Buat TAKOYAKI Tanpa Acuan, Jadi Bulat Elok Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!

Share

Buat TAKOYAKI Tanpa Acuan, Jadi Bulat Elok Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!Takoyaki merupakan snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura (tenkasu), jeruk halia dan daun bawang.

Takoyaki memang cukup terkenal, banyak dijual di restoran makanan Jepun, namun ada juga dijual di gerai tepi jalan. Malah di Malaysia sendiri pun ada yang jual di pasar malam.

Namun jika beli harganya agak mahal dan memang tak puas makan.Lagi pula jika anak ramai. Lebih jimat dan berbaloi bila mak-mak buat sendiri di rumah. Dijamin bersih, halal dan puas makan.

Boleh buat Takoyaki sendiri tanpa guna acuan ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Farhah Azman
sebagai rujukan. Memang mudah!

Buat takoyaki untuk anak-anak harini. Takoyaki ni lain sikit dari yang tepi jalan, sebab saya buat tak pakai acuan. Saya tak suka nak simpan acuan yang saya jarang pakai. Jadi buatlah takoyaki ni tanpa acuan. Janji jadi bulat helok, rangup diluar lembut didalam.

Inti boh udang. Suka hati kita la kan. Kita buat dia. Kicap buat sendiri, mayo cari la Kat kedai, bonito flakes pun kedai buat. Janji anak makan sampai licin habis sepinggan. Anak ramai puas hati buat sendiri. Takyah acu. Setel. Kita buat dia.

Ini resepi saya ya. Resepi simple je ni. Janji anak-anak dengan suami suka.

Untuk takoyaki tu, sediakan:

Bahan-Bahan:

Secawan Air panas gelegak
secawan Tepung gandum
secubit Garam

Inti:

Ikut suka hati, saya pakai udang. Itu je yang ada kat umah.

Kicap:

Sediakan semangkuk kecil kicap manis
2 sudu gula
semangkuk setengah air
sesudu kecil tepung gandum/tepung jagung

Cara Membuat:

Gaul rata semua bahan sampai dapat tekstur yang boleh dicubit-cubit tepung tu. Kemudian bulat-bulatkan, masukkan inti dan boleh digoreng. Jaga api. Jangan panas sangat. Jangan slow sangat. Kita nak tekstur luar rangup dalam lembut.

Ini tekstur tepung tu, air wajib panas gelegak ye untuk gaul dengan tepung gandum. Masuklah inti yang Kita suka. Apa-apa pun boleh.
Ini kejadian lepas dah dibulatkan. Boleh frozenkan juga.
Ni lepas goreng. Pastu boleh dah sempurnakan takoyaki tu.

Kicap:


Campurkan semua bahan-bahan dan masak atas api untuk hasilkan kicap takoyaki. Dah pekat. Tutup api.

Siap semua, susun takoyaki, boh mayo dengan kicap, tabur bonito flakes, tabur seaweed yang digunting atau serbuk seaweed, mana-mana yang ada.

Licin. Untuk abah dieorang dah simpan sesiap sepinggan lagi.
Lembut di dalam, rangup di luar.

Siap. Kita buat dia! Adjust ikut kesesuaian je ok.
Selamat mencuba!

Mesti Baca:Buat TAKOYAKI Pakai Acuan Kuih Paniaram, Adunan Mesti Cair Baru Lembut!
Baca Lagi Di Sini:TAKOYAKI Versi Tekak MELAYU, Ikut Resepi CUCUR VIRAL Menjadi Juga
Artikel Menarik:Wanita Ini Kongsi Cara Nak Buat Sushi Sendiri, Puas Hati & Jimat Tak Perlu Beli

Mingguan Wanita: Anak-anak selalunya memang suka makan takoyaki ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah tak perlu guna acuan pun, memang mudah, lebih jimat dan puas hati makan.

Sumber:Farhah Azman

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

Published by
Suhaidah Abd Wahab