Dua Beradik Buat Umrah DIY Tanpa ‘Travel Agency’, Begini Caranya

Share

Terkini, berikutan penularan koronavirus (Covid-19) kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk menggantung sementara pendaftaran visa dalam talian bagi tiga negara, Malaysia, Brunei dan Singapura. Sekaligus dijangka menjejaskan kira-kira 15,000 ke 20,000 jemaah umrah pada Mac nanti.

Apa pun prosedur ini hanya bersifat sementara dan tertakluk kepada penilaian semasa pihak berkuasa Arab Saudi.

Wanita ini, Haany Harraz sebelumnya berkongsi perjalanan umrah DIY yang dilakukan dengan kakaknya tanpa mengikut mana-mana ‘travel agency’. Infonya berguna, dan boleh diguna pakai untuk jemaah umrah lain yang mahu mencuba, pada masa akan datang.

Semoga apabila wabak Covid-19 sudah selesai, dan urusan pendaftaran visa sudah dibuka semula, bolehlah anda ikut jejak langkah Haany untuk tunai umrah secara ‘Do-It-Yourself’ ini.

 

 

Umrah DIY Dengan Kakak, Tanpa Travel Agency

Alhamdulillah, saya telah selamat menunaikan umrah minggu lepas (ketika status dimuatnaik, 6 Februari lalu). Hari ni baru ada kelapangan untuk menulis sikit sekadar berkongsi. Umrah kedua kali ni saya pergi kakak saya, hanya berdua tanpa mengikut mana mana travel agency. Semuanya kami atur dan bergerak sendiri. Mudah dan ringkas sebenarnya pergi sendiri ni. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.
Sebelum tu, saya sendiri memang sejenis suka kepada cabaran dan suka merenung setiap kejadian dari perjalanan yang saya lakukan.

Alhamdulillah Allah telah menjemput saya dan kakak saya menjadi tetamuNya. Sebelum pergi tu, betulkan niat iaitu untuk beribadah mengabdikan diri kita di sana.

Pertama sekali, perlu ikuti kursus umrah. Saya mengikuti kursus percuma yang berdekatan dengan tempat saya, saya juga banyak belajar cara mengerjakan umrah, tengok di youtube, buat research accommodation, transportation dan lain-lain.

Jangan lupa perbanyakkan solat hajat, supaya Allah lancarkan perjalanan UMRAH kita dan diberikan kesihatan yang baik.

Saya ringkaskan saja tips perjalanan sepanjang 8 hari berada di tanah suci Madinah dan Makkah. Saya berada 3 malam di Madinah – 4 malam di Makkah – dan selepas itu menziarahi Turkey selama 4 malam sebelum berangkat pulang.

 

 

1. Tiket Penerbangan

Saya menempah tiket flight melalui Skyscanner. Untuk trip Umrah saya tempoh hari saya naik Saudi Airlines, dan tiketnya tak murah dan tak terlalu mahal. Tiket saya KUL-MED, JED-IST, ANKARA-KUL , berjumlah RM2600 untuk return.

2. Accommodation

Untuk cari penginapan boleh search di Booking.com, Airbnb dan lain-lain. Untuk di Madinah saya menginap Hotel (Al-Mukhtara Golden). Hotel ni sangat dekat dengan masjid, tetapi jauh juga berjalan ke pintu masuk solat perempuan (8 minit berjalan). Di Makkah saya menginap di Hotel NAWAZI AJYAD yang hanya berjalan 5 minit sahaja ke masjid.. hotel ni boleh tidur untuk 4 orang, kami hanya berdua.. sangat puas hati… total hotel MADINAH dan MAKKAH = RM1000++ untuk dua orang.

 

Kami naik skuter masa saie, pengalaman pertama.. 100 Riyal untuk naik dua orang.

 

3. Ground Transportation

Setelah membuat sedikit kajian tentang ground transport, banyak cabang transport di Madinah dan Makkah

. Saya lebih mudah dan selesa menggunakan Careem (Uber versi Arab). Careem di tanah suci sangat meluas, lebih jimat dan tak perlu bargain macam taxi. Cuma ketika berada di Makkah, kawasan radius sekitar Masjidil Haram, Uber dan Careem tidak dibenarkan.

Cuma kalau nak naik juga perlu berjalan keluar dari kawasan radius tersebut. Pernah juga saya menaiki TEKSI UJRAH yang sangat banyak di sana. Saya juga minta diskaun harga pada pemandu teksi ujrah, setelah buat perbandingan harga Careem.

Manakala, perjalanan kami dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan Umrah, kami menaiki bas Saptco VIP. Perjalanan lebih kurang 5 jam 30 minit. Bas yang selesa dan efisien dari segi masa. Minum dan snek disediakan. Sangat recommended. Boleh online booking di website saptco.com.sa

Total perjalanan Madinah-Makkah = RM128

4. Visa

Sekitar September 2019, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan Tourist Visa untuk beberapa negara dan Malaysia antara salah satu yang tersenarai. Tourist visa berlaku untuk memasuki negara Arab Saudi untuk tujuan Holiday mahupun Umrah. Dibenarkan untuk tinggal tidak melebihi 90 hari di Arab Saudi dan tempoh valid visa berlaku selama setahun.

Ya, bermakna rakyat Malaysia tidak perlu lagi menggunakan Visa Umrah untuk masuk ke Arab Saudi untuk mengerjakan Umrah.

Visa boleh apply di laman web rasmi kerajaan Arab Saudi di sini visa.visitsaudi.com. Yang bestnya, setelah selesai membuat pembayaran visa, visa dicetak dalam masa 3-5 minit dan terus dihantar ke email kita. Gambar passport visa kami hanya snap guna fon dan gunakan software gambar visa umrah sahaja, tidak perlu untuk ke kedai gambar.

Bayaran visa : RM490.

5. Travel Insurance

Sebelum ke luar negara, belilah travel insurance dari mana mana insurance agency. Kita tak tahu bila mana kemalangan mahupun ajal akan berlaku. Sediakan insurance cover sebelum kemalangan berlaku.

Saya seringkali gunakan Etiqa Trip Care 360 Platinum untuk single trip. = RM110.00

 

 

Ustaz Mustapha dari Travel Agensi Umrah JUARA yang bawa kami Ziarah bersama. — in Medina, Saudi Arabia.

 

6. Ziarah Luar Kota Suci

Yang ni boleh search sendiri di Google tempat-tempat ziarah sekitar Madinah dan Makkah. Tergantung kepada selera masing masing mahupun kelapangan. Yang ni boleh plan sendiri.. di sana boleh naik Uber atau Careem untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi. Dan kalau boleh janganlah lepas peluang ke tempat tempat bersejarah di sana. Rezeki kami, di Madinah dan Makkah kami ditawarkan oleh Group leader dengan menumpang bas mereka untuk ziarah, Alhamdulillah.

 

Ni antara lauk yang kami sempat masak di Madinah, Makkah
Makanan beli di sana.. Banyak.. Memang boleh makan 2x, kongsi dua orang.

 

7. Souvenir , Air Zam-zam, Makan-makan

Banyak baleh dapat keychain semurah 2 riyal. Yang penting pandai cari. Air zam zam kami beli kat airport – 7.5 riyal untuk 5 liter. Kami beli selepas pulang dari Ankara semasa transit di Jeddah. Satu orang satu botol jer. Kebanyakan airlines akan bagi free luggage khas untuk air zam-zam.

Di sana saya dan kakak lebih banyak masak sendiri.. kami bawak periuk nasi kecik untuk masak nasi.. dan bawak makanan sendiri.. ada juga kadang-kadang kami try makanan di sana. Boleh berkongsi makanan untuk makan dua orang, sebab banyak.

8. Time Flexibility

Ini yang saya impikan dari setiap perjalanan musafir saya. Tidak terikat dengan waktu. Tak kira ke mana, saya sukakan time freedom. Ada waktu untuk ke sini dan ke sana mengikut kemahuan diri. Tukar plan last minute, tambah plan last minute. Ada waktu untuk mendalami, mengagumi, merenungi dari setiap tempat saya lawati.

 

Ni gambar di Istanbul.

 

Itinerari Umrah DIY Dan Ziarah Istanbul/Ankara

Di sini saya juga ingin sertakan itinerary Umrah DIY dan Ziarah Istanbul/Ankara

HARI 1: 31/1/2020

• Lapor diri KB-KUL (9.30 pagi)
KL – -MADINAH (1.40 petang)
• Check-in bagasi, serahan passport / boarding pass / visa.
• Transit RIYADH; 1 jam 25 minit sebelum berlepas ke Airport Madinah.
• Tiba di Madinah daftar masuk hotel dan berehat.
Madinah airport (7.00 malam), Check in Hotel (Al-Mukhtara Golden) .
– Naik Uber/ Kareem 20-30 minit ; SAR 30-60 / Bus SAPTCO SAR 10-12- Beli Simkad CELCOM XPAX , beli di Malaysia dalam RM68.

*Notes


Lepas berehat di hotel, turun masjid terus solat isyak dan masuk RAUDAH (Rumah Nabi serta makam baginda) Nabi bersabda, ‘kalau kita datang buat umrah, tidak datang rumahku, dikira ummat yang tidak mencintaiku’

 

Masjid Quba’

 

HARI 2 & 3 : 1-2/2/2020 MADINAH

• Ziarah Dalam – Lagi ke Maqam Rasulullah SAW dan sahabat, (Raudhah) dan Perkuburan Baqi’ (solat jenazah – Jenazah terdiri daripada y. Aishah, Fatimah, Zainab, cucu Nabi) semoga mereka dirahmati Allah- boleh banyak pahala.
• Ziarah Luar – Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Medan Peperangan Khandaq (Masjid Tujuh), Jabal Uhud, Pasar Kurma/ Ladang Kurma (Join naik bus leader group umrah, atau naik bus or uber )

HARI 4: 3/2/2020 MADINAH – MAKKAH

MADINAH

• Ziarah Wida’ –
1) solat sunat 2 rakaat ( RAUDHAH) or masjid nabawi,
2) mengucapkan salam perpisahan kepada Baginda ( assalamualayka ya Rasulullah) dengan penuh kerendahan hati dan sedih meninggalkan baginda,
3) berdoa dengan bertawassul dengan baginda ( Selamat tinggal ya Rasullulah, Salam perpisahan wahai Nabi Allah.. Kami akan datang lagi menziarahimu ya Habiballah …)
4) mengalir air mata keikhlasan sedih perpisahan dengan kekasih Allah.
5) bersedekah pada orang-orang berada sekitar Masjid Nabawi.
• Mandi sunat Ihram, memakai pakaian ihram umrah.
. Check out hotel Madinah ; pukul 12.30 tengah hari
. Menaiki SAPTCO BUS VIP 2.30 petang ( Perjalanan 5 jam), naik di CROWNE PLAZA HOTEL.
• Bertolak ke Makkah –bermiqat di Masjid Bir Ali ( Solat Sunat 2 rakaat sebelum niat IHRAM) –
UMRAH PERTAMA
– Bus berhenti di AJYAD STATION, sebelah HOTEL MASHAER AJYAD HOTEL TH .
– 250m ke Al Haram. Dari SAPTCO AJyad, 15 minit to Hotel NAWAZI AJYAD (naik uber SAR15).

MAKKAH

• Tiba di Makkah, mengerjakan tawaf & saie, bertahallul serta solat wajib dan sunat . Pahala bersamaan 100,000 kali ganda.

*Notes
√  Semasa perjalanan menuju ke Makkah, bayangkan bagaimana susah payah Rasulullah dan Sahabat Abu Bakar berhijrah dari Makkah ke Madinah, mengharungi bukit bukau, bersembunyi Gua Thur, dihambat Surraqah(perang Badar).
√  Banyakkan Bertalbiah, dan selawat sepanjang perjalanan.

HARI 5 : 4/2/2020 MAKKAH

• Bermula selepas solat subuh/dhuha hingga sebelum Zohor; Ziarah Luar – Jabal Thur (15 minit) bergambar dan boleh hiking, Jabal Nur – boleh hiking untuk melihat Gua Hera’, bergambar dan hayati sirah, kemudian Arafah (sekadar stop/ tidak di masjid Namira), Muzdalifah, Mina dan otw ke Jabal Rahmah (hanya melintasi & memandang dari dalam bas), Masjid Ja’ranah & miqat (UMRAH KEDUA)
– Solat Zohor di Masjid, buat tawaf dan Saie.

HARI 6 : 5/2/2020

• Umrah Tana’im – miqat untuk umrah (UMRAH KETIGA)

*Notes
Masa buat umrah, masuk Al Hara di King Fahd Gate. – Pintu 79 ( buat tawaf sunat) – pintu 66 ‘ – ada toilet dan tempat berwudhu’ – free al quran sebelah pintu 79 cari 884 – kedai foodcourt (Al khalid Courtyard) – kedai jus (berhampiran kedai rambut), – Hilton suite ( ada mall, food curt, KFC, al Baik,Al Tazaj)

HARI 7 : 6/2/2020

• Ziarah Pilihan Taif (tempat peranginan) – bertolak selepas subuh – naik bus dari Hotel Safwah ke Station Cable (sejam) , terletak di theme park.
- Naik cable car selama 15-20 minit 
- Cadangan lawatan;
1) Shubra palce,
2) Fruits market,
3) Crose factory,
4) Addas farm and mosque,
6) Fruits market
– Bertolak ke Makkah( dijangka tiba di Makkah sebelum maghrib)

 

Blue Mosque, Istanbul

 

HARI 8 : 7/2/2020 MAKKAH – AIRPORT JEDDAH

• Mandi, bersiap barang, letak barang di lobi sebelum subuh,
– Tawaf Wida’ pukul 3 pagi.
– Akan berangkat ke Airport Jeddah pukul 4 pagi (uber or careem – SAR 120 – 150), subuh di airport atau perjalanan, penerbangan ke Istanbul 9.50 pagi.

ISTANBUL – AIRPORT

• Tiba di Airport Istanbul pada 1.45 petang.
Perjalanan ke Hotel Istanbul (Stone Home Appartment at Sultanahmet)
– Naik bus Havaist – berdekatan terminal building Arrival) harga 16TL
– Jangka check in hotel pukul 6 petang.
– Malam berjalan di sekitar Hotel berdekatan.

 

Naik Cruise

 

HARI 9 : 8 /2/2020)

Lawatan,
1) Blue Mosque ,
2) Muzium Hagia Sophia,
3) Istanbul Topkapi ( Masjid Kediaman Pemerintahan Uthmaniah, dibina oleh Sultan Al Fated, near Masjid Sya Sophia,
4) Galata Tower,
5) Hippodrome
6) Grand Bazaar ( pintu luar nama old book Bazar, near trem Beyazit – tempat shopim murah-
7) Cruise Bosporus ( Menyusuli Selat Bosphorus yang sempadan Asia dan Eropah),
8) Taksim square( tempat shopim, sangat bestt)

*Notes
Tempat shopping (kadikoy Sali pazari – kedai-kedai dan tempat makan murah)

 

Kawan yang sambut dan menghantar kami di Airport Ankara yang bekerja di sana.

HARI 10 : 9/2/2020

– Check out hotel pukul 11 pagi
– Naik train ke airport SAW, flight pukul 3. 40 petang ke ANKARA.
Di ANKARA airport
– Sampai di airport pada 5 petang dan disambut oleh kawan kami yang kebetulan bekerja Embassy of Malaysia di sana.

 

Anitkabir, Ankara

 

HARI 11 : 10/2/2020

– Visit Anitkabir Mausoleum (muzium dan tempat permadian pemerintahan).
– Bermain Salji di Elmadag Ankara

*Notes
– Harga satu malam penginapan di Turkey dalam lingkungan RM80/malam.
– Transportation untuk bergerak ke mana-mana sahaja, pun sangat-sangat murah.
– Kami naik bus, metro, or trem di sana.
– Makanan pun murah, kami prefer masak di sana.

 

Elmadag, ANKARA

 

HARI 12 : 11/2/2020

– Bertolak ke airport ANKARA pada pukul 11 pagi. Flight pukul 1.40 petang.
– Transit 9 jam di Jeddah, (berjalan-jalan sekitar Jeddah)

HARI 13 : 12/2/2020

Sampai KUL 3.00 petang
KUL ke KB pukul 8.35 malam, dijangka sampai 9.35 malam
** SELAMAT PULANG DENGAN UMRAH MAQBULLAH **
Total Budget per head (MADINAH>MAKKAH> ISTANBUL>ANKARA)
– Flight ticket : RM2600
– Accommodation : RM800
– Ground transportation : RM250
– Transport Med-Makkah : RM128
– Flight tiket IST-Ankara : RM70
– Visa : RM490
– Travel Insurance : RM110
– Makan/miscellaneous : RM300
Total : RM4784

Ingatlah yang perjalanan kita mengerjakan umrah ini bukan macam perjalanan lain, ia adalah perjalanan ibadah ke Rumah Allah dan menemui Nabi kita SAW. Jagalah tertib dan betulkan niat InsyaAllah segalanya akan dimudahkan.

Inilah sedikit perkongsian bagaimana perjalanan saya bersama kakak tempoh hari. Semoga ada manfaat buat semua kenalan FB.

MW : Semoga menjadi panduan untuk jemaah yang mahu menunaikan umrah DIY ke tanah suci. Ketika artikel ini di kongsi kerajaan Arab Saudi telah menggantung sementara pendaftaran visa jemaah umrah/haji. Berikutan kes coronavirus (Covid-19). Sama-samalah kita berdoa semoga urusan visa jemaah umrah/haji kelak dipermudahkanNya.

Baca sini : Lelaki ini terang panduan umrah mudah, untuk jemaah kali pertama

Sumber/Foto : Haany Harraz

Published by
Netty Ah Hiyer