Budak Baru Umur 2 Tahun, Sengsara Rabun Teruk ‘Power’ 900

Share

Zaman sekarang, ramai mak ayah yang gemar bagi anak-anak gajet seperti tab, handphone, ipad dan sebagainya. Ada mak ayah ambil ‘jalan mudah’ bagi anak-anak yang masih kecil main gajet untuk ‘senyapkan’ kerenah mereka. Hati-hati iya mak ayah yang bersikap begini. Bagi anak yang masih kecil terdedah selalu dengan skrin handphone boleh merosakkan penglihatan dan menyebabkan rabun teruk!

Myopia

Baru-baru ini dilaporkan, seorang kanak-kanak berumur 2 tahun bernama Xiao Man dari Jiangsu, China mengalami masalah rabun jauh teruk iaitu Myopia gara-gara terlalu ketagih dengan gajet. Tanpa disedari rabun ‘power’ matanya sudah mencecah 900 darjah!

Ia berpunca daripada mak ayah kanak-kanak ini yang memberikan telefon pintar pada anaknya sejak berumur 1 tahun.Mereka membiasakan Xiao Man dengan gajet sepanjang masa, berjam-jam dan menjadikan anaknya sangat selesa dan tidak menangis apabila smartphone berada di tangan.

Gambar hiasan

Dikesan Rabun

Selepas setahun dibiarkan kerap main handphone, Xiao Man menunjukkan beberapa tanda-tanda rabun.Xiao Man mula mengecilkan mata dan mengerutkan dahi apabila melihat skrin handphone. Namun keluarganya menganggap ia hanyalah satu tabiat buruk dan tak memandang serius.

Sehinggalah pada suatu hari, mak ayah Xiao Man membawanya ke klinik untuk melakukan pemeriksaan mata. Apa yang mengejutkan rupa-rupanya Xiao Man sudah mengalami 900 darjah rabun dekat!

Menurut doktor, kanak-kanak yang masih kecil seperti Xiao Man amatlah tidak sesuai didedahkan dengan penggunaan gajet. Ia boleh menyebabkan masalah mata yang teruk. Malah tambah doktor, apabila meningkat usia, masalah rabun matanya akan jadi lebih teruk.

Doktor juga menasihatkan bahawa kanak-kanak dibawah umur 3 tahun tidak seharusnya dibenarkan menggunakan gajet elektonik. Manakala bagi umur tiga hingga enam tahun, hanya dibenarkan menggunakan gajet maksimum 30 minit setiap hari. Mak ayah juga seharusnya mengambil berat dan memerhatikan simptom yang ada pada anak sekiranya mempunyai tanda-tanda masalah penglihatan. Seperti kerap menggosok mata, mata kerap berkedip, mengerutkan dahi, mengecilkan mata dan sebagainya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

MW: Buat mak ayah jadikan kisah ini satu pengajaran. Jangan sikap ambil mudah kita, bagi anak gajet tak mengira masa dan tidak dikawal penggunaannya, mengakibatkan anak mengalami masalah mata dan rabun teruk pula!

Sumber: World of Buzz

Published by
Suhaidah Abd Wahab