Kalau bercakap tentang cheese ini, anak-anaklah paling suka. Mahunya, itulah yang diulang-ulang makan. Memang tak cukuplah. Sebelum ini, biasa beli sahaja serbuk cheese sebab tak tahu nak masak. Fikiran rasa macam susah pula nak buatkan.
Jadi, apa kata kali ini kita buat sendiri sos cheese yang bukan hanya dicicah dengan kentang goreng tapi boleh di makan dengan makan bergoreng yang lain. Paling penting, bila buat sendiri barulah puas hati.
Ikuti cara membuatnya yang cukup mudah seperti dikongsikan oel NizSa Mi.
“Tak perlulah nak beli lagi seruk cheese yang dah siap dan hanya dicampur dengan air suam. Kali in kita buat sendiri sosnya. Barulah puas hati.
Bahan-bahan:
½ ketul butter
½ tin susu cair
1 sudu besar tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
4 keping cheese
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikti pewarna kuning
1 ketul kiub ayam
Sedikit garam
Cara Membuat:
Cairkan butter dan masukkan susu cair dan tepung. Gaul sebati.
Selepas itu, masukkan kepngan cheese, kacau dan masukkan serbuk lada hitam, kuib pati ayam dan pewarna.
Kacau sebati dan tambahkan sedikit air, jika terlalu pekat. Siap dan tutup api.
MW: Lepas ini, bolehlah buat kat rumah. Bahan yang digunakan pun mudah nak dapat. Anak-anak mesti suka.
Kredit: NizSa Mi