
Isi Kandungan
ToggleMenariknya bila boleh buat minuman yogurt sendiri. Berbanding yang dijual dipasaran pastinya mempunyai bahan pengawet, pewarna dan kandungan gula yang tinggi. Ia sangatlah membahayakan kesihatan. Menurut perkongsian Sumaiyah Abdullah kali ni mak-mak boleh buat minuman yogurt sendiri je. Jika ada tanam pokok buah mulberry dirumah, bolehlah cuba buat yogurt perisa ini.Rasa masam manisnya sempurna betul-betul rasa macam minuman yogurt yang ada dipasaran.
Berikut antara perkongsian resipi tersebut;
“Dah viral minuman yogurt atau berkultur bahaya sebab kandungan gulanya tinggi, kita boleh bikin sendiri je kat rumah. Paling penting tanpa pengawet. Tak susah pun. Semudah abc, macam-macam buah kita boleh pilih. Kali ni saya nak kongsi yogurt mulberry.Betul-Betul rasa macam minuman yogurt. Masam manis tu sempurna.
Buah mulberry yang dah masak ranum. Yang ni dah manis. Korang nak pilih buah lain pun boleh, macam nenas, mangga, strawberi, epal, apa-apa je lah, asalkan buah itu tak terlalu masam.
Bahan-Bahan:
Natural yogurt
Gula organik
Buah Mulberry
Cara Membuat:
1.Lenyekkan mulberry dalam pan atau periuk.
2.Masukkan air dan panaskan sekejap. Jangan sampai menggelegak.
3.Tapis dan sejukkan.
4.Masukkan yogurt asli dan gula organik. Sukatan suka hati. Nak pekat, tambah lebih. Yang penting gula jangan lebih-lebih.
5.Shake atau blend je.

6.Jadilah minuman yogurt tanpa pewarna dan pengawet. Sejukkan dalam peti, anak balik sekolah terus minum.
Siap! Selamat mencuba!
Sumber: Sumaiyah Abdullah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Kuah Laksa Utara ‘Piawww Baqhang’, Petik Jari Pun Boleh Siap!

Isi Kandungan
ToggleNak buat kuah laksa pun ada rahsianya, dan mungkin cara setiap orang masak tak sama. Kali ini nak kongsi resepi masakan kuah laksa utara daripada Puan Syafiqah Mohdradzi…
Hari-hari cuti ni kan kalau boleh layan laksa utara piawww baqhang. Melelehhh oiii. Makan pulak berulang-ulang selang sejam makan selang sejam makan. Perghhhh!! Memang tak makan apa dah. Dok berulang laksa ja selagi tak habis kan.
Makan kat kedai tak puaih makan la. Kadang ikut nasib pulak tu. Dapat yang sedap takpa. Dapat yang ceroii macam ayaq hujan di tasik rindu tu menangis.
Ni fiqah share resepi sempoi punya untuk peminat tegar laksa. Mudah ja nak buat laksa ni. Tak payah dok buat payah noh.
Cara-cara semudah petik jari
1) 15 ekor ikan temenung (size queen) direbus.
2) Perisi isi ikan yang siap direbus.
3) 12 tangkai cabai kering digunting untuk buang biji dan direndam air panas
4) 3 biji bawang besar ( size king ), kalau size queen dalam 5 biji.
5) Blender cabai kering & bawang besar beserta belacan sebesar ibu jari kaki orang dewasa
6) Panaskan periuk dan masuk bahan blender. Masak seketika biaq menggelegak.
7) Blender isi ikan dan masukkan dalam periuk.

8) Tambah air dalam 2 liter.
9) Masak ja naik biaq menggelegak galak dan masukkan bunga kantan, daun kesom, pucuk samak, asam keping.
10) Reneh ja api sederhana biaq semua bahan2 tadi bermesra dalam periuk.
11) Perasakan dan siap.
12) Sambil-sambil kuah nak siap tu rebuih laksa siap2. Takla meleleh ayaq lioq satg dok tunggu laksa masak.
TIP:
Nak kuah laksa yang lagi piawww kuah buat malam dan dibiar semalaman. Awai pagi tu bila semua bahan dah mesra laksa akan lebih piaww.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kid Mai Death Café”, Kafe Berkonsep Kematian Di Bangkok Cetus Kelainan

Isi Kandungan
ToggleSetiap kafe pastinya mempunyai konsep dan strategi pemasaran tersendiri dalam menarik para pelanggan untuk datang berkunjung.Lari daripada tema kebiasaan yang mengetengahkan konsep ceria, romantis dan menenangkan, sebuah kafe yang terletak di utara Bangkok mempunyai sebab tersendiri memperkenalkan konsep ‘kematian’ dalam mempromosi perniagaan mereka.
Dekorasi Kafe
‘Kafe kematian’ Kid Mai menampilkan dekorasi menyerupai majlis pengebumian di mana keseluruhan kafe di cat warna hitam, mempunyai keranda putih serta dihias dengan kalungan bunga yang biasanya dihadiahkan kepada keluarga si mati.Skeleton juga ditempatkan ditengah-tengah kafe bagi mengingatkan pengunjung bahawa kematian boleh berlaku pada bila-bila masa.
Keunikan Nama Menu
Menu minumannya pula mempunyai nama seperti ‘kelahiran’, ‘penuaan’, ‘kesakitan’ dan ‘kematian’. Malah untuk mendapatkan diskaun istimewa, pengunjung boleh berbaring di dalam keranda yang disediakan sambil mengambil gambar sambil memikirkan saat-saat bagaimana menghadapi kematian mereka nanti.
Pemilik kafe unik tersebut, Veeranut Rojanaprapa yang juga seorang profesor dan penyelidik sosial berkata pemilihan konsep kematian lebih daripada sekadar gimik. Konsep ini dipilih untuk mengingatkan masyarakat supaya menghargai kehidupan yang singkat ini,memberi kesedaran terhadap kematian serta menggalakkan masyarakat untuk berbuat baik.

Jadi jika berkesempatan datang ke Bangkok, boleh cuba datang ke sini dan rasai sendiri pengalaman di kafe kematian ini.
Sumber: Sinar Harian & thesun
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Jamuan Sekolah Bawa Biskut Kering…’, Jangan Hina, Hargailah Pemberian, Kehidupan Orang Tak Sama

Bila penghujung persekolahan, tak lengkap tanpa jamuan sekolah. Inilah hari-hari terakhir penggal persekolahan sebelum naik kelas. Tak lengkap jika tiada majlis seperti ini, sekadar untuk gembirakan pelajar dan guru-guru.
Setiap sekolah pun ada cara tersendiri untuk jamuan sekolah dalam meraikan pelajar dan guru. Ada yang membuat tempahan dengna mengutip duit setiap pelajar dan tak kurang juga yang meraikan dengan membawa makanan dari rumah untuk ‘potluck’.
Tak kisah apa pun cara meraikan jamuan sekolah, paling penting ia tidak membazir dan dapat merasai banyak ‘air tangan’ dari mak masing-masing.
Namun, di sebalik keseronokan meraikan jamuan sekolah, perkongsian daripada Muhammad Ali ini cukup memberi kesan buat sesiapa saja. Hanya berbekalkan biskut kering saja untuk diberikan kepada kawan-kawan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jamuan Akhir Tahun Anak, RESIPI Spagetti Beef Bolognese Untuk 40 Cups!
Menu Ringkas Mudah Buat, JAGUNG MANIS HOMEMADE Untuk Jamuan Kelas Anak!
Jamuan Sekolah, Hargai Setiap Pemberian
Setiap kali jamuan kelas, saya pasti akan teringat pelajar saya dahulu. Dia pelajar yg sangat baik tahap 1. Jarang buat hal dalam kelas, kerja sentiasa siap. Tiba hari jamuan kelas, maka ramailah anak murid saya letak makanan atas meja.
Saya akan susun biar mudah pelajar nak ambil. Tiba-tiba datang seorang pelajar ni.
“Mr.Ali, sy ada bawak makanan, boleh ke saya letak hujung sekali” sambil tunjuk makanan line last sekali walaupun ada je ruang kosong depan dia. Saya kata tak pe, cikgu letak dekat sini je, banyak ruang lagi ni. Dia kata takpe, biar dia letak dihujung sekali. Saya pun mengiyakan sahaja kalau dah itu dia nak.
Jadi bila murid mula makan, saya memang sibuk layan anak-anak. Bila majlis tamat, biasanya cikgu kelas akan pack kan lebihan makanan untuk mereka buat balik. Tiba-tiba dengan laju murid tadi datang ambil bekas dia, cepat-cepat dia masukkan dalam beg. Saya dah rasa pelik tapi saya teruskan membungkus lebihan makanan. Saya tak nampak apa yang sebenarnya terjadi waktu ni
Bila dah siap pack, seorang murid perempuan bangun dan bersuara kuat.
“Mr.Ali, makanan Adam ( adam bukan nama sebenar) tak de orang makan pun makanan dia” Lalu saya pandang wajah si Adam ni, walaupun dia masih di Tahap 1, saya nampak muka dia sedih, sambil tutup mata.
Dalam hati saya dah boleh agak dia menangis dalam diam. Lalu saya tanya pelajar lain.
“Kenapa takde orang nak makan, makanan Adam?” Sebablah dalam hati saya kata dia cepat-cepat ambil makanan dia tadi. Lalu ada pelajar menjawab, “Sebab baju dia kotor, muka dia tak mandi, makanan dia macam org tua bla bla”. Macam-macam saya dengar.. dan kelas mulai bising.
Saya mula tinggikan suara untu kmengawal kelas dan minta kemaskan kelas.
Lalu baru saya panggil anak ni, dan dia bawa bekal makanan dia tadi. Saya buka bekas dia, hati saya luluh tengok ada biskut-biskut kering dipatah patahkan dan tidak terusik.
Saya hulur tisu pada Adam dan suruh dia lap air mata. Saya pujuk dia, saya makan biskut dia bawa depan dia. “Sedapnyaa biskut Adam bawak” walaupun ketika itu sayaa tak dapat membayangkan perasaan ibu atau ayahnya yang ada usaha nak bawa sesuatu ke sekolah. Murid ni murid kurang berkemampuan.
Sambil teresak- esak saya cuma dengar satu persatu perkataan yang keluar dari mulut Adam.
“Diorang tak nak makan biskut saya cikgu sebab saya miskin”. Saya pandang biskut tadi yang tidak terusik oleh sesiapa pun. Saya kata pada Adam,
“Tak mana ada orang kata awak miskin, ni cikgu makan kan biskut ni, sedap tau. cikgu ambil 1 lagi boleh? ” dia pun mula senyum dan saya suruh dia duduk.
Saya berpesan kepada murid saya, walau siapa pun bagi kita makanan, kita kena hargai. Makanan itu rezeki dan ingat juga, jangan hina orang. Kita semua sama sahaja. Tengok apa yang dah kamu buat pada Adam. Kalau kamu jadi Adam, kamu sedih tak makanan kamu bawa tiada siapa mau makan? ” satu kelas menjawab ” sedih cikguu”
Biskut cikgu makan tadi sedap sangat. Saya pun makan lagi baki biskut tadi di hadapan anak-anak ini. Maka berebutlah mereka datang ambil biskut dalam bekas tadi. Sekejap je habis. Ada yang makan dengan coklat, cicah dengan air.
Si adam tadi senyum sambil kawan-kawan dia suap makanan pada dia. Maka gugurlah air mata seorang cikgu ketika ini.
Hargai Pemberian
Saya ajar begitu supaya bila dah besar, mereka akan selalu hargai pemberian orang lain. Buat sesuatu jangan sesekali mengharapkan balasan. Walau sesedap mana makanan kita bawa, jangan expect orang lain akan bawa makanan sedap-sedap macam kita bawa.
Ada keluarga RM50 boleh buat makan seminggu, ada yang RM50 mampu beli sebiji kek..Kasut kehidupan kita takkan pernah sama.
Saya melihat Adam (bukan nama sebenar) sebagai teguran untuk saya juga. Uuntuk menjadi guru yang selalu peka dengan perasaan murid. Biasanya murid-murid akan ingat kisah pahit sewaktu kecil.

Jika dibiarkan ” luka” tersebut akan bertambah. Guru lah yang kena tolong anak-anak ni supaya lukanya tidak berpanjangan. Setiap kali jamuan kelas, saya akan selalu peka dengan semua murid yag ada.
.
Bila si Adam tadi dah masuk darjah 5, dan walaupun saya tak mengajar dia, dia pasti letakkan makanan jamuan kelas dia atas meja saya. Last sy makan mak dia buat kek batik. Saya ada snap gambar tu tapi tak jumpa di mana sy save. dan harini berlaku situasi lebih kurang macam ni. Ada juga rakan guru beritahu “cikgu, saya tak bawa makanan, boleh ke saya makan sekali?”
Apa yang ada di hati anak-anak ini hanya Allah sahaja tahu. Kadang-kadang ibu bapa tak tahu apa yang terjadi di sekolah, jadi gurulah yang boleh menolong memberi sedikit senyuman kepada mereka
.
Seorang kanak-kanak mampu memberikan kita pengajaran dalam hidup. Kadang-kadang Allah hantarkan anak ini untuk sebuah ilmu dan pengajaran. Teguran juga untuk diri saya
Kamu anak yang baik, cikgu akan ingat di setiap kisah yang cikgu lalui untuk disampaikan kepada yang lain..insyaAllah
Mingguan Wanita : Sebaknya bila baca ini. Kita sebagai mak ayah akan sedaya upaya penuhi apa yang anak inginkan. Tapi semuanya bergantung pada kemampuan juga. Tak kisah sedikit pun asalahkan ia mampu menggembirakan anak.
Sumber: Muhammad Ali
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI