Buat Sendiri Sosej Ayam, Lepas Kukus 30 Minit Dah Boleh Goreng

Share

Resepi sosej ayam ini mudah saja nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun tak menggunakan bahan pengawet. Cuma 30 minit saja diperlukan untuk mengukus.

Alhamdulillah, cubaan pertama buat sosej sendiri menjadi. Tak ada bahan pengawet lagi. Anak-anak pun suka makan

.” Inilah resepi sosej ayam yang dikongsikan oleh Puan Liza Sabran.

Bahan-Bahan Sosej Ayam Homemade

Ayam

Lobak

2 biji telur

2 sudu tepung gandum

Garam dan separuh kiub ayam

Ini Cara Membuat

 

 

1. Blendkan daging ayam, sayur (saya guna lobak merah je), telur 2 biji, garam dan separuh kiub ayam. Tambahkan sikit air kalau terlalu pekat.
2. Gaulkan dengan 2 sudu tepung gandum.
3. Kukus lebih kurang 30 minit atau hingga masak.
4. Potong-potong ikut suka
5. Celupkan telur dan goreng.

Mudah sajakan. Nanti lebihan sosej ayam itu kena masukkan dalam peti beku. Tapi, memandangkan tak gunakan bahan pengawet ia taklah bertahan sampai berbulan lamanya.

Sumber/Foto : Liza Sabran

Published by
Netty Ah Hiyer