
Kalau bercakap tentang cheese ini, anak-anaklah paling suka. Mahunya, itulah yang diulang-ulang makan. Memang tak cukuplah. Sebelum ini, biasa beli sahaja serbuk cheese sebab tak tahu nak masak. Fikiran rasa macam susah pula nak buatkan.
Jadi, apa kata kali ini kita buat sendiri sos cheese yang bukan hanya dicicah dengan kentang goreng tapi boleh di makan dengan makan bergoreng yang lain. Paling penting, bila buat sendiri barulah puas hati.
Ikuti cara membuatnya yang cukup mudah seperti dikongsikan oel NizSa Mi.
“Tak perlulah nak beli lagi seruk cheese yang dah siap dan hanya dicampur dengan air suam. Kali in kita buat sendiri sosnya. Barulah puas hati.
Bahan-bahan:
½ ketul butter
½ tin susu cair
1 sudu besar tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
4 keping cheese
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikti pewarna kuning
1 ketul kiub ayam
Sedikit garam
Cara Membuat:
Cairkan butter dan masukkan susu cair dan tepung. Gaul sebati.
Selepas itu, masukkan kepngan cheese, kacau dan masukkan serbuk lada hitam, kuib pati ayam dan pewarna.
Kacau sebati dan tambahkan sedikit air, jika terlalu pekat. Siap dan tutup api.

MW: Lepas ini, bolehlah buat kat rumah. Bahan yang digunakan pun mudah nak dapat. Anak-anak mesti suka.
Kredit: NizSa Mi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Celup Tepung Versi Terengganu, Penting Ada Air Kapur, Barulah Ranggup!

Makanan celup tepung, ini antara paling popular di Terengganu terutamanya bila pergi ke bahagian pantai. Rasanya bukan Terengganu saja tapi kebanyakakn negeri memang popular dengan makanan ini, nak-nak bila tinggal di tepi pantai.
Tidak sah kalau bercuti atau berkelah di tepi pantai tanpa mengadap makanan celup tepung ini. Ranggupnya dan serdak-serdak dari tepung goreng yang halus-halus itu sangat sedap. Terfikir juga, macam mana nak dapatkan sama seperti yang jual itu.
Ini belum lagi sos pencicahnya yang sedap dan serasi dengan celup tepung itu. Tak pelu fikir panjang, ada cara nak buat sendiri makanan celup tepung ini.
Puan Ariana Sofia Ahmad berkongsi resipi celup tepung yang ranggup bersama sos pencicahnya sekali. Memang layan buat minum petang-petang dengan keluarga.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Sambal Kicap Terlajak Sedap! Buat Stok, Tahan Sebulan Simpan Dalam Peti Ais
Resipi Mudah Bancuhan Tepung Menggoreng, Tak Serap Minyak, Ranggup Sampai Ke Petang
Info Lebih Menarik DI SINI
Resipi Celup Tepung Paling Sedap
Kali ini Ariana nak kongsi resepi celup tepung. Sangat ranggup & kerok pun halus.
Bahan Air Lada @ Sos
2 cawan @ 400ml air
2 keping kecil @ 140g nisan @ gula melaka
3 sudu besar pes asam jawa
8 sudu besar cili giling
2 sudu besar cuka
1/2 sudu kecil garam
Bahan Celup Tepung
2 biji telur
500gm tepung beras
1 sudu besar garam
2 1/2 sudu besar tepung jagung
1 1/2 sudu besar air kapur
1 sudu kecil serbuk kunyit
320ml air sejuk
Cara Membuatnya:
- Ini bahan untuk air lada. Saya guna nisan. Kemanisan nisan & gula melaka berbeza, boleh guna sikit dulu jika risau manis
- Mula-mula masak nisan hingga cair.
- Biarkan ia mendidih.
- Masukkan cili giling, elakkan guna cili kering yang pedas, masukkan cuka, garam & pes asam jawa, boleh juga guna air asam Jawa tapi letak lebih sikit. Manis & masam boleh adjust ikut citarasa. Boleh rasa dulu sebelum tambah.
- Selagi ada terapung Warna merah lada maknanya air lada ni belum masak. Kena masak lama hingga pekat. Kalau masak sekejap air lada tak tahan lama dan mudah basi.
- Sampailah jadi pekat macam ni. Terus tutup api dan biarkan sejuk. Permukaan atas pun dah tak ada warna merah lada.
- Untuk bancuhan tepung, pukul telur hingga kembang
- Sampailah kembang macam ni.
- Masukkan pula tepung beras, tepung jagung, serbuk kunyit, garam, air sejuk & air kapur. Air kapur jangan pekat sangat nanti rasa pahit dan warna bancuhan tepung akan jadi oren pekat.
- Warna tepung ni akan jadi warna kuning. Kacau hingga sebati.
- Tepung akan jadi kuning macam ni. Kalau nak lagi kuning tambah saja serbuk kunyit. Sesuai untuk udang, sotong & ikan.
- Sotong nak elakkan dari meletop kebabom, belah bahagian tengah.
- Guna minyak banyak & betul-betul panas.
- Nak goreng sotong pastikan sotong tenggelam dalam minyak & bancuhan tepung tak boleh cair, nanti sotong meletop.
- Goreng seekor sebab sotong ni besar. Keroknya pun halus.
- Ikan banyak tanda garis dan pastikan ikan ditos dulu lepas dibasuh, kalau tak bancuhan tepung akan jadi cair bila air ikan turun.
- Ikan dan kekuningan baru terbalikkan,
- Tak sempat ambil gambar udang masa celup tepung tadi.
- Halus-halus saja. Krup krap krup krap.
- Ini air lada yang dah sejuk, tak suka pekat sangat, boleh masak cair sikit dan simpan simpan dalam peti ais jika banyak.
- Sotong pun tak liat, tipnya jangan masak sotong terlampau lama, kekuningan je terus balikkan dan angkat.
Selamat mencuba.

Mingguan Wanita : Wow, sedapnya. Boleh cuba nanti.
Sumber: Ariana Sofia Ahmad
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Goreng Telur Mata Kerbau Yang Elok Kuningnya Kenalah…

Bila masuk dapur, nak goreng telur mata kerbau pun ada caranya, barulah hasilnya cantik molek dan boleh menggoda orang yang nak makan.
Dan kali ini seorang lelaki, saudara Wan Luqman, yang mana kerjanya sebagai tukang goreng telur berkongsi ilmu untuk hasilkan telur mata kerbau yang elok sangat rupanya.
Nah, jemput godek ilmu masaknya…
Tip Goreng Telur Mata Kerbau
Saya nak kongsikan sikit tip nak buat telur mata kerbau. Pertama, kena gua kuali kecik dan ke dalam sedikit lengkuknya. Sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit dan telur tu tak merebak ikut saiz kuali.
Tips kedua, minyak kena lebih supaya dia akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan direct terus ke kuali tau.
Jangan risau, kita tos dulu atas sudip bagi minyak tu meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke pinggan terus. Bila keliling putih tu dah start garing sedikit, boleh angkat dah.
Tip ketiga, guna lah telur saiz D ataupun E. Ianya lebih afdal. Selalu kita order kat kedai, bila mintak telur mata kerbau, dibaginya telur mata jin mata satu, telur mata kerbau buta sebelah dan paling teruk telur mata dajal, musibah namanya tu.

Bila telur mata kerbau, macam ni. Kuning-kuning tu sama ada cair atau separa cair. Baru berselera.
Nota:
Sengaja pecahkan kuning tu, boleh jadi kes bunuh nanti tau!
Semoga bermanfaat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keenakan Asli Kerutup Tulang Rusuk Dan Kerabu Udang Cili Padi

Isi Kandungan
ToggleKeenakan masakan asli Melayu tak dapat dinafikan lagi. Ia kaya dengan pelbagai perisa yang memukau deria rasa untuk menikmatinya.
Begitu juga dengan keenakan kerutup yang terkenal di negeri pantai timur dan ramai yang menggemarinya, bukan sekadar penduduk di negeri pantai timur saja. Resipi yang MW kongsikan ini tambah istimewa kerana menggunakan tulang rusuk. Begitu juga dengan kerabu udang cili padi. Peh, memang pedas menyengat! Alangkah bahagianya dapat menikmati masakan yang enak bukan?
Jom nikmati keenakan dua masakan ini!

KERUTUP TULANG RUSUK
Bahan-Bahan:
1kg tulang rusuk lembu – bersihkan dan tos
1 liter santan
4 sudu makan rempah kerutup – bancuh dengan sedikit air
4 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
10 biji bawang merah – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
3 cm halia – kisar
3 cm lengkuas – kisar
2 batang serai – kisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Rempah Penumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

Cara Membuat:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bersama rempah penumis hingga wangi.
- Masukkan pes cili kering, kacau hingga garing, baru masukkan rempah kerutup.
- Kacau rata hingga pecah minyak, baru masukkan daging.
- Gaul rata dan biarkan hingga air daging keluar.
- Setelah air daging kering, masukkan santan dan kacau. Biarkan mereneh hingga daging empuk.
- Setelah kuah pekat, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah kuah pekat, tutup api.
- Kerutup daging sedia dihidangkan bersana aneka nasi.

KERABU UDANG CILI PADI
Bahan-Bahan:
300 gram udang saiz sederhana – buang kulit & celur
1 sudu makan sos cili Thai
1 biji cili merah – hiris
1 biji cili hijau – hiris
1/2 biji bawang besar – mayang halus
Bahan Sos:
6 biji cili padi – kisar kasar
1 biji cili merah – hiris
1 ulas bawang putih – kisar kasar
1 biji limau nipis – ambil jus sahaja
2 sudu makan madu
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
- Masukkan udang yang telah dicelur ke dalam mangkuk bersama hirisan cili padi, cili merah, cili hijau dan bawang besar.
- Sementara itu, campurkan semua bahan sos, kacau rata.
- Tuangkan dalam bahan campuran udang, adun rata.
- Setelah rata dan cukup rasa, kerabu udang sedia dihidangkan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI