Sebenarnya tak perlu pergi spa nak dapatkan urutan batu panas ini. Buat sendiri dekat rumah pun boleh. Asalkan tahu cara betul nak membuatnya.
Trainer di World SPA Theraphy & Consultancy, Sarifa Redzuan II berkongsi manfaat urutan batu panas. Antaranya dapat legakan badan penat sekaligus cara membuat terapi urutan batu panas ini.
“Okay , sebelum nak buat kat rumah, awak perlu cari batu. Jangan pula kutip batu tepi jalan.”
“Cikgu sarankan awak pergi kedai pokok, pergi beli batu sungai yang untuk landskap tu yang berwarna hitam. Beli saiz yang agak besar dan leper supaya senang utuk diletakkan di badan.
“Ambil dalam lebih kurang 20 biji batu. Cikgu larang awak kutip batu di sungai bawa balik.”
Langkah-langkah Terapi Batu Panas Di Rumah
1. Langkah Pertama
Panaskan batu di dalam periuk dengan meletakkan air. (Jangan guna periuk ini untuk masak makanan). Maksudnya beli la satu periuk elektrik yang murah murah tu khas untuk buat terapi ini.
2. Langkah Kedua
Pastikan pasangan meniarap dengan selesa . Dan lapikkan towel di atas badan pasangan.
3. Langkah Ketiga
Angkat batu dalam periuk dengan penyepit dan susun batu di atas badan pasangan di antara tulang belakang (rujuk gambar batu disusun ). Dan susun di bahagian kaki. Habiskan 20 biji batu. Biarkan 10 minit.
Ads
4. Langkah Keempat
Angkat kesemua batu dan buka towel serta susun kembali batu tadi di atas badan pasangan. maksudnya batu direct ke kulit (rujuk gambar batu disusun) Biarkan selama 10-15 minit.
5. Langkah Kelima
Setelah 15 minit angkat ke semua batu dan sapukan di badan dengan minyak zaitun yang dipanaskan dengan burner (Boleh dibeli di Hinode shop dengan harga RM6). Kemudian urut perlahan lahan menggunakan tapak tangan.
Kombinasi urutan tangan dengan batu panas mampu melegakan otot yang tegang dan memberi kepuasan yang maksima . (rujuk rajah urutan back rubs) . Ulang beberapa kali.
Ads
Manfaat Urutan Batu Panas Masak Herba
Batu masak herba special!
Kehangatan batu yang dimasak bersama rempah dan herba terpilih dilalukan di badan yang kepenatan.
Haba yang di pindahkan dari batu ke badan membuatkan bahu yang ketat tadinya menjadi kendur dan sangat selesa.
Kaum perempuan perasan tak, bila datang bulan atau period, kita mudah gusar. Mudah susah hati, cepat rasa nak marah, emosi cepat terusik dan sentiasa rasa serba tidak kena?
Bagi Puan Ummu Hani Aziz, perkara itu normal. Ianya disebabkan oleh perubahan hormon ketika proses menstruasi (datang bulan) sedang berlaku.
Tambahan lagi, bila kita datang bulan, kita jarang “bertemu” Allah.
Kita akan skip solat 5 waktu.
Kita skip membaca Al – Quran.
Atas sebab itu juga lah hati kita sentiasa rasa tidak tentu arah
Ada benarnya firman Tuhan kita:
“Dengan mengingati Allah, hati hati akan menjadi tenang.”
Solat kan salah 1 cara kita ingat Allah.
Jadi harini Puan Hani nak share dengan semua wanita-wanita hebat di luar sana, apa dia 24 amalan yang kita boleh buat ketika datang bulan untuk pastikan hati dan emosi kita tenang dan bahagia.
Amalan Ketika Period
Gandakan berdoa. Untuk berdoa tidak semestinya hanya selepas solat, bila bila masa sahaja kita boleh berdoa. Minta lah kepada Allah segala perkara baik yang dihajati
Pesakit kanser payudara ditinggalkan kerana enggan letakkan nama suami sebagai pemegang amanah harta. Terkontang-kanting sang isteri meneruskan hidup. Di mana nilai kemanusiaan suami?
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sudahlah menghidap kanser payudara tahap 4, ditimpa pula dugaan ditinggalkan suami yang tidak mahu hidup susah senang bersama wanita berasal dari Kedah ini.
Anak-anak masih kecil terpaksa menanggung sengsara. Si abang bersekolah darjah 6, terpaksa ponteng sekolah kerana perlu menemankan ibu mendapatkan rawatan ke hospital. Anak yang bongsu pula bagai tidak tertanggung kedukaannya, kini mendapatkan kaunseling kerana murung dan tertekan.
Suami yang dianggap ketua dan pelindung keluarga rupanya lebih selesa menikmati kehidupan bersama isteri baharu. Sampainya hati sang suami. Sampainya hati sang ayah membiarkan anak-anak tertekan.
Hidup Perlu Diteruskan
Namun hidup perlu diteruskan walau apa pun situasinya. Dalam keadaan serba kekurangan, tidak mampu berjalan dan hanya berkerusi roda sahaja, apalah yang mampu dilakukan oleh anak-anak yang masih kecil.
Masalah bertambah apabila terpaksa membayar tunggakan TNB berjumlah RM2000. Dalam keadaan begini, hanya bantuan NGO, jiran-jiran dan keluarga terdekat dapat dipinta. Tapi sampai bila?
MW terpanggil untuk berkongsi kisah duka pesakit dari Kedah ini yang telah mendapatkan pertolongan NGO yang aktif membantu para pesakit dan penjaga iaitu Canser Survivors Malaysia.
Di sini kami paparkan posting ringkas berkenaan kes memilukan ini daripada FB pengasas NGO terbabit iaitu Puan Zuraini Kamal yang juga merupakan bekas pesakit kanser serviks atau endometrium.
Saya telah mendapat keizinan utk share this story. Kes ini pernah kita bantu bayarkan Kos Rawatan Kimoterapi.
📌Wanita ini, ibu kepada 2 orang anak. Seorang anak dijaga bekas suami pertama. Beliau telah berkahwin baru dan mempunyai seorang anak berusia 12 tahun. Sedang belajar Darjah 6.
📌Tahun 2022, wanita ini disahkan Menghidap Kanser payudara tahap 4. Sekarang sedang menjalani Rawatan Kimoterapi di Hospital Sultanah Bahyah. Beliau kini berkerusi roda kerana masalah kesihatan. tidak mampu menguruskan diri sendiri.
📌Kelmarin beliau ditinggalkan Suami. Kerana Suami mintak Beliau Pindahkan NAMA Hak Milik Rumah kepada Nama anak dan meletakkan Suami sebagai Pemegang Amanah. Apabila Wanita ini enggan berbuat demikian, beliau “ditinggalkan” suami
📌Puan, saya takut Suami akan Jual Rumah ini. Anak2 saya Tak ada Rumah Kediaman. Lagi pon ini rumah Hadiah dari mak ayah angkat kepada saya. mereka dah meninggal dunia. saya kini sebatang kara
Mingguan Wanita : Semoga ada insan dan pihak berwajib membantu beliau. Kepada para pembaca yang ingin menyumbang derma untuk para pesakit kanser, anda boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun CSM iaitu : MAYBANK : 552068522859
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isu anak cukup sensitif untuk diperbincangkan. Selain masih belum ada rezeki, pasangan mungkin mengalami masalah kesuburan yang menyukarkan untuk mendapat zuriat sendiri. Kebiasaannya bila isu tiada anak, atau masih belum hamil, ramai yang menuding jari dan menyalahkan pihak isteri atau wanita.
Hakikatnya, pihak suami juga bertanggungjawab menentukan tahap kesihatan sperma.Jangan disangka, suami yang kerap pergi gym melakukan senaman, mengamalkan pemakanan sihat tidak terlepas mengalami masalah kesuburan seperti Teratozoospermia.
Setelah 4 setengah tahun mendirikan rumahtangga dan masih belum mempunyai anak, doktor viral tampan Dr Muhammad Shazril Shaharuddin,30 yang lebih mesra dengan panggilan Dr Say ada berkongsi ‘cerita dalam kain’ mengenai kisah rumah tangga termasuk ujian kesuburan yang dilakukannyadidalam instagram miliknya baru-baru ini.
Suami kepada Dr Azura Abas ini mengakui berasa terpanggil untuk berkongsi kisahnya demi mendidik golongan lelaki agar tidak segan untuk mendapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesuburan dan bagi membuka mata ramai pihak mengenai isu ini.
Berikut merupakan antara perkongsian beliau;
Bukan Semua Salah Perempuan
“Post ni panjang sikit dan dikhaskan untuk yang dah atau akan berkahwin sebab (18SX) sikit. Anyway kami kahwin dah 4 tahun setengah. 2 tahun lepas kahwin kami merancang tak mahu ada kids sebab yelah busy housemanship (tak mahu habis lambat & tak mahu guna ngandung/ anak sebagai alasan selalu ponteng/ datang lambt) dengan cara kuah asing (buang luar) semata-mata.”
“Sepanjang 2 tahun kuah asing tu memang tak lekat & saya pun ingat woah power kuah asing ni maka kami teruskan kuah asing sampai lah kami di Terengganu. Bila kat Terengganu pun kami sambung rancang sebab suasana agak tak kondusif untuk pregnancy (jauh dari family & saya kerja shift & bini pun oncall sokmo). 2 tahun berlalu di Terengganu sebelum kami quit gomen & pulang ke Selangor.”
“Sejejaknya kami di Selangor apa lagi kuah campur siap kuah banjir saya bagi tapi seperti normal Malays bila tak lekat mula pikir salah bini kot sebab dulu dia pernah operate besar-besaran belah perut (explorative laparotomy) untuk burst appendicitis. Maka bini herself dah mula risau thinking dia tak boleh pregnant.”
“Maka kami consult specialist kami di Serdang dulu & dia sarankan kami both buat checkup. Saya pun typical pemikiran lelaki pikiaq “aku nak buat apa, aku sihat selalu pi gym jaga makan”. Maka bini buat checkup dulu. Amik darah check hormon normal. Buat HSG (nk tengok saluran peranakan tersumbat) pun came back normal. Now its my turn.”
Alami Teratozoospermia
“Tiba masa saya untuk buat checkup. Saya dengan yakin & bangganya pergi thinking “ah mesti aku ok lah, aku gagah”. Masa pi tu agak ramai lelaki lain yang buat checkup datang dengan bini masing-masing. Tapi saya relax datang solo sebab yelah kita kuat kan ahaha. Tup tap Semen Analysis (ujian kecemerlangan kuah) saya came back as Teratozoospermia (banyak sperm yang abnormal morfologi, tak banyak sperm yang normal). Terduduk saya bang.
“Teringat banyak cerita-cerita yang saya dengar sebelum ni bile pasangan tak boleh pregnant, bini dipersalahkan, suami mintak cerai sebab bini mandul. Saya pun pikir lah nasib saya “gulp mati aku bini aku mintak fasakh sebab kuah aku basi”. Saya sempat curi-curi intai keputusan laki-laki lain yang kat situ & mostly semua macam saya Teratozoospermia cuma yang lebih menyedihkan bini depa ada kat sebelah nak mengadap skali keputusan yang kuah lelaki mereka bukan seperti yang mereka idamkan.
“Saya hanta kputusan Semen Analysis saya kat specialist saya sebelum saya roger bini saya. Specialist saya reply “not bad, there is still hope, u kena…”. Bila saya dengar “there is still hope” tu, langit jadi cerah gilaaa bakhang. Maka saya terkinja-kinja wassap bini telling her my result & terus dengan cepat saya sandarkan ayat specialist saya “there is still hope”, bini pun akur & positif.”
Amalkan Nasihat Pakar
“Terus saya amalkan nasihat specialist saya yakni jangan pakai seluar ketat-ketat, kurangkan pengambilan caffeine & patuh makan ubat yang disuruh. Awat sperm saya jadi lagu tu? Saya pun tak tau, sebab saya tak amik supplement lama dah tapi memang saya suka gila minum pepsi black dekat 4-5 cawan sehari campur dengan kopi lagi & at the same time makan benda-benda tak sihat. Saya amalkan dekat 2 bulan.”
“Tapi dalam tempoh 2 bulan ni memang challenging. Walaupun kuah saya yang bersalah tapi the pressure is always on the female side, mereka lah yang kena berhadapan dengan soalan mek bawang “bila nak dapat anak”, “tunggu apa lagi, rezeki tak elok tangguh-tangguh”, “kilang ko tutup baru tau” & bini being a good bini takkan nak balas “owh tak boleh dapat anak sebab kuah suami basi”. Almost hari-hari bini termenung, menyepi & kadang-kadang menangis.”
Beri Tempoh 3 Bulan
“Kita laki memang kita chill. Kalau boleh, nak nampak macam bujang selamanya. But seeing bini macam tu it somehow affects me. One day bini bukak topik nak buat IVF (persenyawaan luar rahim) yang cost easily RM15-18k. Terduduk lagi sekali saya bang, mane nak cari duit banyak tu dengan baru pindah rumah & aku keje insta review je. Saya comfortkan bini “bagi I masa 3 bulan tuk I habiskan ubat ni & untuk I ubah lifestyle before I repeat another Semen Analysis. If takde improvement kita IVF ikut cara u” Bini akur.
“Maka bermulalah lifestyle changing saya. Kalau korang ikut story saya sebab tu lah saya rajin masak sendiri, pagi-pagi breakfast amik tea instead of coffee, pepsi black memang saya buang. Semua demi bini (ada sikit la sebab sayang duit heheh). Tup tap 3 bulan tu tak sampai lagi sebab sekarang masih dalam proses perubahan so belum tiba masanya nak repeat balik Semen Analysis saya. Sorry bukan happy ending seperti yang korang idamkan coz this is life, bukan Kabi Kushi Kabi Gam.
Ketidaksuburan Terletak Pada Suami Isteri
Morale of the story, ketidaksuburan is 50-50 kepada perempuan & lelaki. Wahai kaum lelaki jangan ingat 100% ketidaksuburan terletak kat bini coz dengan environment nowadays yang penuh dengan pencemaran (asap okok, asap-asap lain) & gaya hidup yang penuh caca merba (pemakanan melalut, excessive caffeine, supplement yang tak tau ada apa dalam) semua boleh menyumbang kepada ketidaksuburan. Yang paling penting ego kena letak tepi bang. Jangan ingat kita ni muka tajam, dahi licin, kuah kite lazat padahal bile check expired.
Kepada mereka yang teka-teka masa part 2 yang bini saya dah preggy, saya ambil teka teki anda sebagai doa yag one day kami akan dimurahkan rezeki ye. Alhamdulillah lepas saya buat post ni ramai yang opened up dengan masalah trying to conceive masing-masing.
Mingguan Wanita mendoakan agar Dr Say dan isteri, dimurahkan rezeki dan berpeluang memiliki zuriat sendiri suatu hari nanti. Buat para suami dan masyarakat, perlu ingat iya, ketidaksuburan adalah adalah masalah bersama suami isteri. Jangan setiap kali bila isu tiada anak dibangkitkan ramai yang menyalahkan kaum wanita dan isteri semata-mata, hakikatnya sebenar adalah sebaliknya.