Udang kering sering dijadikan rencah dalam sesuatu menu masakan. Kebanyakan mak-mak hanya membeli udang kering ke kedai, padahal membuat sendiri udang kering bukanlah sesusah mana. Mudah sahaja. Paling penting kebersihannya terjamin, murah dan senang cara penyediaannya.
Ikuti perkongsian, Siti Salehah bagaimana caranya menghasilkan udang kering sendiri di rumah:
Nak beli udang kering kadang mahal sangat… Beli udang sayur ini RM 15 saja sekilo.. Buat udang kering, berbulan tak habis makan.. Di sini, saya share cara-cara buat udang kering sendiri.
Bahan-bahan:
Udang sayur
Garam kasar (ikut tahap masin- saya guna 3 hingga 4 genggam
Cara-cara:
1. Basuh udang dan toskan.
2. Masukkan udang dalam kuali dan garam kasar.
3. Masak sampai kering air udang itu.
4. Selepas itu, boleh letak dalam penapis jemur sampai kering..
p/s : Kalau tak mahu kulit udang tak menjadi masalah, nanti setelah kering… Masukkan dalam bekas kedap udara. Goncang-gonjang saja, nanti kulit udang tertanggal sendiri. Buangkan kulit dan ambil isinya sahaja untuk simpan. Paling penting, terjamin kebersihan buat sendiri.
Sumber:Siti Salehah
MW: Lepas ini bolehlah mak-mak mencuba buat udang sendiri, lebih jimat dan bersih.