Teringin nak makan bubur ala McD? Apa kata anda buat sendiri di rumah.
Hendak buat bubur nasi sekarang mudah sahaja. Kita boleh cari cara membuatnya di internet kerana terdapat banyak resipi bubur nasi yang telah dikongsi oleh warganet di alam maya.
Bagi mereka yang suka makan bubur nasi ayam, bolehlah masak beras dengan air rebusan ayam.
Boleh juga tambah air sedikit demi sedikit jika mahu bubur nasi itu menjadi lebih lembut.
Boleh cuba resipi dan tip daripada pemilik akaun Facebook Nurul Hawa Nadila Sari ini.
1 1/2 Cawan Beras
1 1/2 Inci Halia -Diketuk / dititik
1 Kiub Pati Ayam
300gm Isi Ayam / 1/4 Ekor Ayam
Sedikit Garam
1 Liter Air
Lada Merah
Daun Bawang dan Daun Sup
Sedikit Minyak Bijan
Artikel berkaitan:
Pemanis Mulut Pengat Dan Bubur Pelengkap Hidangan
1-Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya.
Air rebusan ayam jangan dibuang.
2-Basuh beras bersih. Masukkan beras dalam periuk lebihan air rebusan ayam.
3-Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. Masak bubur ikut suka – selembut mana kita nak.
4-Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
MW: Resipi ini mudah untuk dibuat. Cuma pastikan beras itu kembang agar bubur nasi jadi lembut bila sudah siap dimasak.
Kredit/Sumber/Foto: Nurul Hawa Nadila Sari