Takoyaki merupakan snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura (tenkasu), jeruk halia dan daun bawang.
Takoyaki memang cukup terkenal, banyak dijual di restoran makanan Jepun, namun ada juga dijual di gerai tepi jalan. Malah di Malaysia sendiri pun ada yang jual di pasar malam.
Namun jika beli harganya agak mahal dan memang tak puas makan.Lagi pula jika anak ramai. Lebih jimat dan berbaloi bila mak-mak buat sendiri di rumah. Dijamin bersih, halal dan puas makan.
“Repeat lagi buat Takoyaki sebab anak-anak suka sangat.Beli tak cukup, RM 10 dapat 10 biji je. Bila mama buat, boleh makan banyak-banyak dan puas-puas.Yummmyyy!
“Saya pakai acuan kuih paniaram beli di kedai India. Saya share resepi kalau ada yang nak mencuba.Tq pada empunya resepi.”
1. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak di setiap lubang.
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
3. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej disetiap lubang
4. Taburkan sayur pilihan.
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan).
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.
8. Renjis-renjiskan dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan.
9. Teruskan sampai nampak garing.
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas.
Sos Takoyaki saya guna sos bbq azad, sedappp sebijik rasa macam beli kat kedai. Saya cairkan sedikit dengan air panas dan masukkan dalam botol sos untuk mudahkan drizzle.Wallahhh dah boleh makan puas-puas.
Selamat Mencuba!
MW: Anak-anak selalunya memang suka makan takoyaki ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah, lebih jimat dan puas hati makan. Ikut resipi yang dikongsikan ni.
Pati Kurma Homemade Amoijamu ini alternatif terbaik menggantikan air rebusan kurma. Sebabnya jenis pati ini buat sekali, tahannya sampai sebulan jika disimpan dalam peti ais. Kelebihan yang mak-mak kena tahu, mujarab untuk mak-mak yang nak tambah darah, buang angin lesu dalam badan dan tambahkan susu masa berpantang.
“Kebanyakkan orang akan mengenali resepi ini sebagai resipi penambah susu waktu berpantang dikalangan masyarakat melayu. Namun resipi ini telah lama diamalkan oleh kaum cina sejak zaman dahulu kala.” Kongsi Amanda Tan yang lebih dikenali dengan nama Amoijamu.
“Hari ini saya akan kongsikan bagaimana cara mengolah resepi ini menjadi sebagai pati supaya senang diamalkan jika kekurangan masa untuk merebus.”
Cara penyediaan agak mengambil masa pada permulaannya tetapi setelah selesai anda akan dapati cara ini sangat senang kerana anda boleh menikmati minuman ini bila-bila masa sahaja dan tidak perlu tunggu atau jaga api setiap kali ingin menikmatinya.
Bahan-bahan Pati Kurma Homemade Amoijamu
250 gram Kurma Cina kering
150 gram Longan kering
150 gram Goji Berri kering
100 gram Halia Tua
50 gram Jaggery* atau Gula Melaka
*Jaggery adalah serupa Gula Melaka tetapi diimport dari India.
Cara Penyediaan
Sediakan bahan bahan yang diperlukan.
Cuci semua bahan bersih kecuali halia dan gula. Belah kurma cina kering dan keluarkan bijinya.
Rendam kurma cina, goji berri dan longan kering secara berasingan selama 12 jam. Biar lembut.
Cuci halia bersih dan hiriskan halus supaya senang diblenderkan. Tapiskan air dari bahan rendaman. Jangan buang air tersebut. Masukkan bahan rendaman, hirisan halia dan sedikit air rendaman supaya senang diblenderkan. Air ikut keperluan.
Blenderkan kesemua bahan bahan supaya menjadi pes yang pekat tapi senang dituang.
Tuang pes ke dalam periuk tanah. Saya guna slow cooker. Masukkan Jaggery atau Gula Melaka ke dalam pes. Kebetulan saya ada Jaggery. Tiada Jaggery tak apa. Boleh aje pakai Gula Melaka, Gula Perang atau Gula Kabung. Ikut rasa masing-masing.
Masak sehingga pes betul betul jadi hitam, pekat dan agak kering. Bila sudah pekat dan capai tekstur yang diingini, sudu pun boleh berdiri tegak.
Bila dah siap, masukkan ke dalam balang kaca yang kedap udara. Boleh simpan dalam suhu bilik 1 minggu atau peti sejuk 1 bulan. Carilah balang yang cantik supaya nak bancuh pun semangat sedikit kan.
Bila nak bancuh , ambil 2 sukat sudu teh kecil kepada 1 cawan air panas. Minum panas panas atau sejuk boleh tambah ais.
**Minum panas-panas sesuai untuk ibu bersalin dalam waktu berpantang, badan yang banyak angin, mengalami masalah pencernaan/ penghadaman, mereka yang kekurangan sel darah merah / anemia, susah tidur, orang yang selalu keletihan dan mengalami tekanan.
**Oleh kerana ia mempunyai gula, ia tidak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kencing manis.
Khasiat Pati Kurma Homemade Amoijamu
√ Sangat bagus untuk meningkatkan sel sel darah merah.
√ Ciri ciri antioksidan yang mampu awet muda
√ Melancarkan perjalanan darah.
√ Mengekalkan fungsi hati.
√ Memulihkan tenaga
√ Memperbaiki kualiti penglihatan.
√ Meningkatkan sistem imun badan.
√ Agen pembina darah merah.
√ Menguatkan otot dan tulang.
√ Membantu sistem penghadaman.
√ Membantu memperbanyakkan susu ibu.
Taaaraaa… Sudah siap. Semoga bermanfaat kepada mereka yang di luar sana. Yang penting kena istiqomah mengamalkannya.
Nota Wajib Baca:
Di atas adalah perkongsian Pati Kurma yang saya sendiri amalkan buat beberapa bulan ini. Efeknya bagus. Sebab tu saya kongsikan.
Sedapnya telur masin bila dinikmati dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Mudah je sebenarnya mak-mak nak buat sendiri telur masin di rumah. Sedia maklum, telur masin ni boleh tahan mahal juga harganya bila di beli di kedai. Lebih jimat dan puas hati bila kita buat sendiri. Malah tak perlu ragu-ragu dengan tahap kebersihan telur tu nanti.
Berikut perkongsian daripada Raja Amanina sebagai panduan;
“Telur masin ni nina jeruk sendiri je.. Dah lama tak beli yang siap jeruk.. Alhamdullilah cantik kejadiannya..Air garam tu nina masak hingga betul-betul mendidih (Orang kelantan panggil hingga naik bunga garam)”.
Bahan-Bahan:
50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup
Cara Membuat:
Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).
2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).
4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.
Siap, Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.
Roti boleh dijadikan pelbagai juadah. Selalunya roti digunakan untuk membuat roti telur goreng, roti sardin atau roti sandwic. Hmm..bosan juga kalau yang sama je kan? Apa kata anda cuba pulak resipi ini, untuk kelainan. Tapi insya-Allah rasanya konfim sedap!
Anak-anak pun ada dah mula bersekolah. Boleh jadikan roti goreng ini sebagai bekal anak ke sekolah dan anak tak perlu ke kantin sekolah waktu rehat. Bukan anak-anak saja, mak ayah pun boleh bawa bekal ke tempat kerja. Selamat dah bajet untuk minum pagi kan?
Ha..apa lagi. Jom cuba resipi ini.
ROTI GORENG BERINTI
Bahan-Bahan Kulit:
Roti Telur Breadcrumbs / serbuk roti
Minyak masak – untuk menggoreng
Bahan Inti:
4-5 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 4-5 ketul ayam dicencang halus (blender pun boleh) 1bungkus sayur campur Sedikit sos tiram Sos cili cap arnab (jenama lain pun boleh) Serbuk lada putih dan hitam
Cara Membuat:
Mula-mula, tumis bawang merah dan putih ssehingga naik bau, masukkan ayam cencang dan biar sekejap. Kemudian apabila nampak daging ayam dah bertukar warna menjadi putih, masukkan sayur campur, masak lagi sehingga air kering.
Setelah itu barulah masukkan bahan perasa seperti lada hitam, lada putih, sos cili. Masukkan lebih sedikit dan sos tiram dalam dua sudu sahaja. Masak sampai inti itu tidak berair. Boleh ditambah garam dan gula jika perlu, saya dah tak tambah sebab cukup rasa. Inti siap. Ketepikan.
Untuk membuat roti goreng berinti; ambil sekeping roti. Letak sedikit inti di bahagian tengahnya. Lapis dengan satu keping lagi roti. Kemudian bentukkan bulat (rujuk gambar). Boleh guna permukaan cawan, mangkuk kecil dan sebagainya. Ulangi langkah hingga selesai.
Dalam satu mangkuk, sediakan serbuk roti. Dalam satu mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul sedikit. Ambil roti yang telah dibentukkan bulat tadi, celup ke dalam larutan telur dan kemudian masukkan ke dalam bread crumb (lihat gambar di atas).
Dalam masa yang sama, panaskan minyak dan goreng secara deep fried roti tadi. Balik-balikkan dan gunakan api sederhana agar tak rentung.
Angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati! Sedapnya!!
Tip Tambahan: Untuk elakkan roti berminyak ketika digoreng, pastikan minyak betul-betul panas dan goreng sekejap sahaja. Jangan biar terlalu lama. Bila dah nampak garing terus angkat sebab semua bahan inti dah cukup masak. SELAMAT MENCUBA!
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.