Budak jatuh dari tingkat 11 hanya patah tangan, bumbung kedai pemisah ajal. Dalam hidup, manusia harus berpegang kepada qada dan qadar yang telah ditetapkan khususnya dalam bab kematian dan jodoh.
Ternyata selagi belum sampai saatnya, Allah masih memberi peluang untuk kita menikmati kehidupan mengikut apa yang kita cari.
Berpantang maut sebelum ajal dan seolah diberikan peluang kedua, inilah yang dilalui oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11 bangunan.
Dalam kejadian senja semalam, seorang kanak-kanak nyaris maut apabila terjatuh dari tingkat 11 sebuah rumah pangsa di Jalan Garuda di sini malam semalam.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kereta Terbabas Jatuh Anak Sungai, Ibu Sempat Capai Selamatkan Anak Dan Bayi
Selepas Dengar Pengumuman Anak Hilang Di Pasaraya, Isteri Jatuh Cerai Talak Tiga
‘Pantang Maut Sebelum Ajal.’ Wanita Ini Terselamat Selepas Tergelincir Dari Tingkat 21
‘Panjang Umur’, Kanak-Kanak Perempuan TERSELAMAT, Pancang Besi Tembus Mulut, Kes Paling Menyedihkan!
Dalam kejadian pada pukul 7.31 malam itu, mangsa yang berusia 12 tahun terselamat dan hanya mengalami patah tangan kiri.
Memetik laporan Kosmo, difahamkan, mangsa dikatakan menggigau kerana demam sejak beberapa hari lalu sebelum terjatuh dari tingkat 11 dan tersangkut pada bumbung kedai.
“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) memang benar terdapat kejadian yang dilaporkan.
“Mangsa, seorang kanak-kanak 12 tahun ditemui tersangkut di atas bumbung kedai yang berada di tingkat bawah bangunan kediaman terbabit,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zulkarnain berkata, pihaknya bertindak membawa turun mangsa menggunakan stretcher sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ujarnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
KAK LINA TAK SOKONG ARTIS DIMALUKAN DEPAN-DEPAN