Buat Sendiri TAUFU FAH Elok Lembut Menjadi Guna 3 Bahan, Tak Payah Beli! Sedapnya Taufu Fah, baik dimakan sejuk mahupun panas. Taufu Fah selalunya ada di jual di pasar malam atau bazar ramadan. Namun sebenarnya boleh buat sendiri je Taufu Fah lembut dan sedap ni di rumah. Hanya guna 3 bahan je. Lebih sedap, jimat dan terjamin kebersihannya.
Boleh Praktis untuk bulan puasa ni. Macam senang je, kang dah pandai buat tak payah beli dekat luar. Alhamdulillah Taufu fa menjadi dan lembut guna 3 bahan sahaja.
1 cawan Air
Agar-Agar 12 gram (Separuh bungkus)
2 liter Air soya/ 2 kotak besar
Sedikit gula
1. Masukkan agar-agar ke dalam air, biarkan sehingga larut.
2. Bila agar-agar dah larut sebati tuangkan soya. Nak tambah gula sikit pon boleh. Kalau tak suka manis guna soya kurang gula.
3. Biar mendidih tutup api. Tuang dalam bekas besar sebab nanti kita nak ceduk ala-ala pasar malam tu kan. Tak best guna bekas kecik.
(Simpan peti ais bahagian chiller dalam 2-3jam)
1 keping Gula Melaka
2 sudu gula putih
3 cawan air
Daun Pandan
Halia
1. Campurkan Gula Melaka, gula putih dan air.
2. Masukkan sekali daun pandan dan halia sedikit. Jangan lupa tapis. Kalau nak buat air gula putih pun sama je step.
Tadaa jadik , lepas masukkan dalam peti 2-3 jam dah boleh makan .
Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Sukatan Agar-Agar Nak Keras, Lembik, Sedang Elok,PENTING Tak Lari FORMULA Ini
Baca Lagi Di Sini:Tau Fu Fah Ekspres Guna 3 Bahan, 15 Minit Siap, Senang!
Artikel Menarik:Resepi Tau Fu Fah Guna 3 Bahan, Rasa Sama Sedap Macam Beli Kat Pasar
Mingguan Wanita: Mudah je nak buat Taufu fah yang lembut dan sedap ni. Tak payah beli, buat sendiri je.
Sumber: Intan Mazura Masri
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.