Bubur Lambuk Rice Cooker, Sedapnya Macam Yang Selalu Dapat Di Masjid

Share

Bulan Ramadhan biasanya masjid-masjid sediakan bubur lambuk untuk dibawa balik. Kadang itu terpaksa beratur panjang untuk dapatkannya. Lagipun, bubur lambuk masjid ini selain nostalgia, dia ada rasa yang special.

Istimewanya resepi bubur lambuk yang dikongsi Nur Haziqah ini, masak dalam rice cooker je. Dan rasanya sama macam bubur lambuk yang dapat di masjid-masjid.

Yang penting, mak-mak tak perlu pun nak berlama-lama menebeng depan dapur. Kena jimat tenaga, lagi-lagi bulan puasa kelak.

Bubur lambuk banyak versi. Bahan-bahan juga ada yang berbeza. Tapi yang ini bubur lambuk style Utara. Selalu kat masjid-masjid akan dapat bubur lambuk jenis ini. Tak pasti tempat lain

.”

Saya masak dalam rice cooker sebab lebih cepat.”

 

Bahan-bahan

• 1 1/2 pot beras – basuh , rendam selama 15 minit dan toskan
• daging – dihiris kecil , basuh dan toskan
• perencah sup adabi 1 bungkus
• daun sup – dihiris kecil
• 1 batang carrot – potong dadu
• 1 biji ubi kentang – potong dadu
• 4 ulas bawang putih
• 5 ulas bawang merah
• 2 inch halia
• 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
• 100 ml santan
• 2 liter air
• bawang goreng
• gula dan garam

Cara-cara Buat Bubur Lambuk Rice Cooker

 

1. Blend halia , bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.

 

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
3. Kemudian , masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.

 

4. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit.

 

5. Masukkan beras dan kacau rata.

 

6. Masukkan beras ke dalam rice cooker.
7. Masukkan air , ubi kentang dan carrot.
8. Masak sehingga beras kembang.

 

9. Bila beras dah kembang , masukkan santan , gula , garam , serbuk lada hitam , daun sup dan bawang goreng.

 

10. Masukkan daun sup dan bawang goreng.

 

11. Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur.

 

Kenapa Asal Bulan Ramadhan Sediakan Bubur Lambuk

Bubur lambuk itu sendiri ada bermacam-macam jenis. Macam di Terengganu, dimasak dengan pelbagai jenis ulaman dan isi ikan. Pulau Pinang pula dimasak bersama daging, rempah ratus dan taburan daun sup, bawang goreng.

Jangan tak tahu, bubur lambuk ini antara hidangan favourite sepanjang bulan puasa. Kalau tidak, tak adalah orang ramai sanggup beratur panjang di masjid-masjid.

Kata Master Chef Rossham Rusli, bubur lambuk ini :

√     Dari segi kesihatan, bubur ini sesuai dihidangkan untuk keselesaan perut yang kosong. Lagi-lagi setelah berpuasa lebih 12 jam

√     Bubur merupakan makanan yang bantu sistem pencernaan yang baik untuk perut.

√     Ia mengandungi karbohidrat dan bantu beri tenaga kepada orang yang berpuasa sepanjang hari.

√     Bubur juga boleh jadi sebagai pengganti nasi.

√     Mudah nak disediakan.

Sumber/Foto : Nur Haziqah, Mstar

Published by
Netty Ah Hiyer