Budak Perempuan 7 Tahun, Jadi Guru Yoga Bertauliah Termuda Dunia! Yoga merupakan latihan yang memberi tumpuan kepada pernafasan, kekuatan, dan kelenturan. Mempraktikkan yoga boleh memberikan banyak manfaat kesihatan fizikal dan psikologi seseorang.Siapa sangka pada usia yang masih muda, budak perempuan berusia 7 tahun ini telah mencipta kejayaan sebagi cikgu Yoga.
Cikgu Yoga Bertauliah
Seorang kanak-kanak perempuan dari India mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pengajar yoga bertauliah paling muda di dunia.
Lapor portal UPI, Praanvi Gupta berusia tujuh tahun 165 hari apabila menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness sebagai pengajar yoga wanita termuda di dunia.
Tamat Kursus Latihan Guru
Kejayaan Praanvi diperakui oleh Pertubuhan Perikatan Yoga selepas berjaya menamatkan kursus latihan guru yoga selama 200 jam.
Ads
Menurut laporan, Praanvi mula berlatih senaman yoga bersama ibunya ketika hanya berusia tiga tahun enam bulan di rumah.
Malah, katanya, guru yoganya turut menggalakkannya untuk meneruskan minat mengajar senaman itu dengan memulakan ‘Program Latihan Guru Yoga’.
Ads
“Saya mahu menyebarkan rasa cinta terhadap aktiviti yoga kepada seramai mungkin penduduk,” katanya.
Praanvi kerap berkongsi perjalanan senaman yoga menerusi laman YouTube, Learning with Praanvi.
Sebelum ini, seorang lagi kanak-kanak dari India, Reyansh Surani mencipta rekod selepas menjadi pengajar yoga lelaki termuda di dunia.
Ads
Reyansh berusia sembilan tahun 220 hari ketika menerima pengiktirafan dari Rekod Dunia Guinness pada Julai 2021.
Bagi kebanyakan orang, bulu ketiak merupakan perkara peribadi yang melibatkan kebersihan dan penampilan diri. Ia perlu dicukur dan dirapikan selalu. Namun sungguh tak dapat dibayangkan dengan hanya bercukur dua kali setahun, bulu ketiak dibiarkan panjang dan dengan bangganya ‘menayang’ dan memperagakannya pula.
Penampilan Unik
Seorang model wanita membuat penampilan unik setiap kali memperagakan koleksi busana baharu iaitu dengan menayangkan bulu ketiaknya yang didakwa hanya dicukur dua kali setahun.
Nikki Serenity, 24, dari St. Louis, Missouri, memberitahu dia tidak lagi ‘boleh membayangkan dirinya bersih dengan mencukur’ selepas membuat penampilan ‘berani’ itu menerusi pelbagai sesi bergambar dalam lebih 55 majalah fesyen.
Nampak Lebih Cantik & Berkeyakinan
Jelas Serenity, dia mula menunjukkan ‘kelebihannya’ sejak berusia 19 tahun, namun ada jurugambar yang enggan bekerja dengannya kerana beranggapan gayanya di luar norma.
“Saya mula membiarkan bulu ketiak saya panjang selepas melihat beberapa model membuat penampilan begitu.
“Saya berpendapat mereka kelihatan cantik dan lebih berkeyakinan, maka saya juga ingin membuat perkara yang sama,” katanya seperti yang dilapor Daily Mail.
Tak Cukur Bulu Kaki
Model wanita itu juga memaklumkan, dia tidak lagi mencukur bulu kaki seperti yang dilakukan kebanyakan wanita.
Katanya, dia memahami ada sesetengah pihak kurang selesa dengan penampilannya, namun dia menegaskan sering menjaga kebersihan bagi memastikan penampilannya kemas.
“Saya tidak kisah jika ada yang menganggap bulu ketiak saya ini menjijikkan, ini badan saya dan saya akan lakukan apa yang saya suka.
“Mungkin saya kehilangan beberapa tawaran bekerja, namun saya percaya pasti ada pihak yang yakin dengan penampilan ini,” ujarnya.
Jodoh tertulis Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin selamat bernikah. Selamat pengantin baru diucapkan buat penyanyi, Zizi Kirana, 36 dan juga pelakon, Yusuf Bahrin, 29 yang selamat disatukan sebagai suami isteri pagi tadi.
Pasangan rupa-rupanya tidak mengambil masa yang lama untuk mengambil keputusan mengakhiri hubungan cinta mereka hingga ke jenjang pelamin.
Jodoh Tertulis Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Selamat Bernikah
Zizi selamat bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.
Seperti mana yang dipetik menerusi mStar, Zizi telah menerima mas kahwin senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula tidak didedahkan.
“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar… kalau nak tahu hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah.
“Semuanya dilakukan saat-saat akhir! Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan… doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah.
“InsyaAllah kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan,” ungkap Zizi yang akui majlis terpaksa dilakukan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Bagaikan sudah tertulis jodoh yang ditentukan oleh Yang Maha Esa, Zizi menjelaskan dia berkenalan dengan Yusuf ketika rakaman program All Together Now Malaysia (ATNMY).
“Pertama kali jumpa kenal Yusuf semasa rakaman program ATNMY, masa tu kami tak bertegur pun, masih belum ada perasaan, sehinggalah selepas raya Aidilfitri lalu, dia menghubungi saya dan kami mula berkawan.
“Saya selesa berkawan dengannya dan nampak dia ikhlas dalam perhubungan ini. Hjung bulan Ogos kami rancang untuk terus berkahwin. Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami ini, jadi rasanya tak perlulah nak tunggu lama-lama,” terang Zizi yang turut akui mula serius mengenali hati budi masing-masing kira-kira dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan meneruskan fasa hubungan ke alam perkahwinan.
Hanya Jumpa Beberapa Kali Kerana PKP
Sepanjang perkenalan Zizi juga akui dia hanya sempat bersua muka beberapa kali dengan Yusuf.
“Sejujurnya sepanjang perkenalan ini, kami hanya berjumpa beberapa kali sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Kami lebih banyak berkomunikasi menerusi telefon bimbit dan media sosial,” kongsi Zizi.
Pada majlis pernikahan, Zizi kelihatan begitu anggun dengan mengenakan persalinan hitam klasik rekaan Shanell Harun dan ditatarias oleh jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa.
Sumber : mStar
Sumber Foto: Instagram Zizi Kirana & Instagram Shanell Harun
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Sebab mak-mak sibuk dengan kerja harian, sedar tak sedar anak ketagih gajet. Konon nak bagi kejap sebab tak nak anak ganggu kerja kita tetapu bila dah dapat bukan senang anak nak lepas.
Sudahnya anak sampai tantrum sebab belum puas tengok video melalui gajet. Ini yang bahaya!
Tetapi apa cara yang mak-mak praktik? Adakah dengan mencuba tip guna setting screen gambar hantu di phone? Kalau ya, mak ayah WAJIB betulkan sikap itu dan baca perkongsian saudara Muhammad Ahmad ini…
Saya paling tidak suka jika ada ibu bapa takutkan anak-anak dengan hantu. Banyak kali dah saya jumpa untuk hentikan anak ketagih gadget setting screen letak gambar hantu!. Salah tu tuan puan.
Sebab apa anak kita ketagih gadget?
KITALAH PUNCANYA.
Nak anak diam bagi gadget, nak anak makan bagi gadget, nak elak anak ganggu kita buat kerja bagi gadget. Akhirnya anak bangun tidur pun cari gadget. Guling-guling jika tidak diberi gadget!
Jangan salahkan anak jika mereka KETAGIH gadget.Salahkan diri kita. Berapa lama kita layan bermain gadget bersama anak? Berapa kerap kita peluk cium anak? Berapa kali kita main kejar, lari-lari, guling-guling bersama anak?
Gadget itu tidak salah untuk kanak-kanak jika cara guna yang betul. Banyak manfaat jika digunakan dengan bijak.
Akhirnya kita guna cara yang salah untuk hentikan semua itu. cara membuatkan VISUAL dan AUDITORY LEARNERS menafsirkan HANTU itu sangat berkuasa, bahaya kepada fizikal mereka.
Mereka mula kurang keyakinan diri. Sampai satu tahap tidur dalam gelap pun mereka fobia sebab takut HANTU. Mereka rasakan HANTU sentiasa bersama mereka ketika bersendirian terutama diwaktu malam.
Saya cukup hairan. Dari zaman orang tua dahulu lagi. Untuk hentikan kita lakukan sesuatu perkara pasti takutkan dengan Hantu. Taknak bagi kita keluar rumah waktu malam pun ditakutkan dengan hantu. Asalkan malam jumaat ada hantu. Jalan sebelah KUBUR pun kita fikir hantu. Sepatutnya jalan sebelah kubur kita perlu diingatkan tentang kematian, tentang azab kubur, bukan tentang hantu pocong.
Apa Yang Patut Buat
Sepatutnya anak-anak kecil perlu diberi PENDIDIKAN jiwa untuk KENAL, TAKUT DAN SAYANG HANYA KEPADA الله, bukan MENAKUTKAN mereka kepada hantu. Sangat berbeza apabila perasaan ‘TAKUT’ itu diterap hanya kepada الله. Mereka lebih berkeyakinan, mudah dengar cakap, akan jadi anak yang soleh solehah. Insyaallah.
Cukuplah takutkan anak dengan hantu, lipas, tinggi. Sebaliknya didiklah anak-anak gaya Visual, auditory, kinesthetic untuk meneroka apa yang ada disekeliling mereka.
Cerita kepada mereka kisah kehebatan sahabat r.hum, para Nabi a.s. Seperti mana Sayyidina Umar r.hu syaitan pun takut kepada beliau. Cerita kisah Nabi ibrahim a.s yang boleh memerintah para jin, dan banyak lagi kisah-kisah seumpama ini yang disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadith.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...