Buat Sosej Cheese Crispy, Rahsianya Perlu Digoreng Api Perlahan Barulah Kulit Jadi Rangup & Kejunya Tak Cair!

Share

Tergoda sungguh melihat resepi Sosej Cheese Crispy yang dikongsikan oleh Hanafi Abdul Hayy ini. Menurut beliau yang kini berada di Mesir melanjutkan pelajaran, Sosej Cheese Crispy ini dibuat untuk minum petang.Rahsianya ia perlu digoreng menggunakan api yang perlahan, barulah lapisan kulitnya menjadi rangup dan kejunya pun tak cair.Hebat kan air tangan anak bujang diperantauan ini.

Jadi mak-mak yang sesekali nak tukar selera untuk keluarga bolehlah cedok idea resipi Sosej Cheese Crispy yang dikongsikan ini. Cara nak buatnya pun mudah je, anak-anak mesti suka.

Bahan-Bahannya (Adunan):

3 gelas Tepung gandum
1sudu besar Tepung Jagung
3biji Telur
1sudu teh Serbuk lada hitam
Garam secubit
Gaul sebati
Kepingan Keju secukupnya
Lidi sate secukupnya
Sosej
Serbuk roti

Cara Membuat:

1. Satukan tepung gandum, telur yang telah dipukul, tepung jagung, serbuk lada hitam dan garam, kacau hingga sebati.

2. Kemudian, masukkan pula 3 atau 4 keping keju yang telah dicairkan kedalam adunan tersebut.Kacau sebati. (Langkah ini pilihan, tak nak campur keju dalam adunan pun boleh)

3. Cucuk batang lidi dalam sosej dan gulungkan dengan kepingan keju seperi dalam gambar.

4. Setelah siap masukkan dalam peti sejuk seketika, dalam 15 minit untuk biarkan keju benar-benar melekat dengan sosej tadi.

5. Setelah 15 minit, celupkan sosej tadi kedalam adunan tepung tadi dan celupkan pula ke dalam serbuk roti.

6. Goreng dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga kuning keemasan.

Siap!

Selamat mencuba!Cukup mudah kan.

Sumber: Hanafi Abdul Hayy

Published by
Suhaidah Abd Wahab