Budak jatuh dari tingkat 11 hanya patah tangan, bumbung kedai pemisah ajal. Dalam hidup, manusia harus berpegang kepada qada dan qadar yang telah ditetapkan khususnya dalam bab kematian dan jodoh.
Ternyata selagi belum sampai saatnya, Allah masih memberi peluang untuk kita menikmati kehidupan mengikut apa yang kita cari.
Budak 12 Tahun Jatuh Dari Tingkat 11 Hanya Patah Tangan
Berpantang maut sebelum ajal dan seolah diberikan peluang kedua, inilah yang dilalui oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11 bangunan.
Dalam kejadian senja semalam, seorang kanak-kanak nyaris maut apabila terjatuh dari tingkat 11 sebuah rumah pangsa di Jalan Garuda di sini malam semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7.31 malam itu, mangsa yang berusia 12 tahun terselamat dan hanya mengalami patah tangan kiri.
Ads
Bumbung menjadi pemisah ajal kanak-kanak ini selepas terjatuh dari tingkat 11 ketika leka bermainDiselamatkan oleh orang ramai yang terdengar bunyi jatuh dari atas bumbungFlat 15 tingkat di rumah pangsa di Jalan Garuda gempar dengan berita kanak-kanak terjatuh
Bumbung Kedai Pemisah Ajal
Memetik laporan Kosmo, difahamkan, mangsa dikatakan menggigau kerana demam sejak beberapa hari lalu sebelum terjatuh dari tingkat 11 dan tersangkut pada bumbung kedai.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Zulkarnain Arifin berkata, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) memang benar terdapat kejadian yang dilaporkan.
“Mangsa, seorang kanak-kanak 12 tahun ditemui tersangkut di atas bumbung kedai yang berada di tingkat bawah bangunan kediaman terbabit,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ads
Zulkarnain berkata, pihaknya bertindak membawa turun mangsa menggunakan stretcher sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ujarnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut.
Sungguh malang tidak berbau. Keseronokan dalam bermain bunga api menjadi tragedi menyayat hati apabila hampir separuh badan melecur teruk disambar api. Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun melecur pada badannya dipercayai disambar api ketika bermain bunga api di Kampung Senara, Kubur Panjang, pada malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian tersebut berlaku jam 10.30 malam semasa mangsa bersama dua abangnya berumur tujuh dan 10 tahun sedang bermain bunga api di hadapan rumah mereka.
Api Membakar Tubuh
Menurutnya, secara tiba-tiba, terdengar teriakan mangsa di luar rumah dan ibu bapa mangsa terus keluar dan terkejut apabila mendapati api sedang membakar tubuh mangsa.
“Pada masa yang sama abang mangsa yang bermain bunga api bersama mangsa cuba memadam api di badan mangsa.
“Ayah mangsa terus berlari ke dalam tandas dan mengambil air menggunakan baldi lalu menjirus ke badan mangsa dan kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Pendang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mangsa melecur lebih 46 peratus pada bahagian muka dan badan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Rabu.
Ditempatkan Di (PICU)
Mangsa ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), HSB dan doktor tidak dapat menentukan punca kecederaan mangsa setakat ini sama ada disebabkan oleh minyak pelita atau bunga api.
Arriz Sham berkata, bapa mangsa memberitahu ketika kejadian, mangsa sedang bermain bunga api bersama dua orang abangnya dan mengesyaki mangsa terkena pelita api yang dipasang di hadapan rumah ketika ingin menyalakan bunga api.
Mingguan Wanita: Kasihannya. Pesanan juga buat mak ayah semoga pantau anak-anak kecil ketika mereka main bunga api atau mercun, bagi mengelakkan kemalanagan atau kejadian yang tidak diigini boleh berlaku.
Ashraf Muslim luah kerisauan. Pelakon Ashraf Muslim berasa cukup risau dan meluahkan kebimbangan berikutan peningkatan kes COVID-19 kala ini.
Ashraf seperti mana yang diluahkan menerusi perkongsian di akaun Instagram akui dirinya masih trauma dengan COVID-19 dan mendoakan ahli keluarga dan sahabatnya dilindungi.
Ashraf Muslim Luah Kerisauan
Malah pelakon itu juga meluahkan dirinya sangat risau dan stress kemungkinan dek kerana apa yang berlaku sebelum ini.
“Belajar dari pengalaman yang lepas. Kalau kita tak bendung dari awal, InsyaAllah negara kita pun akan jadi mcm dalam video ni.
“Aku pernah duduk dalam hospital 39 hari sebab covid, ayah aku meninggal dunia disebabkan covid dan kesan covid bukan sahaja pada fizikal malah ekonomi pun terkesan sampai sekarang. Sedar-sedarlah, kepada pihak atasan tolong buat keputusan dengan tepat.
“Ambil nasihat dan sunnah Nabi bila berlakunya penyakit yg berjangkit apa yg dilakukan oleh Nabi dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw.
“Ini luahan hati saya yang sangat risau dan stress serta mungkin trauma dengan apa yg berlaku sebelum ini, saya mengharap ahli keluarga dan sahabat-sahabat saya jauh dari penyakit atau virus yg berjangkit ini,” kongsi Ashraf.
Menerusi ruangan komen ramai yang risau dengan perkembangan terbaru ini. Dan berharap kerajaan dapat mencegah dari awal sebelum virus Covid 19 bertambah teruk dalam negara.
Pemergian penyanyi Siti Sarah Raisudin yang telah menemui Penciptanya pada 9 Ogos sangatlah dirasai dan begitu dekat di hati semua.
Seluruh negara bersedih dan memanjatkan doa buat arwah yang ditidurkan dan berada dalam keadaan koma sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Pemergianmu Siti Sarah Meninggalkan Banyak Kesedaran
Malah pemergian arwah Siti Sarah juga menemui Sang Pencipta sebenarnya adalah secebis kisah besarnya pengorbanan dan jihad seorang ibu ketika hamil dan melahirkan anak, yang kita sering terlepas pandang.
Rakan selebriti yang rapat dengannya, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina juga turut berduka dan akui pemergian sahabatnya itu memberi pelbagai kesedaran pada dirinya dan juga sahabat-sahabat lain.
Kenangan Kak Lina bersama arwah Siti Sarah.
“Bersama kita titipkan doa buat mereka yg telah pergi buat selamanya dan sangat di rindui.
“Pemergianmu meninggalkan banyak kesedaran, sedar menghargai kasih sayang suami, isteri dan anak-anak.
“Sedar melakukan banyak kebaikan. Sedar agar sentiasa berbuat baik sesama manusia. Sedar agar tidak mencari musuh. Sedar agar tidak menjadi kaki gaduh. Sedar yang Allah itu Maha Kaya dan yang kita ni bukan siapa-siapa,” luah Elly menerusi perkongsian di entri akaun Instagramnya.
Elly Hadapi Masalah Pada Bahagian Belakang Badan
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Elly yang sedang sarat hamil enam bulan memberitahu dia mempunyai masalah pada bahagian belakang badan.
“Untuk kesayangan semua, Kak Lina (panggilan untuk diri sendiri) sihat, cuma Kak Lina ada masalah bahagian belakang. Syukur, sekarang sudah boleh gerakkan badan.
“Sekejap lagi doktor akan lakukan pemeriksaan tulang belakang. Tadi buat pemeriksaan bayi Megat (bayi dalam kandungan). Alhamdulilah baby sihat (enam bulan),” tulisnya.
Terbaru Elly berterima kasih buat mereka yang bertanya khabar dan mengambil berat tentang dirinya.
“Terima kasih buat yang DM,whatsapp, call bertanya keadaan Kak Lina. Terima kasih ambil berat.
“Alhamdulillah kak lina da boleh bergerak dan berjalan sendiri walaupun agak perlahan . Tapi syukur semuanya baik-baik saja. Baby pun sihat Alhamdulillah. Baby dah 6 bulan. Doakn kak lina ya,” kongsi Elly.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...