Menariknya bila boleh buat minuman yogurt sendiri. Berbanding yang dijual dipasaran pastinya mempunyai bahan pengawet, pewarna dan kandungan gula yang tinggi. Ia sangatlah membahayakan kesihatan. Menurut perkongsian Sumaiyah Abdullah
kali ni mak-mak boleh buat minuman yogurt sendiri je. Jika ada tanam pokok buah mulberry dirumah, bolehlah cuba buat yogurt perisa ini.Rasa masam manisnya sempurna betul-betul rasa macam minuman yogurt yang ada dipasaran.“Dah viral minuman yogurt atau berkultur bahaya sebab kandungan gulanya tinggi, kita boleh bikin sendiri je kat rumah. Paling penting tanpa pengawet. Tak susah pun. Semudah abc, macam-macam buah kita boleh pilih. Kali ni saya nak kongsi yogurt mulberry.Betul-Betul rasa macam minuman yogurt. Masam manis tu sempurna.
Buah mulberry yang dah masak ranum. Yang ni dah manis. Korang nak pilih buah lain pun boleh, macam nenas, mangga, strawberi, epal, apa-apa je lah, asalkan buah itu tak terlalu masam.
Natural yogurt
Gula organik
Buah Mulberry
1.Lenyekkan mulberry dalam pan atau periuk.
2.Masukkan air dan panaskan sekejap. Jangan sampai menggelegak.
3.Tapis dan sejukkan.
4.Masukkan yogurt asli dan gula organik. Sukatan suka hati. Nak pekat, tambah lebih. Yang penting gula jangan lebih-lebih.
5.Shake atau blend je.
6.Jadilah minuman yogurt tanpa pewarna dan pengawet. Sejukkan dalam peti, anak balik sekolah terus minum.
Siap! Selamat mencuba!
Sumber: Sumaiyah Abdullah