Anak-anak memang perlu diajar dan dididik membuat kerja-kerja rumah sejak kecil. Tak kiralah baik anak lelaki mahupun anak perempuan.Tiada lagi istilah hanya anak perempuan yang kena melakukannya.
Bukan apa, ia juga sebagai satu didikan dan latihan yang baik buat mereka, apabila dah berkahwin nanti. Yang perempuan mahir buat kerja rumah, yang lelaki pun boleh tolong isteri nanti.
Memang terbaik cara didikan pelakon dan pengacara Norliyana Samsudin,35 pada anak lelakinya Aisy Mateen,3. Sejak kecil telah diajar dan ditunjuk melakukan kerja rumah serta didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Menurut yana lagi, anak-anak harus melihat kerja-kerja rumah yang mak ayah lakukan sebagai didikan dan pendedahan awal buat mereka sebagai panduan untuk melakukannya bila dah besar nanti.
Yana memuat naik gambar anaknya sedang mencuci kerusi serta berkongsi tip mendidik anak didalam Instagramnya baru-baru ini.
“Dah 3 bulan tak cuci kusyen kerusi. Hari ni baru teringat nak cuci. Ada 6 kerusi, cuci 3 dulu. Takut tak kering.Tengah cuci, mak (nenek @aisymateen ) jerit.
“Mateen nanti basah baju!!”
Momy tolong jawab ” tak pa lah mak, kita kena dedahkan aktiviti dengan anak kita. Lagi lagi kerja mencuci ni. Karang dah besar tak tahu macam mana cara nak cuci. Budak lelaki paling bagus ajar kerja cuci cuci ni. Dah besar nanti tak lah suruh perempuan je yang buat kerja cuci cuci ni..” membebel mommy
Hahaha mak cakap sepatah , anak jawab banyak. Manakala mateen masih kusyuk sambung menyabun dan memberus kusyen kerusi.
Hakikatnya memang kita kena bagi anak kita tengok kita ketika menukang ke, menyapu ke, mencuci baju ke, mencuci kereta ke, cuci pinggan ke. Asas supaya dia nampak, dia rakam dalam kotak minda dia, dah besar tau lah dia nak buat macam mana. Sebab mommy rasa mommy tahu banyak benda kerja kerja rumah dan menukang ni sebab selalu tengok mak dan abah buat kerja semua tu.
Sekarang saya tengah korek tanah nak tanam pokok pun riuh panggil anak suruh tengok… hahaha.. kepoh… .
So, kepada suri rumah yang selalu dukung anak ketika masak ke atau tengah buat kerja, tahniah!! Anda telah melahirkan anak yang rajin juga bila dewasa nanti.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Jadi buat mak ayah, ajarlah anak lelaki dan perempuan melakukan kerja-kerja rumah sebagai satu pendedahan dan pengalaman buat mereka.
Sumber: Yana samsudin