda di dunia.

Lapor portal UPI, Praanvi Gupta berusia tujuh tahun 165 hari apabila menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness sebagai pengajar yoga wanita termuda di dunia.

Tamat Kursus Latihan Guru

Kejayaan Praanvi diperakui oleh Pertubuhan Perikatan Yoga selepas berjaya menamatkan kursus latihan guru yoga selama 200 jam.

Menurut laporan, Praanvi mula berlatih senaman yoga bersama ibunya ketika hanya berusia tiga tahun enam bulan di rumah.

Malah, katanya, guru yoganya turut menggalakkannya untuk meneruskan minat mengajar senaman itu dengan memulakan ‘Program Latihan Guru Yoga’.

“Saya mahu menyebarkan rasa cinta terhadap aktiviti yoga kepada seramai mungkin penduduk,” katanya.

Praanvi kerap berkongsi perjalanan senaman yoga menerusi laman YouTube, Learning with Praanvi.

Sebelum ini, seorang lagi kanak-kanak dari India, Reyansh Surani mencipta rekod selepas menjadi pengajar yoga lelaki termuda di dunia.

Reyansh berusia sembilan tahun 220 hari ketika menerima pengiktirafan dari Rekod Dunia Guinness pada Julai 2021.

Mesti Baca:Rahsia Cantik Datin Elvina, Amalkan Bangun Awal Pagi & Pastikan Hidup Sentiasa Ceria
Baca Lagi Di Sini:Pesan Doktor Ini, 30 Minit Sebelum Tidur Jangan Tengok Telefon, Barulah MUDAH Lelap
Artikel Menarik:Rawatan Ayurveda, Akshay Kumar Dedah Minum AIR KENCING Lembu Setiap Hari!

Mingguan Wanita: Hebatnya budak perempuan ini, baru berusia 7 tahun dah layak untuk menjadi guru Yoga.

Sumber: Utusan, Guinness World Records

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab