Bukan bulan puasa je, bila-bila pun boleh makan taufu fa ni. Buat pencuci mulut masa raya pun best. Selalunya kita beli di pasar malam sebab ramai yang fikir susah nak buat rupanya senang sangat.
Ikut je cara Pengasas Tia Amelia dan Masak With Passion, Datin Ismarohaiza ni, gerenti sedap dan gebu. Ikut sebijik-sebijik ye, baru dapat hasil yang wow.
Resipi Taufu Fa Gebu
Bahan-bahan:
2 kotak soya 1 liter
2 ketul gula Melaka
2 sudu kecil serbuk agar-agar
Ads
3-4 helai daun pandan
2 sudu gula perang
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit garam
Ads
Cara buat:
1-Bancuh agar-agar dengan sedikit air soya di dalam cawan atau mangkuk. Kacau sehingga sebati.
2-Kemudian, masukkan bancuhan ini bersama lebihan air soya di dalam periuk. Kacau sehingga sebati dengan api sederhana. Tuangkan ke dalam mangkuk atau acuan. Biarkan acuan ini sejuk dan beku.
3- Sementara itu, masukkan 2 ketul gula Melaka bersama 2 sudu gula perang dan sedikit garam di dalam periuk . Masukkan satu sudu kecil tepung jagung. Tepung jagung tu option, kalau tak nak letak pun tak pa. Kacau sehingga sebati, jangan pekat sangat ye.Pastikan api sederhana.
Ads
4.Bila soya dah beku, potong dan letakkan di dalam bekas. Kemudian, tuang air gula Melaka. Sedia dihidangkan bersama menu lain. Bagi yang masih ragu-ragu boleh ke ig @datinismatia untuk menonton video cara membuat taufu fa. Selamat mencuba!
Sebaik anak masuk sekolah selepas raya, dah tentu ada hari yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk mengadakan jamuan raya. Masa ini, mulalah mak-mak pening nak masak apa ye.
Jamuan raya kat sekolah, memang akan diadakan tiap-tiap tahun bagi meraikan anak-anak sekolah sambut hari raya di sekolah pula. Dah tentu anak seronok dengan berpakaian lengkap hari raya dan dah tentu pelbagai makanan yang dibawa.
Keadaan sekarang mungkin agak mudah sebab ada grup watsap mak ayah dengan kelas, Sebut saja ada jamuan hari raya pasti ada senarai makanan yang anak-anak bawa nanti. Senarai ini supaya tidak ada bawa makanan yang sama.
Bukan saja elak pembaziran tapi juga anak-anak boleh merasa serba sedikit makanan yang berbeza dan macam-macam. Tapi yang pening, mak-maklah nak masak apa untuk anak bawa nanti ye.
Apa kata, buat resipi ini khas untuk kelas anak-anak. Paling senang, masukkan dalam bekas siap-siap. Tak adalah pembaziran. Anak tak sempat makan boleh ‘tapau’ bawa balik ke rumah nanti.
Ikuti perkongsian daripada Nurul Hawa Nadila Sari yang menyediakan sprila goreng, 4 bungkus untuk 40 murid.
Jamuan raya kelas anak semalam dlm 40org makan saya pakai spiral 4 bungkus dan code bekas SQ350.
Cara Membuat:
1. Tumis bawang holland, bawang putih dengan minyak zaitun sampai garing.
2. Kemudian masukkan ayam kisar, sosej & kiub ayam. Masak sehingga empuk
3. Akhir sekali masukkan spiral oregano, blackpepper, garam & serbuk perasa.
4. Kacau sebati dan siap.
Mingguan Wanita : idea yang bagus untuk mak-ak buat kat anak nanti. Tak adalah pening fikir nak masak apa kan.
Resipi ayam goreng memang tak pernah mengecewakan. Tak kira walau hanya dilumur dengan garam dan kunyit saja, kemudian goreng. Tetap sedap. Makan pula panas-panas.
Banyak resipi ayam goreng sebenarnya. Kali ini, dikongsikan resipi Gai Tod Hat Yai atau Ayam Goreng Hat Yai. Resipi ayam goreng ini merupakan resipi asli orang Thai. Biasanya ayam goreng ini dimakan dengan pulut. Memang sangat sedap. Lembut dan moist isi ayamnya! Ditambah pula wangian aroma rempah ratus. Fuh, rugi tak cuba!
BAHAN-BAHAN RESIPI AYAM GORENG HAT YAI
Beberapa ketul ayam – seeloknya paha, kepak atau tight
BAHAN PERAPAN:
1labu bawang putih
Sedikit batang (dengan akar) ketumbar
Serbu lada putih @ lada hitam
Serbuk jintan
Sedikit serbuk kunyit
Sos tiram
Kicap cair
Garam dan gula
BAHAN LAIN:
Sedikit tepung beras
Sedikit bawang merah – potong dan goreng kekuningan
Terlebih dahulu, tumbuk atau kisar bahan perapan hingga lumat. Ketepikan. Kelar isi ayam untuk memastikan bahan perapan masuk sempurna. Ini juga membantu ayam mudah masak. Setelah itu, masukkan ayam ke dalam plastik.
Masukkan pula bahan kisar ke dalam plastik itu. Goncang ia hingga ayam bercampur sebati dengan bahan kisar. Perap ayam dengan bahan kisar itu sekurangnya dua jam atau semalaman seeloknya. Lagi lama diperap lagi sedap.
Setelah semalaman, keluarkan ayam yang diperap daripada plastik. Gaul dengan tepung beras hingga rata.
Panaskan minyak dalam kuali dalam kuantiti yang banyak. Setelah minyak betul-betul panas, goreng ayam hingga kekuningan. Gunakan kaedah deep fried dan api mesti perlahan. Balik-balikkan ayam menggunakan pengepit ya.
Bila dah masak dan berwarna coklat, angkat dan taburkan dengan garam. Taburkan juga bawang goreng. Enak dimakan dengan pulut cicah dan sos Sri Racha. Selamat mencuba!
Pressure Cooker atau Periuk Tekanan antara peralatan memasak di dapur yang menjadi idaman kebanyakan mak-mak. Manakan tidak penggunaan periuk ini cukup memudahkan urusan memasak pelbagai jenis masakan untuk hidangan anak-anak dan keluarga tersayang.
Antara Kelebihannya:
Jimat Masa
Punyalah banyak masa mak-mak yang dapat dijimatkan dengan menggunakan periuk ini kerana ia mempercepatkan proses memasak. Sebagai contoh, jika selama ini merebus daging sehingga empuk di periuk biasa, memerlukan masa 1 hingga 2 jam. Tetapi dengan menggunakan periuk tekanan, daging biasanya akan empuk dalam masa lebih kurang 30 minit sahaja.
Namun jika pertama kali menggunakan periuk tekanan ini, mak-mak perlu lebih berhati-hati dengan cara penggunaannya. Ini kerana tekanan udara dan wap panas daripada periuk boleh mengundang bahaya dan akibatkan kecederaan pada diri jika tidak tahu cara menggunakannya dengan betul.
Jenis & Harga:
Cara menggunakan pressure cooker mungkin agak berbeza dari segi tetapan untuk setiap jenama periuk tekanan, tetapi asas penggunaan periuk tekanan adalah sama. Periuk tekanan juga ada dalam bentuk periuk tekanan elektrik dan juga periuk tekanan dapur gas. Harga periuk tekanan elektrik biasanya lebih mahal berbanding harga periuk tekanan dapur gas.
Contoh Periuk Tekanan Elektrik:
Antara jenama popular untuk periuk tekanan elektrik adalah Noxxa dan Philips.
Contoh Periuk Tekanan Dapur Gas:
Antara jenama yang popular untuk periuk tekanan dapur gas adalah Butterfly, Trio dan Tefal.
Berikut adalah cara asas penggunaan periuk tekanan (pressure cooker) yang mak-mak perlu ambil tahu:
1.Bagi menggunaan periuk tekanan elektrik, perlu baca manual penggunaan kerana kebanyakan model datang dengan butang pilihan mengikut jenis masakan.
2.Masa masakan biasanya telah ditetapkan. Berbanding periuk tekanan dapur gas, semuanya perlu dilakukan secara manual.
3.Pastikan penutup ditutup dengan betul dan ketat. Perkara ini adalah penting untuk memastikan tekanan udara tidak keluar daripada periuk semasa proses memasak.
4.Pastikan punat wap dipasangkan sebelum memasak menggunakan periuk tekanan dapur gas. Punat wap ini adalah bertujuan untuk mengawal tekanan di dalam periuk agar tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah.
5.Setelah cukup masa memasak, matikan api dan cabut punat wap untuk melepaskan wap di dalam periuk tekanan.
6.Jangan buka dahulu! Tunggu sehingga sejuk atau sehingga tiada wap keluar dari punat wap. Jika terus buka tutup periuk, kebarangkalian besar periuk tekanan akan meletup!
7.Jika daging masih belum empuk, tutup rapat semula periuk tekanan tersebut, pasang punat wap, hidupkan api dan masak lagi daging tersebut 5 ke 10 minit lagi. Kemudian matikan api, cabut punat wap dan tunggu semua wap keluar.
Peringatan Penting!
Antara kesilapan besar yang sering dilakukan serta sangat berbahaya adalah membuka periuk tekanan tanpa melepaskan wap terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan ‘letupan’ dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Penggunaan periuk ini ketika memasak memang cukup mudah jika tahu cara betul menggunakannya.Namun, sentiasalah beritahu kepada anak-anak dan keluarga tentang cara betul penggunaan periuk tekanan ini. Pantaulah cara mereka menggunakannya, apatah lagi jika tak biasa menggunakan periuk ini kerana ia boleh mengundang bahaya dan mendatangkan kecederaan pada diri.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...