Rawat si bulus. Kalau tuan kucing ada lebih dari seekor, mesti ada yang bergaduh dan tak kurang sampai luka-luka dek cakaran satu sama lain. Satu hal pula nak rawat.
Jalan mudah dan senang, bawa ke klinik veterinar untuk rawat si bulus. Tapi tak semestinya untuk merawat luka, rutin penjagaan si bulus pun perlu diambil kira juga.
Bagi tuan kucing yang nampak luka pada badan si bulus, jangan terburu-buru untuk bawa ke klinik. Boleh rawat luka si bulus dengan cara membuat sendiri ubat sapu. Jimat pun jimat dan paling penting luka cepat sembuh.
Inilah yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin untuk buat sendiri ubat sapu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isyarat Dari Kucing Tanda Terkena Sihir, Si Bulus Bukan Hanya Menjaga Tapi Lindungi Tuannya
Buat Sendiri ‘Wetfood’ Ala Bajet, Si Bulus Sihat, Gemuk & Bulu Pun Cantik!
Rawat Si Bulus Dengan Ubat Sapu
Kalau guna krim sapu dari farmasi atau klinik, risau kalau kucing ni terjilat. Jadi, saya sedikan resipi ubat sapu untuk panduan mak-mak si bulus.
.
Hanya gunakan kunyit dan minyak kelapa saja. Kunyit adalah antifungal, antibakteria dan antiviral. Begitu juga dengan minyak kelapa. Terlalu banyak khasiat 2 bahan ini untuk kita dan si comel.
Yang penting ia selamat dan non toxic. Luka pun cepat baik!
Bahan:
Kunyit
Minyak kelapa
Caranya:
- Basuh kunyit bersih-bersih kemudian keringkan. Tak perlu terlalu kering sebab nanti boleh lap dengan tisu dapur saja.
- Hiris nipis kunyit tadi dan masukkan ke dalam botol. Selepas itu, tuang minyak kelapa tadi. Tak perlu sukatan yang tepat tapi agak-agak sajaka untuk kunyit dan minyak itu.
.
- Kemudian, tutup kemas dan siap. Simpan dan biarkan selama 2 minggu. Dalam tempoh itu, minyak akan menyerap pada semua zat kunyit tadi.
- Selepas dua minggu, warna sudah bertukar. Kunyit menjadi semakin gelap dan minyak semakin kuning. Penuh khasiat dalamnya. Terus sapukan pada luka si comel yang buas tadi. Dia menjilat? Tak ada masalah pun.
.
- Tengok warna minyak dah kuning. Luka kucing-kucing kita akan cepat sembuh dan mana-mana yang terkoyak tu akan cepat kering. Natural remedy tanpa bahan sintetik.
.
Tip:
Berapa lama minyak ini bertahan?
Jawapan: Selagi tidak ada bau hapak. Kalau ada bau hapak, maksudnya dah ‘tamat tempoh’ dan bolehlah di buang. Jangan guna. Kalau boleh, buatlah dalam kuantiti yang sedikit supaya tidak membazir.
Mingguan Wanita : Nanti mak-mak si bulus bolehlah buat untuk kecing kesayangan. Tak perlu nak bawa ke klinik dah.
Sumber: Suhaili Baharudin
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI