Mak-mak kadang terlepas pandang bab serbuk ikan bilis, niat nak tambahkan selera makan anak tetapi pernahkan anda terfikir bahawa masukkan ikan bilis kisar dalam makanan anak itu mungkin akan memudaratkan kesihatan anak. Kenapa?
Ok untuk tahu lebih jelas, baca perkongsian daripada Puan Ainini Zainal ini…
Ikan bilis.
Masin, kan?
Masin kerana asalnya daripada laut (air masin) atau kerana digaul/dicampur garam sebelum dikeringkan?
Ikan-ikan lain daripada laut bila sudah ke darat, masin tak?
Jika tidak masin, samalah dengan bilis.
Asalnya tidak masin.
‘No sugar no salt’ (tanpa gula garam) adalah bagi anak 2 tahun ke bawah kerana buah pinggang mereka masih belum matang untuk memproses gula dan garam pada usia ini.
Tetapi.
Ramai beri anak bawah 2 tahun ikan bilis kisar.
Sebagai perasa.
Persoalannya, jika bilis memang digaul garam sebelum dikeringkan, bila kita berikan bilis kepada anak bawah 2 tahun, maksudnya sama sajalah dengan memberi makanan bergaram, kan?
Banyak lagi cara untuk memberi perisa dalam makanan anak-anak. Contohnya:
Ads
Sediakan stok sup tulang ayam, daging atau ikan (tanpa garam).
Boleh guna apa saja ikan.
Ikan kembung pun boleh.
Masukkan sedikit daun ketumbar ke dalam sup untuk ikan yang besar (isu merkuri). Ketumbar boleh membantu menyingkirkan merkuri.
Sup itu akan berperisa.
Reneh tulang-tulang bersama bawang, halia, celery selama 2-3 jam.
MSG semulajadi terhasil.
Perisa semulajadi.
Sekarang, ya. Boleh gunakan dalam masakan.
Ads
Tidaklah susah mana, kan?
Additional info:
Untuk persoalan sama seperti soalan puan Sarah Mansor..so saya jawab siap-siap untuk soalan bagaimana kalau dah rendam lama dah hilang rasanya.
Ini tanya saya kan? So ini pendapat saya.
Jawapan ini untuk isu bagi kanak-kanak BAWAH 2 TAHUN – NO SUGAR NO SALT.
Setelah direndam, hilang rasa masin adakah 100% pasti benar-benar hilang?
Seperti kita memasak, masuk sikit garam, tak rasa masin. Tapi memang dah masukkan pun garamnya.
So garamnya tetap ada.
Isu bilis..jika sudah benar-benar pasti garam sudah 100% hilang.. oklah.
Ads
Jika tidak, saya pilih untuk cari alternatif lain untuk anak. Apatah lagi makanan semulajadi ciptaan Allah ini subhanallah sangat banyak.
Adakah bilis saja sumber perasa untuk makanan anak?
Itu sayalah.
Lain orang lain pendapatnya.
Tujuan post ini, untuk isu adakah benar-benar sesuai untuk anak bawah 2 tahun?
Sesuai atau tidak..adakah alternatif lain atau tak..kita tentukan sendiri.
Ini juga bukan post untuk condemn peniaga lain. BUKAN, YA.
Ini post untuk kita renung sejenak kerana sebelum ini pernah timbul isu
• ada yang ingatkan bilis itu masin daripada awal
• gunakan bilis yang masin itu, sangai, kisar dan berikan kepada bayi.
• rasa sesuatu yang ‘wajib’ bagi bilis pada bayi.
Amalkan INFORMED DECISION sebelum memilih sesuatu.
Ambil tahu.
Mahu ambil, tak mahu ambil..dua-dua perlu dipilih melalui informed decision.
Itu tujuan post ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sheila Majid puas hati dapat jaga arwah ibu hingga menghembuskan nafas terakhir. Ratu jazz dan juga penyanyi legenda Datuk Sheila Majid mengakui sewaktu pandemik Covid-19 memberi impak yang besar kepada semua orang, tidak terkecuali dirinya yang terpaksa berehat panjang disebabkan banyak aktiviti seni terhenti dalam tempoh tersebut.
Disebalik itu, Sheila yang kini sudah menjangkau usi 57 tahun menganggap tempoh tersebut mempunyai hikmah tersendiri buatnya yang berkesempatan meluangkan masa dan menjaga arwah ibunya, Saadiah Adam, pada lima bulan terakhir sebelum meninggal dunia.
Sheila Majid Puas Hati Dapat Jaga Arwah Ibu
Beberapa bulan sebelum pandemik bermula iaitu pada tahun 2019, Sheila terlalu sibuk dengan aktiviti seni di merata tempat dan tidak mempunyai lebih masa untuk menemani arwah ibunya yang berusia 96 tahun dan semakin uzur ketika itu.
“Sepanjang 2019 itu saya sangat sibuk dan sentiasa terbang ke sana sini. Ketika itu saya selalu berdoa jika apa-apa terjadi kepadanya ibu, saya berharap waktu itu saya berada di rumah bersamanya.
“Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya dengan terjadinya pandemik. Malah pada Mac 2020 kita semua tidak boleh ke mana-mana dan saya menggunakan masa itu dengan sebaik mungkin menjaga ibu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir pada Ogos tahun sama,” ujarnya seperti mana yang ditemubual baru-baru ini.
Sebagai Anak Kalau Boleh Nak Jaga Ibu Sendiri
Tempoh lima bulan tersebut amat bermakna buat dirinya kerana sepanjang masa dapat berada di sisi arwah yang tinggal bersamanya.
“Saya bersyukur dapat bersamanya pada lima bulan terakhir itu. Dapat mandikan dia, jaga makan minum dan jaga keperluannya sedangkan sebelum ini saya tiada masa untuk buat semua itu kerana sibuk.
“Saya puas hati kerana dapat jaga dan buat segala-galanya yang saya boleh untuk dia ketika itu. Ibu memang ada jururawat yang menjaga, tetapi sebagai anak kalau boleh kita mahu lakukan sendiri untuknya,” tambah Shiela.
Teruja Bakal Kembali Di Pentas Hiburkan Peminat Setia
Sheila yang ditemubual baru-baru ini pada sidang akhabar Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur 2023 di sebuah hotel di Petaling Jaya pada Rabu, mengakui teruja bakal kembali di pentas menghiburkan peminat setianya.
Persembahan satu malam yang dijadualkan pada pada 18 mac 2023 itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
“Saya cukup berbesar hati untuk mengadakan konsert ini apatah lagi ia adalah permintaan peminat.
“Saya akan hiburkan peminat dengan lagu-lagu kegemaran mereka, tetapi istimewanya konsert ini akan menampilkan pelbagai elemen menarik terutamanya melibatkan susunan muzik.
“Persembahan saya itu nanti akan diiringi Big Band yang diketuai oleh Mac Chew yang pastinya akan memberi energi berbeza,” ceritanya.
Tiket Sheila Majid Big Band Live in Kuala Lumpur 2023 dijual dengan harga RM288, RM488, RM588, RM688, RM888 dan RM1,288 (VVIP). Pembelian boleh dibuat menerusi www.Jiobuddy.asia.
Telur mengandungi protien yang tinggi dan cukup mudah disediakan. Boleh dikatakan telur merupakan bahan wajib yang mesti ada di dapur. Macam-macam menu boleh disediakan dengan telur ni.Rupanya walauun mak-mak sekadar nak menyediakan telur goreng mahupun telur rebus, ada caranya yang tersendiri barulah hasilnya telur jadi sempurna.
11 kesilapan ini mak-mak perlu elakkan ketika masak telur.
1. Tak Guna Non-Stick Pan
Non-Stick Pan atau kuali tak lekat ini merupakan peralatan yang mak-mak perlu guna untuk masak telur. Ia memudahkan kerja menggoreng telur, sama ada nak buat telur goreng atau telur dadar, terutama ketika mahu menterbalikkan atau mengangkatnya. Malah tidak perlu menggunakan minyak atau sedikit sahaja minyak yang diperlukan. Belilah non-stick pan yang berkualiti dan jaga dengan baik. Jangan pakai senduk atau sudip besi tau! Tercalar pula nanti.
2.Pecahkan Telur Terus Dalam Kuali
Untuk membuat telur dadar atau telur hancur yang terbaik, telur putih dan kuning perlu dihancurkan dan dikacau sebati.Jangan pecahkan telur terus ke dalam kuali dan lepas tu baru kacau. Salah tu! Jadi pecahkan dulu dalam mangkuk, kacau sebati dan barulah dimasukkan ke dalam kuali.
3.Tak Guna Mentega
Kalau nak dapatkan telur hancur atau telur dadar yang sedap, cantik dan berkrim, mak-mak perlu gunakan mentega. Ini kerana rasanya lagi sedap dari menggunakan minyak biasa. Tapi janganlah pakai sebuku pula. Berpada-padalah.
4. Kuali Terlalu Panas
Nak hasilkan telur yang sempurna kena tahu gunakan kepanasan yang sesuai. Jangan gunakan api yang besar dan menyebabkan kuali jadi terlalu panas sehingga berasap-asap. Untuk memasak telur hancur atau telur dadar yang sempurna memadai gunakan api yang perlahan. Jangan tergesa-gesa menggunakan api yang besar. Ia mungkin akan mengambil masa lebih lama, tapi hasilnya gerenti jadi lebih baik.
5. Tak Kacau Telur Dalam Kuali
Untuk hasilkan telur hancur yang cantik dan sempurna, telur perlulah selalu dikacau sambil goyang kuali tersebut. Barulah telur tidak hangit dan berkerak.
6. Masak Terlalu Lama
Ini juga antara kesilapan yang ramai selalu buat. Telur hancur yang paling sedap dan dimakan jika ia masih lembut dan lembik. Jika terlalu masak ia jadi kering dan keras.Jadi bila telur hancur macam dah hampir masak, tutup api. Nanti haba yang tertinggal akan memasak telur tersebut dengan sendirinya.
7.Pecahkan Telur Terus Dalam Air
Untuk buat telur carak (poached egg) pula, caranya pastikan telur dipecahkan didalam mangkuk dahulu baru lah dimasukkan ke dalam periuk berisi air mendidih. Ia bukan apa bagi memastikan telur masih dalam keadaan baik dan kuning telurnya tidak pecah. Barulah dapat poached egg yang sempurna!
8. Kuali Tidak Cukup Panas
Ini jugak satu kesilapan ketika menggoreng telur. Bila kuali tidak cukup panas, ia akan menyebabkan telur tersebut menyerap minyak dengan lebih banyak. Sekaligus membuatkan telur jadi berminyak-minyak dan tak sedap dimakan.
9. Guna Telur Segar Untuk Telur Rebus
Mungkin ramai yang fikir, lagi segar telur itu, lagi elok. Sebenarnya ia bergantung kepada teknik masakannya. Untuk memasak telur carak (poached egg) , memang perlukan telur yang sesegar mungkin tapi untuk telur rebus pula, telur yang lama lebih senang untuk dikupas.
10.Tak Letakkan Telur Rebus Dalam Air Sejuk Sebaik Siap Direbus
Bagi memudahkan telur senang dikupas kulitnya, jangan biarkan telur yang telah dimasak terendam dalam air panas sebaliknya buang air didihan tersebut dan rendamkan dalam air sejuk. Setelah itu kupas telur dengan segera, hasilnya telur lebih mudah dikupas dan permukaannya juga licin dan cantik.
Kebocoran waktu haid ketika tidur malam memang tak boleh dijangka. Setiap wanita pasti akan alaminya. Darah yang tembus dekat tilam tu bukannya mudah nak dibasuh. Cuci tangan pun belum tentu hilang betul.
Dahlah period tu satu keadaan yang stress, ditambah pula nak kena basuh tilam. Memang ‘double stress’lah jawabnya. 5 langkah yang akan diajar oleh Puan Rahimah Ahmad Akhirudinini memudahkan anda menghilangkan kesan darah kering pada pakaian berwarna.
“Darah ni memang antara kotoran degil yang susah nak hilang. Lagi pula kesan darah yang dah lama kering. Tambah pula musim raya haji, konpem baju cik abang yang sibuk melapah tu pun penuh dengan darahkan?. Jom ema kongsikan cara hilangkan darah pada pakaian berwarna, jadi tak perlulah dibuang baju kegemaran tu nanti. Tak perlu hantar ke kedai dobi, buat di rumah DIY sendiri.
“Ema gunakan sarung tilam yang dah terkena darah lebih kurang 2 minggu dalam eksperimen ini. Kotoran asbab hidung berdarah. Alhamdulillah dengan petua ni, 95% kotoran lama hilang. Kotoran baru lebih mudah nak tanggal, so InsyaAllah baju lama kelihatan seperti baru selepas gunakan kekdah ni.”
Bahan-bahan Yang Diperlukan
√ Sabun mandi
√ Air yang diletak dalam botol spray
√ Hydrogen Peroxide, boleh di beli di Watson, bahagian antiseptik.
√ Berus gigi
√ Tuala kecil
√ Seterika
Step 1
Basahkan kawasan darah degan air sejuk, gunakan sabun mandian biasa sebagai agen pencuci. Ema guna sabun Lux je, memang ada kat rumah.
Gosokkan guna berus gigi di bahagian kotoran tersebut. Ingat perlu gunakan air sejuk, kalau air panas, ia akan mempercepatkan proses darah itu untuk melekat.
Kemudian berus guna berus gigi untuk tanggalkan lapisan degil yang pertama. Bilas dengan air paip sejuk.
Step 2
Selalunya kesan kotoran masih ada pada pakaian. Sekarang ambil “hydrogen peroxide”, anda boleh dapatkan di WATSON pada harga RM5.90 (cari di bahagian antiseptik, rawat luka).
Hydrogen Peroxide bersifat menghakis warna jika digunakan terlalu banyak. Jadi gunakan sikit-sikit memadai untuk hilangkan kotoran degil.
Step 3
Letakkan “hydrogen peroxide” atas tuala kecik dan gosok dengan lembut pada tempat berdarah. Hanya apply pada kawasan yang ada kotoran sahaja.
Biarkan selama 10 minit untuk hydrogen peroxide bertindak.
Step 4
Sambil menunggu tempoh 10 minit tadi, hidupkan suis seterika dan kemudian gosok di kawasan kotoran dengan seterika panas, hingga kesan darah hilang.
Ulang semula step 3 – 4 hingga dapat kesan yang diingini.
Step 5
Jika kotoran masih ketara, letakkan sedikit hydrogen peroxide terus ke kawasan kotoran tersebut. Letak kurang dari 1/2 tutup botol.
Gosok dengan tuala dengan lembut. Tunggu sekejap dalam 1 minit. Kemudian spray dengan air sejuk biasa untuk buang ring darah di luar.
Kemudian keringkan semula bahagian yang terkena darah dengan seterika panas.
Step Akhir
Inilah hasilnya untuk kotoran degil darah yang dah menepek lebih 2 minggu.
Walaupun hanya 95% kotoran darah hilang, namun ianya tidak ketara, dan tak perlu dibuang sarung tilam ini.
Step terakhir, masukkan sahaja ke dalam mesin basuh, dan cuci seperti biasa.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...