Bubur Kanji Daging Berempah ‘Hot & Spicy’ Sukatan Periuk Muat 8 Liter. Sedapnya menikmati bubur berempah macam ni, cukup rasa pedas dan berlemak. Memang sesuai sangat buat sebagai menu jamuan ‘potluck’ bila ada majlis makan ramai-ramai baik dengan kawan-kawan mahupun keluarga.
BUBOQ KANJI DAGING BEREMPAH HOT & SPICY (STAIL SAYA)
Alhamdulillah..Dapat juga buat kenduri untuk kawan-kawan sebelum tutup sekolah.Tak dapat buat banyak. Periuk muat 8L jer.
Sape yang sempat la, buat rasa-rasa.
#FEAcooking
Sebab ada yg tanya, saya tepek RESEPI BUBUR KANJI DAGING BEREMPAH HOT AND SPICY STAIL SAYA kat sini ya/
(Untuk 8L pressure cooker)
1 bahagian Beras – 3 pot (3 kali tarik bekas beras tupperware)
5 bahagian Air (atau lebih) daripada beras
500g Daging potong kecil
500g Udang sederhana besar
4 sudu besar Udang kering
2 batang Serai (diketuk)
2 batang Carrot
1 kotak Santan
3 jari Halia sebesar dihiris/dirincik
2 sudu teh Halba campur
2 sudu besar Lada hitam kasar
1 sudu besar Lada sulah
1 paket kecil Rempah sup
1 paket kecil Rempah kurma
Daun bawang
Daun sup
Telur masin
Bawang goreng
(Saya masak guna pressure cooker
1. Masukkan beras yang dibasuh, air, halia, serai, daging, carrot, udang kering, rempah sup, kurma, serbuk lada hitam, lada sulah, halba dan santan.
2. Ambil mode ‘porridge’ selama 5 minit.
3. Kemudian masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong kasar, dan udang.
4. Perasakan dengan garam. Saya letak 2 sudu besar garam kasar.
5. Ambil mode porridge lagi 5 minit.
6. Tambah air untuk kurangkan kepekatan.
7. Hidang bersama telur masin, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Siap! Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Resipi BUBUR ASYURA UTARA Mudah, Sukatan Boleh Dapat 1 Loyang Besar!
Baca Lagi Di Sini:Petua BERAS Cepat Hancur Jadi BUBUR, Bekukan Dalam Peti Ais Sebelum Masak!
Mingguan Wanita: Sedapnya resipi Bubur Kanji Daging Berempah ni. Cukup pedas berlemak dan sesuai sangat buat untuk jamuan pot luck. Lebur je semua bahan, reneh hingga semuanya sebati.
Sumber: Erny Yusniza Saad
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.