Buat TAKOYAKI Tanpa Acuan, Jadi Bulat Elok Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!Takoyaki merupakan snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura (tenkasu), jeruk halia dan daun bawang.
Takoyaki memang cukup terkenal, banyak dijual di restoran makanan Jepun, namun ada juga dijual di gerai tepi jalan. Malah di Malaysia sendiri pun ada yang jual di pasar malam.
Namun jika beli harganya agak mahal dan memang tak puas makan.Lagi pula jika anak ramai. Lebih jimat dan berbaloi bila mak-mak buat sendiri di rumah. Dijamin bersih, halal dan puas makan.
Boleh buat Takoyaki sendiri tanpa guna acuan ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Farhah Azman sebagai rujukan. Memang mudah!
Buat takoyaki untuk anak-anak harini. Takoyaki ni lain sikit dari yang tepi jalan, sebab saya buat tak pakai acuan. Saya tak suka nak simpan acuan yang saya jarang pakai. Jadi buatlah takoyaki ni tanpa acuan. Janji jadi bulat helok, rangup diluar lembut didalam.
Inti boh udang. Suka hati kita la kan. Kita buat dia. Kicap buat sendiri, mayo cari la Kat kedai, bonito flakes pun kedai buat. Janji anak makan sampai licin habis sepinggan. Anak ramai puas hati buat sendiri. Takyah acu. Setel. Kita buat dia.
Ini resepi saya ya. Resepi simple je ni. Janji anak-anak dengan suami suka.
Untuk takoyaki tu, sediakan:
Ads
Bahan-Bahan:
Secawan Air panas gelegak
secawan Tepung gandum
secubit Garam
Inti:
Ikut suka hati, saya pakai udang. Itu je yang ada kat umah.
Kicap:
Sediakan semangkuk kecil kicap manis
2 sudu gula
semangkuk setengah air
sesudu kecil tepung gandum/tepung jagung
Cara Membuat:
Gaul rata semua bahan sampai dapat tekstur yang boleh dicubit-cubit tepung tu. Kemudian bulat-bulatkan, masukkan inti dan boleh digoreng. Jaga api. Jangan panas sangat. Jangan slow sangat. Kita nak tekstur luar rangup dalam lembut.
Ads
Ini tekstur tepung tu, air wajib panas gelegak ye untuk gaul dengan tepung gandum. Masuklah inti yang Kita suka. Apa-apa pun boleh.Ini kejadian lepas dah dibulatkan. Boleh frozenkan juga.Ni lepas goreng. Pastu boleh dah sempurnakan takoyaki tu.
Kicap:
Campurkan semua bahan-bahan dan masak atas api untuk hasilkan kicap takoyaki. Dah pekat. Tutup api.
Siap semua, susun takoyaki, boh mayo dengan kicap, tabur bonito flakes, tabur seaweed yang digunting atau serbuk seaweed, mana-mana yang ada.
Licin. Untuk abah dieorang dah simpan sesiap sepinggan lagi.Lembut di dalam, rangup di luar.
Siap. Kita buat dia! Adjust ikut kesesuaian je ok.
Selamat mencuba!
Mingguan Wanita: Anak-anak selalunya memang suka makan takoyaki ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah tak perlu guna acuan pun, memang mudah, lebih jimat dan puas hati makan.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya senang je mak-mak nak buat mee kuning sendiri di rumah. Paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti Asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan. Hanya guna 4 bahan utama iaitu, tepung gandum, garam, telur dan dan air suam! Jangan risau, takde mesin canai mee pun tak jadi masalah, ada caranya boleh potong doh secara manual guna tangan.
Jemput baca perkongsian resipi macam mana nak buat mee kuning ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Norain Naim ini.
MEE HOMEMADE 4 BAHAN
Percubaan buat mee kuning membuahkan hasil.Lama dah nak buat tapi kelmarin baru berkesempatan.Siapa yang nak cuba tu jom cikedot resepi
Bahan-Bahan:
300 gram tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
air suam
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan dan tambah air suam. Air ni agak-agak je tau sampai doh tak lekit dekat tangan. Jangan over air nanti lembik. Kalau lembik tambah sikit lagi tepung.
2. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.
3. Masa canai nipis tu tabur-taburkan tepung sikit supaya tak melekat. Dah canai nipis lipat kan dia. Sila tengok gambar ye. Lipat tu untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tak yah lipat.
4. Ok dah boleh potong nipis-nipis. Macam ain tak de mesin canai mee tu jadi potong guna manual, guna tangan. Yang ni kite suruh suami yang potong. Ikut masing-masing nak nipis mana.
Bagai cendawan tumbuh, mana-mana tempat pasti akan ada cafe yang menyajikan kopi barista terbaik masing-masing. Tak dinafikan rasanya memang sangat sedap dan sesuai dengan harganya juga.
Tak kurang juga ada ketagih hinggakan satu hari tak dapat kopi barista ni, hati tak tenang. Sanggup berhabisan demi segelas kopi terbaik ni.
Tak lalu kalau tiap-tiap hari minum kopi barista ni, boleh ‘kayap’ dibuatnya. Ada ke cara nak jimat dari membeli minuman ini? Dah sah-sah kopi yang digunakan itu pun bukan kopi biasa.
Tak perlu nak pening-pening, boleh saja buat sendiri kat rumah. Rasanya ‘sebijik’ sama dengan kopi barista ternama. Ada caranya nak buat seperti yang dikongsikan oleh Safillah Alivi ini.
Kopi Barista Buat Sendiri Coffee Viral, Sedap Sangat
Pernah viral ala kopi barista yang sangat sedap. Buat sendiri saja di rumah dengan guna nescafe saja. Boleh saja buat untuk sejuk atau panas. Teksturnya yang lembut seakan kopi di barista ternama.
Bila buat di rumah, bolehlah buat banyak-banyak. Simpan dalam peti ais, tahan seminggu. Nak minum ambil sedikit dan campurkan dengna susu full krim.
Caranya:
1. Guna coffee dari jenama nescafe dari jenis decaff.
2. Masukkan gula perang
.
3. Campurkan 4 sudu coffee + 4 sudu gula perang.
4. Masukkan 4 sudu air panas.
5. Kemudian, sebatikan dan boleh guna mixer. Kalau tak ada boleh saja guna tangan.
.
6. Mix sehingga gebu seperti ini. Nanti bila nak minum, Cuma ceduk saja.
7. Kalau nak minum hot cappuccino hnaya panaskan susu. Letak mixture coffee tadi. Bancuh hingga sebati. Sedap smooth texture coffee ni.
p/s: Boleh guna susu segar seperti farm fresh atau dutch lady. Elakkan guna susu pekat manis, nanti kencing manis pula.
Mingguan Wanita : Wajib buat kat rumah nanti…banhan semua dah ada kan….hihih.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Bila makan sup mamak, pastinya terbayang kuah supnya yang sedap dan pekat likat. Aromanya cukup istimewa dengan taburan bawang goreng dan hirisan daun sup cukup membangkit selera. Dinikmati pula dengan nasi putih atau cicah dengan roti.
Ada caranya untuk membuatkan kuah sup mamak ini sedap, pekat secukup rasa. Malah cukup mudah, tak perlu tumis pun.
Ikut resipi dan tip untuk buat Sup Mamak seperti yang dikongsikan oleh Emee Sham ini sebagai panduan;
Ada yang minta resepi sup mamak saya aritu, jadi saya kongsikan resepinya ye.
Bahan Kisar:
5 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
halia
ciliapi merah
Cara Membuat:
1. Rebus Ayam kampung dengan bersama rempah 4 sekawan sehingga mendidih.
2. Apabila rebusan ayam dah mendidih masukkan bahan kisar dahulu. Kacau rata, biar mereneh.
3. Dah ok, masukkan rempah sup (rempah serbuk kering) dan rempah kurma. Lebur je dalam rebusan tu..kacau rata dalam api sederhana.
4. Masukan sebiji tomato yang dipotong dadu. Biar mereneh lagi dan perasakan dengan garam.
5. Masukan bawang goreng dan hirisan daun sup kacau.
6. Kemudian keluarkan ayam, toskan dan perah sebiji limau nipis.
7. Kepekatan dah cantik, rasa dah ok,tutup api.
Nak makan, potong kecik ayam tadi, boh dalam mangkok, tuangkan sup, hias dengan daun sup, daun bawang serta bawang goreng.
Awalan rebus nak masuk carrot pon ok. Bior carrot tu hancur, akan pekat kuah sup tu. Untuk saya, untuk sup yang pekat mainan dari bawang besar kisar serta rempah kering terpulang cara memasing.
Mingguan Wanita: Sedapnya Sup Mamak, pekat likat secukup rasa. Boleh cuba buat sendiri di rumah. Memang mudah tak perlu nak tumis-tumis, renehkan je semua bahan.