ketakutan adalah keadaan alami yang membantu kanak-kanak menghadapi pengalaman baru. Ia juga merupakan perasaan yang timbul untuk melindungi diri daripada bahaya. Untuk memahami dan mengatasi ketakutan anak, anda perlu kenal pasti apa yang ditakuti oleh anak-anak kecil anda. Dikhuatiri jika tidak dibendung sejak kecil, ia akan sebati dengan diri mereka sehingga mereka membesar kelak.

  1. Takut bunyi

Bunyi yang mengejutkan seperti petir, guruh, bunyi penyedut hampagas dan pengisar makanan ada yang menakutkan kanak-kanak. Namun walaupun takut, selalu juga si kecil memerhati inigin tahu apakah punca sebenar bunyi yang ditakutinya itu.

Lakukan ini:

Biarkan anak anda melihat dan memerhati dari dekat benda yang suaranya “menakutkan” itu, tapi pastikan peralatan tersebut dalam keadaan tidak berfungsi, tiada alir elektrik dan dalam pengawasan Anda. Ajak si kecil untuk cuba menyentuhnya. Begitu juga kalau melihat kilat, katakan kepada anak bahawa sebentar lagi akan ada suara petir yang kuat. Anak biasanya boleh mengatasi ketakutannya jika mereka boleh belajar untuk meralam bila hal yang menakutkan itu akan terjadi. Bunyi yang tidak diduga-duga, adalah hal yang paling menakutkan. Belikan anak-anak permainan penyedut hampagas atau pengisar supaya mereka biasa dengan peralatan tersebut. Dengan cara itu juga kanak-kanak dapat menghilangkan ketakutan mereka.

  1. Takut badut dan maskot

Anda mungkin mengaggap anak-anak manja kerana takut dengan badut atau mascot. Tapi mungkin rupa paras dan bentuk fizikal badut dan mascot membuatkan kanak-kanak terasa pelik dan takut dengan kedua-dua makhluk ini.

Ads

Lakukan ini:

Jangan anggap remeh ketakutan anak anda, biarkan anak tahu bahawa anda faham perasaan mereka. Untuk atasinya ajak anak-anak jumpa watak-watak kartun kegemaran mereka yang dilihat setiap hari di kaca televisyen. Bagi yang jarang dilihat mungkin boleh diperkenalkan melalui gambar dahulu. Jangan paksa anak untuk menyentuh, apalagi berfoto bersama dengan badut atau maskot. Mulailah dengan melihat karakter tersebut dari jauh dengan cara melambaikan tangan atau memberi ‘flying kiss’ kepada karakter tersebut itu lebih menyenangkan anak-anak.

  1. Takut gelap

Terbangun tengah malam dalam keadaan gelap gelita kemudian sendirian di dalam bilik, tentu menakutkan kanak-kanak. Imaginasi kanak-kanak membuatkan mereka sering menggambarkan benda yang menakutkan mereka.

Ads

Lakukan ini:

Pasangkan lampu tidur dengan cahaya yang lembut, jangan biarkan anak tidur dalam keadaan gelap. Bekalkan mereka dengan lampu suluh, selimut atau patung untuk temani mereka tidur dengan lebih nyenyak tanpa mengganggu anda di tengah malam.

Ads
  1. Takut haiwan

Hampir semua kanak-kanak pernah mempunyai rasa takut pada haiwan seperti ayam, itik dan juga haiwan peliharaan seperti kucing dan sebagainya. Mungkin disebabkan pernah diserang atau dikejar haiwan tersebut maka mereka merasa takut dengan kehadiran haiwan-haiwan tersebut.

Lakukan ini:

Jangan sesekali memaksa anak mendekati haiwan yang mereka takut. Biarkan dia melihat dan menyentuh haiwan atas kemahuan sendiri. Ajak anak-anak menonton filem berkenaan haiwan, kalau ada yang menampilkan interaksi antara haiwan dengan manusia itu lebih baik. Jangan juga serapkan ketakutan anda pada satu-satu haiwan itu kepada anak-anak anda, cuba bertenang dan jauhi haiwan terbabit secara perlahan-lahan. Ajarkan juga anak-anak bermain dengan haiwan peliharaan dengan cara yang baik dengan tidak mengganggu haiwan sedang makan, tidur atau memukul secara membuta tuli.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI