Ibunya tak ada tanda-tanda sakit, cuma sakit perut tiba-tiba. Kemudian anak ini, Umira Morad bawa ibunya ke klinik. Sampai rumah dia pun siapkan bubur nasi untuk ibu.
“Mak makan sikit je.. tak sampai 2 sudu pun.” Anak ini tak sedikit pun menyangka. Itulah suapan terakhir ibunya sebelum dijemput Ilahi untuk selamanya.
Sebak baca catatan anak ini.
Bubur Nasi Terakhir Untuk Mak
Mak pergi jua 12122020. Dari khamis mak tak lalu makan. Mak cakap sakit perut.. muntah-muntah tapi takda sisa. Angin ja keluar.. bawak mak gi klinik, doc cakap gastrik. Balik rumah sama jugak macam takda perubahan.
Jumaat tengahari buat bubur kat mak. Mak makan sikit-sikit ja tak sampai 2 sudu pun. Tengok mak makin tak boleh tahan. Mak dah mula cakap yang bukan-bukan.
Decide bawa gi hospital. Kena admit 2.45 pagi mak cakap mak lenguh. Tak boleh tidur. Duduk salah, mengiring salah, semua serba tak kena. Tak lama lepas tu tiba-tiba mak sejuk. Mak cakap, “Manja awat sejuk sangat ni.” Tiga helai selimut nurse bagi. Ketar-ketar mak bergegar katil wad.
Picit kaki mak, urut belakang mak, pegang tangan mak, peluk mak.
Mak cakap, “Manja mak lenguh ni.”
“Ya mak, cheq picit mak..”
Pukul 4.45 pagi tiba-tiba mak senyap. Mak dah tak gerak. Doc bagitau jantung mak dah berhenti 25 minit dan dorang bantu dengan alat mesin dorang.. doc bagitau suruh bagitau keadaan mak kritikal pada semua family terdekat. Mak pergi usia 68 tahun jam 10 pagi.
Ads
Doc sahkan jangkitan kuman usus. Doakan arwah mak ya, SITI MERYAM BINTI ZAKARIA @ SITI MERYAM ANAK EMBUN.
Innalillahiwainnailahirojiun
al-Fatihah
Arwah Mak Pergi Senyum Ja..
Jelas anak ini lagi, catatannya ini sekadar mahu berkongsi kenangan bubur terakhir ibunya. “Takda niat nak raih simpati atau meratap kematian.
Cuma Mira rasa perlukan sokongan untuk terus kuat. Perlukan ruang untuk lepaskan apa yang terbuku di hati.”
Katanya, ibunya sakit sekejap sangat. “Sekelip mata mak yang dicintai pergi. Rasa kelan dunia hanya Allah ketahui. Arwah mak pergi senyum ja..macam tengah tidur. Muka mak bersih bersinar ja tengok.. mandikan mak pun mudah. Orang mandikan mak cakap sendi-sendi mak lembut senang nak mandikan. Sempat ambilkan wuduk tuk mak buat kali terakhir.
Ads
Orang yang mandikan mak juga sedekah semua upah yang depa terima, depa bagi balik depa sedekah untuk mak.
Sembahyangkan jenazah mak pun budak-budak tahfiz turut serta sekali solat dan mendoakan mak.. terima kasih semua yang mendoakan mak, yang uruskan jenazah mak, yang hadir tengok arwah mak.. terima kasih sangat-sangat.
Mira pernah kehilangan arwah akak dan abang.. yes kami 3 beradik saja. Lepas akak dan abang takda memang Mira jaga mak ayah.. Cuba semampu boleh tunaikan apa yang mak ayah nak. Teringin nak makan apa cepat-cepat belikan. Jangan tangguh-tangguh. Sekarang mak dah takda.. mak dah pergi ikut arwah abang dan akak. Doakan Mira serta keluarga untuk kuat terima ujian ni.
Ads
Hidup mesti diteruskan. Percaya qada qadar Allah. Allah uji sebab Allah sayang.. Allah uji sebab Dia tahu kita mampu. Alhamdulillah Mira bersyukur. Sekarang tinggal ayah sendirian. Mira akan jaga ayah.. akak, abang, mak jangan risau.. manja akan jaga.
Manja tu nama panggilan mak selalu panggil.. dah takda sapa lepas ni panggil manja dah.
Terima kasih korang hadir dalam komen untuk berikan kekuatan pada kami sekeluarga.. TQ suami tersayang, sebab awak saya kuat.
To anak-anak sedara kaklong, kakngah, abang chik, sama-sama tolong maksu jaga tokwan na.. Tu ja satu-satunya kekuatan yang kita ada sekarang ni.”
MW : Sebak kisah bubur nasi terakhir untuk mak ini. Al Fatihah.. semoga Allah ampunkan dosa-dosa Allahyarham SITI MERYAM BINTI ZAKARIA @ SITI MERYAM ANAK EMBUN dan tempatkan rohnya di kalangan orang-orang beriman.
Bakal bergelar bapa, isteri Usop hamil empat minggu. Tahniah diucapkan buat penyanyi yang telah berkongsi khabar gembira tentang isterinya, Nur Fatihah kini sedang hamil cahaya mata sulung mereka.
Pemilik nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25 akui dirinya dan isteri sudah bersedia menimang anak.
Bakal Bergelar Bapa
Naib Juara program Big Stage musim ketiga yang diijabkabulkan pada 3 Januari lalu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik dilihat menerima kejutan daripada isteri kesayangan yang memberikan alat ujian kehamilan yang diletakkan dalam sebuah beg.
“Alhamdulilah rezeki Allah.
“I love you sayangku. Terima kasih untuk semua doa yang yang baik untuk kami,” ungkap Usop.
Tak Sangka Rezeki Secepat Ini
Difahamkan isteri Usop tidak mengalami sebarang alahan. Seperti mana yang dikongsi menerusi Kosmo! Online Usop berasa begitu sebak kerana tidak sangka rezeki untuk timang cahaya mata datang secepat ini.
“Alhamdulillah, kandungan isteri saya kini hampir memasuki usia empat minggu.
“Waktu itu, saya nak mengemas baju kemudian dia suruh saya ambil barang dalam beg
“Saya sebak sebab tak sangka rezeki Allah secepat ini.
“Setakat ini dia tak ada alahan lagi,” luah Usop yang sememangnya bersedia terima kehadiran anak pada usia muda.
Figura jelita Che Ta akui dirinya terkilan apabila ada pengarah yang meminta sebuah produksi menggugurkan namanya hanya kerana tidak yakin dia boleh tampak ‘buruk’ sebagai pelakon.
Pemilik nama sebenar Rozita Che Wan yang sudah lebih 15 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan ini pernah tiga kali membuktikan dirinya tidak hanya sentiasa cantik di dalam skrin TV semata mata.
Che Ta Tidak Kisah Tidak Bersolek
Che ta juga berkongsi dirinya pernah melakonkan watak yang tidak memerlukan dia bersolek.
Ia termasuk telefilem Dosa Siapa arahan Murali Abdullah yang disiarkan sekitar tahun 2011. Menerusi watak Halimah dalam telefilem berkenaan, Che Ta tidak bersolek dan menjadi pengemis.
“Watak Halimah itu juga pernah melayakkan saya menjadi calon top 5, Pelakon Drama TV Wanita, Anugerah Skrin suatu ketika dulu. Sebelum itu saya pernah berlakon sebuah telefilem dengan Fauzi Nawawi. Judulnya saya sudah tak ingat. Tapi saya dilacurkan suami dalam telefilem itu dan kemudian menghidap AIDS.
“Terbaru saya disolek buruk dan jadi tua dalam telefilem My Future Husband yang disiarkan baru baru ini di Astro Citra terbitan Zeel Production. Mira Filzah dan Amy Mastura pun turut berlakon,” kongsinya.
Wanita yang juga ibu kepada tiga cahay mata ini menafikan dia hanya menerima watak ‘control’ cantik atau disolek tebal semata mata.
“Sejak mencari rezeki dalam dunia lakonan ini, saya sentiasa berfikir di luar kotak dan sanggup mencabar diri dengan apa saja watak. Siapa kata saya nak berlakon jadi cantik saja?,” soalanya.
Sentiasa Cantik Kerana Kerja
Duta produk Mylea ini juga menegaskan, dia perlu sentiasa cantik sebagai memenuhi keperluan kerja dan tanggungjawabnya mempromosikan sesebuah produk.
Sebak hati apabila melihat keadaan anak yang masih kecil ini ada masalah jantung sebelah kanan lemah dan paru-paru juga sudah dijangkiti virus.
Tak mampu untuk membiayai kos rawatan, jadi ibu ini terpaksa meminta bantuan netizen bagi mengurangkan beban sebab dirinya juga tak dapat keluar mencari rezeki seperti biasa. Untuk ketahui cerita penuh, baca perkongsian Puan Nur Rabitahani ini…
Ini Kisahnya
Mama tak dapat jual bunga, Mama ada ni jaga adik. Mama sedih sebab tak ada duit untuk rawat sakit adik. Maafkan Mama dik…. Mama tak tinggal adik walau seminit, mama terpaksa mintak bantuan kawan-kawan mama untuk hantar adik ke hospital IJN supaya adik sembuh. Mama tak kuat tapi terpaksa tempuh semua ni, air mata mama tak berhenti mengalir. Hanya Allah yang tahu perasaan Mama ni bila pandang adik.
Assalamualaikum… saya Nur Rabitahani, Mama kepada Nur Jannah Wardina ingin memohon bantuan untuk anak saya dengan ikhlas hati kerana terpaksa dihantar ke IJN Kuala Lumpur dan berjumpa pakar di sana untuk mengetahui sama ada terpaksa melakukan operation jantung / tidak kerana jantung sebelah kanan baby lemah. Dengan keadaan baby paru-paru dijangkiti virus.
Boleh salurkan melalui No akaun:
Nur rabitahani binti basroh 162094-172079 Maybank No telefon: 017-2418414
Hanya Allah S.W.t sahaja yang dapat membalas segala kebaikan anda yang sudi membantu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.