Buat Sendiri TELUR MASIN Guna Cuka & Garam, Bersih! Tiada ‘Bedak Hitam’

Share

Ada cara mudah rupanya untuk buat sendiri telur masin di rumah. Hanya guna cuka dan garam. Hasilnya lebih bersih, cantik orennya dan tak lah kotor macam selalu apabila selaputi ‘bedak hitam’ atau tanah liat.

Bukan apa, telur masin ni boleh tahan mahal juga harganya bila di beli di kedai. Lebih jimat dan puas hati bila kita buat sendiri. Malah tak perlu ragu-ragu dengan tahap kebersihan telur tu nanti.

Boleh rujuk cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Suzana Sha’em sebagai panduan.

CARA MUDAH BUAT TELUR MASIN SENDIRI

Tadi berbuka bersama telo asin buat sendiri. Cantik oren dia.. Yeah menjadi.Lepas ni takde lah nak beli telo asin yang pakai bedak hitam tu lagi. Yang ni lagi bersih buat sendiri. Caranya senang je.

Bahan Diperlukan:

Telur Itik (dibasuh bersih)
Garam Halus
Cuka

Cara Membuat:

1.Rendam dengan cuka selama 2 minit.

2.Selepas itu gaulkan dekat garam halus.Pastikan selaput telur sepenuhnya dengan garam.
3.Kemudian, letak dalam bekas peram dan 2 minggu atau 10 ke 16 hari.

4.Letak dekat luar je, tak perlu simpan dalam peti ais.

Ni lah hasil selepas 2 minggu. Tapi kena rebus dulu lah baru jadi macam ni.

Ok selamat mencuba.Semoga bermanfaat!

Info Ekstra!

  • Cuka tu jangan buang boleh je pakai lagi.
  • Fungsi rendam dalam cuka untuk lekatkan garam pada kulit telur nanti.
  • Boleh juga telur ayam, ikut cara yang sama.

Baca Lagi Di Sini:
Telur Masin Home Made Guna Telur Ayam. Rasa Pun Lebih Sedap!

Cara Buat Telur Masin Cantik Kejadiannya, Penting Didihkan Air Hingga Naik Bunga Garam!

Cara Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam, Bajet RM10 Boleh Dapat 30 Biji, Lebih Jimat!

Mingguan Wanita: Menarik juga tip yang dikongsikan ini. Mudah sangat guna 2 bahan je, cuka dan garam. Malah telur lebih bersih dan cantik hasilnya.

Sumber: Suzana Sha’em

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab