Buatlah Hibah Bersyarat, Jika Penerima Meninggal Dulu, Harta Berbalik Pada Pemberi

Share

Buatlah hibah bersyarat, jika penerima meninggal dulu, harta berbalik pada pemberi. Jadi kepentingan si pemberi terjaga.

Ajal, maut ini kerja Tuhan. Disangka suami yang akan pergi dulu, sudahnya isteri pula dijemput Ilahi lebih awal. Manusia hanya merancang, takdir Allah juga yang menentukan.

Sepertimana kisah yang dikongsikan oleh Kak Maria Perwarisan Wasiyyah. Bagaimana seorang suami bukan saja hilang isteri, dalam masa yang hilang harta bila rumah miliknya di tukar nama kepada isteri dituntut oleh adik-beradik arwah isteri.

Ikuti perkongsian Kak Maria Perwarisan Wasiyyah dan ketahui apakah cara terbaik bagi mengelakkan situasi ini berlaku lagi kepada orang lain.

Buatlah Hibah Bersyarat

Ada seorang suami yang sangat mencintai isterinya.
Malangnya mereka tidak dikurniakan zuriat.

Suami yang bimbangkan akan kebajikan isterinya, jika sekiranya dia pergi dulu telah menukarkan nama di geran rumah kepada nama isteri.

Si suami ini masih ada ibu bapa yang sudah berusia dan dua orang adik lelaki.

Manakala si isteri pula tiada ibu bapa tetapi ada 10 orang adik beradik lelaki dan perempuan. Si suami sangat menyukai silaturahim adik beradik isterinya.

Jika Penerima Meninggal Dulu

Ditakdirkan, si isteri meninggal secara mendadak setelah dijangkiti virus Covid-19 durjana.

Adik-beradik isteri, datang menemui si suami dan mengatakan mereka tidak mahukan rumah tersebut.

Legalah hati si suami, tersenyumlah dia.
TAPI… kata abang Long kami nak duit nilai harga rumah!!!
Maknanya, mereka mahu hak faraid mereka ditebus oleh si suami.

Harta Berbalik Pada Pemberi

Terkedu si suami.
Perlu menebus rumah sendiri.
Sungguh tidak disangka, mereka akan menuntut hak mereka.

Kerana semasa arwah isteri masih hidup, beliau telah jelaskan dan minta adik-beradiknya jangan tuntut rumah tersebut sebagai pusaka beliau.

Adik-beradik dengan yakinnya menyatakan “Takkanlah kami buat macam itu, dekat suami kau. Kami sudah anggap dia macam adik sendiri.”

Janji tinggal janji.
Kini suami menyendiri.
Sudahlah kehilangan isteri.
Menumpang pula di rumah sendiri.

Baca Di Sini:

‘Hibah, Hadiah Arwah Tinggalkan Untuk Isteri.’ Adik-Beradik Jangan Bagi Alasan Nak Merasa Juga

Isteri Meninggal, Suami BERHAK Dapat Hibah Dari Pembahagian Pusaka Isteri Dalam Kaedah ‘AUL

Suami Baik Tidak Akan Buat Isteri ‘Melarat’ Selepas Ketiadaannya, Sedialah Hibah

Hibah, PEMBERIAN Kasih Sayang Untuk Pasangan, Tak Perlu FARAID Sebab Itu HAK Mutlaknya

Harta Pusaka Adik Beradik, Rezeki Terpijak Atau Tanggungjawab?

Jalan Penyelesaian:

Kongsi Kak Maria, bagi kes sebegini, kebiasaanya dia akan usulkan mereka nembuat hibah harta bersyarat ruqba. Dengan hibah bersyarat ruqba kepentingan si pemberi (tuan punya harta) dan si penerima akan terjaga.

Jika pemberi meninggal dahulu, harta jadi milik mutlak penerima. Sebaliknya jika penerima yang meninggal dulu, harta akan berbalik kepada si pemberi iaitu tuan punya harta.

INFO:

Tambahnya, sebenarnya hibah harta terdiri daripada tiga jenis hibah iaitu :

1. Hibah mutlak – bagi terus dan terus tukar nama

2. Hibah bersyarat ruqba – Semua rukun syarak dilakukan sama ada ketika hidup atau pertukaran nama selepas kematian.

3. Hibah umra’ – Hibah ini tak dipraktiskan di Malaysia.

Mingguan Wanita : Bab harta pusaka ini jangan dibuat main, kadang-kadang manusia boleh kelabu mata jika melibatkan bab wang ringgit walaupun adik-beradik.

Sumber : Kak Maria Perwarisan Wasiyyah

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Published by
Nur Syazwani Mehat