Masala Chai atau Teh Masala cukup popular bagi kaum India. Ia merupakan teh susu dengan campuran rempah ratus terpilih. Istimewanya, teh ini banyak khasiatnya yang tersendiri untuk kesihatan. Antaranya seperti membantu buang angin, masalah peredaran darah dan pernafasan.

Baca Lagi disini:
Amalan Teh Bunga Telang, Wajah Awet Muda Kulit Tegang Tak Berkedut!
Letak Secubit Garam Dan Sesudu Nescafe Rahsia ‘Teh Tarik Banjir’ Rasa Lemak, Manis, Kelat & Wangi

Nak rasa macam mana Teh Masala ni boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ravinder Kaur Joachim ini.

“My style of making Masala tea”

Bahan-Bahan:

2-3 Liter air⠀
3-4 sudu besar serbuk teh (Saya guna teh BOH)
5 biji Bunga cengkih⠀
5 biji Buah pelaga⠀
1/2 sudu kecil Jintan manis⠀
1 Batang Kulit kayu manis⠀
sedikit Halia⠀(diketuk)
3 sudu besar Susu pekat⠀
1 cawan Susu segar⠀
4 sudu besar Susu tepung⠀campur sedikit air panas
2 sudu besar Gula⠀

Cara Membuat:⠀

1. Panaskan air dalam periuk.⠀
2. Masukkan daun teh.⠀

3. Kemudian masukkan bunga cengkih, buah pelaga, jintan manis dan kulit
kayu manis.⠀
4. Masukkan pula⠀halia yang telah diketuk.

IKLAN

5. Biarkan sehingga air teh mendidih.

Sementara menunggu air teh mendidih dalam periuk, kita boleh sediakan susu. Saya selalu campurkan ketiga-tiga jenis susu ni untuk rasa lebih sedap.Tapi boleh juga jika mahu guna susu tepung sahaja.

Penyediaan susu:

1. Masukkan 4 sudu tepung ke dalam cawan⠀
2. Campur bersama air panas dan kacau hingga sebati⠀
3. Masukkan 1 cawan susu segar, 3 sudu susu pekat dan 2 sudu gula⠀
4. Kacau hingga sebati⠀

Masukkan bancuhan susu ke dalam teh dan biarkan mendidih seketika.

Tapis dan sedia untuk dinikmati.⠀
Tarik ala mamak sebelum dihidangkan.

MW: Sesekali nak ubah citarasa boleh cuba buat ‘Teh Masala’ ni.Pasti rasa segar, aroma rempah ratus dan banyak khasiatnya.

Sumber: Ravinder Kaur Joachim