Buat Sendiri Serbuk Kopi Guna Biji Kurma, Rasa Asli, Lagi Sedap & Jimat!

Share

Buat penggemar kopi, mesti kat rumah sentiasa ada stok serbuk kopi kan! Kalau tak minum sehari memang tak keruan. Rasa ketagih la pula. Sedap sangat tu.

Tapi, bagaimana tiba-tiba tak ada stok serbuk kopi. Atau mak-mak nak cuba resipi kopi yang paling jimat dan sedap.

Inilah yang dikongsikan oleh Cikgu Kahar tentang cara buat resipi serbuk kopi yang hanya menggunakan biji kurma. Nak sedap ala-ala starbuck pun boleh, ada caranya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung, Lagi Lama Dalam Peti Lagi Sedap!

Rupanya Minum Kopi Hidup Lebih Lama & Rendahkan Risiko Dapat Penyakit

Info Lebih Menarik DI SINI

Serbuk Kopi Dari Biji Kurma

Nak jimat buat kopi sendiri tak perlu beli kopi asli, ikut je resipi saya buat ni Insya Allah sangat jimat.

Kopi asli baru 100 gm pun sudah berpuluh ringgit. Kopi biasa memang murah, tapi memudaratkan kesihatan selain ada kaffien.

Namun apa yang saya kongsikan ni boleh buat secara percuma je. Ok, apa bahan utamanya?

Biji kurma je.

Masa Ramadan lalu mesti banyak makan kurma kan. Lepas makan kurma apa kita buat? Buang bijikan? Ruginya….

Biji kurma boleh buat serbuk kopi ya, malah kita boleh buat lagi sedap dari kopi di pasaran sebab kita adjust sendiri.

Bahan-bahan :
1. Biji kurma. Apa saja kurma. Saya gunakan biji KURMA MARIAMI
2. Gula organik
3. Susu lembu segar, siapa alah boleh guna susu badam
4. Serbuk koko
5. Air tapis secukupnya

Cara-caranya :
1. Kumpulkan biji kurma sebanyaknya yang kita ada.
2. Basuh biji kurma sehingga bersih
3. Keringkan sekejap atau boleh terus sangai dalam kuali, bagi yang ada oven boleh terus masukkan dalam oven dengan 180° selama 30 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing.

4. Pastikan biji kurma sudah mula menghitam atau agak gelap. Jangan terlalu gelap atau hangus, nanti rasa terlalu pahit. Bila pahit, terpaksa guna gula banyak untuk rasa manis, tak elok untuk kesihatan.

5. Kisar dengan blander kering sampai betul-betul halus.

6. Siap dah serbuk kopi kurma.

Untuk buat kopi versi sedap.

1. Masukkan 2 sudu besar serbuk kurma dalam teko
2. Tambahkan air tapis/ kosong yang betul-betul panas ke dalam teko.
3. Biarkan selama 5 minit, supaya serbuk kurma tu dapat keluarkan aroma dan warnanya.
4. Tambahkan dengan 1 sudu besar koko
5. Masukkan gula organik 1-2 sudu besar, terpulang ukuran sendiri yang sesuai.
6. Masukkan susu segar dalam cawan, diikuti kopi, atau kopi dulu susu kemudian.
7. Buat kopi tarik sikit bagi berbuih.
8. Sedia untuk diminum, insyaaAllah lazat ya amat malah versi sihat.

Mulai hari ni tak perlu lagi beli kopi, beli saja kurma sekali gus dapat buat kopi secara percuma.

Mingguan Wanita : Lepas ni, biji kurma jangan dibuang, boleh buat serbuk kopi ye!

Sumber: Abdul Qahhar

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora