Buat penggemar kopi, mesti kat rumah sentiasa ada stok serbuk kopi kan! Kalau tak minum sehari memang tak keruan. Rasa ketagih la pula. Sedap sangat tu.
Tapi, bagaimana tiba-tiba tak ada stok serbuk kopi. Atau mak-mak nak cuba resipi kopi yang paling jimat dan sedap.
Inilah yang dikongsikan oleh Cikgu Kahar tentang cara buat resipi serbuk kopi yang hanya menggunakan biji kurma. Nak sedap ala-ala starbuck pun boleh, ada caranya.
Nak jimat buat kopi sendiri tak perlu beli kopi asli, ikut je resipi saya buat ni Insya Allah sangat jimat.
Kopi asli baru 100 gm pun sudah berpuluh ringgit. Kopi biasa memang murah, tapi memudaratkan kesihatan selain ada kaffien.
Namun apa yang saya kongsikan ni boleh buat secara percuma je. Ok, apa bahan utamanya?
Ads
Biji kurma je.
Masa Ramadan lalu mesti banyak makan kurma kan. Lepas makan kurma apa kita buat? Buang bijikan? Ruginya….
Biji kurma boleh buat serbuk kopi ya, malah kita boleh buat lagi sedap dari kopi di pasaran sebab kita adjust sendiri.
Bahan-bahan :
1. Biji kurma. Apa saja kurma. Saya gunakan biji KURMA MARIAMI
2. Gula organik
3. Susu lembu segar, siapa alah boleh guna susu badam
4. Serbuk koko
5. Air tapis secukupnya
Cara-caranya :
1. Kumpulkan biji kurma sebanyaknya yang kita ada.
2. Basuh biji kurma sehingga bersih
3. Keringkan sekejap atau boleh terus sangai dalam kuali, bagi yang ada oven boleh terus masukkan dalam oven dengan 180° selama 30 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing.
Ads
4. Pastikan biji kurma sudah mula menghitam atau agak gelap. Jangan terlalu gelap atau hangus, nanti rasa terlalu pahit. Bila pahit, terpaksa guna gula banyak untuk rasa manis, tak elok untuk kesihatan.
5. Kisar dengan blander kering sampai betul-betul halus.
6. Siap dah serbuk kopi kurma.
Ads
Untuk buat kopi versi sedap.
1. Masukkan 2 sudu besar serbuk kurma dalam teko
2. Tambahkan air tapis/ kosong yang betul-betul panas ke dalam teko.
3. Biarkan selama 5 minit, supaya serbuk kurma tu dapat keluarkan aroma dan warnanya.
4. Tambahkan dengan 1 sudu besar koko
5. Masukkan gula organik 1-2 sudu besar, terpulang ukuran sendiri yang sesuai.
6. Masukkan susu segar dalam cawan, diikuti kopi, atau kopi dulu susu kemudian.
7. Buat kopi tarik sikit bagi berbuih.
8. Sedia untuk diminum, insyaaAllah lazat ya amat malah versi sihat.
Mulai hari ni tak perlu lagi beli kopi, beli saja kurma sekali gus dapat buat kopi secara percuma.
Mingguan Wanita : Lepas ni, biji kurma jangan dibuang, boleh buat serbuk kopi ye!
Ada bermacam cara nak goreng ikan. Ada yang lumur garam, kunyit. Ada juga yang letak perapan ketumbar, barang merah dan garam. Resipi goreng ikan Emerilda Sani ini simple saja. Tapi memang sedap dan power!
Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembung / selar kuning
2 sudu besar asam jawa Xtra
Garam
Caranya:
1. Perap ikan dengan asam jawa dan garam. Kalau boleh at least 30 minit. Untuk serap rasanya… lebih lama, lebih bagus. Paling cepat.15 minit pun ok.
2. Goreng! Sampai garing. Api dapur biar perlahan tau.
3. Hidangkan dengan kicap jeruk.**
Bahan Kicap Jeruk
1 biji bawang besar
1 batang cili merah
4 biji limau kasturi
Kicap masin dan manis
Caranya:
1. Hiris nipis kesemua bahan.
2. Perah air jus limau kasturi ke dalam bahan-bahn yang dihiris. Kemudian hiris juga limau dan letak bersama bahan hirisan.
Rupanya buah belimbing buluh juga boleh dibuat kerabu. Kena campur dengan budu dan ikan goreng barulah rasanya lebih sedap! Bukan apa belimbing buluh selalu kita buat sambal hitam, halwa, dicampur dalam masakan dan sebagainya. Namun bila buat kerabu ia lebih sihat, sesuai sangat bagi yang berdiet.
Boleh ikut cara buat kerabu belimbing buluh seperti yang dikongsikan oleh Crystal Soo ini.
Bestfriend bagi belimbing buluh. Apa lagi, Kerabu la kita. Dah lama dah nak merasa belimbing buluh nih.
Bahan-bahan:
Belimbing buluh (dihiris nipis)
Bawang merah (dihiris halus)
Kelapa goreng
Isi ikan goreng
Timun (dihiris)
Bunga kantan (Diracik halus)
Daun kesom (diracik halus)
Budu & gula
Cara Membuat:
1. Hiris nipis semua bahan-bahan dan masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan sedikit budu dan gula.Ikut citarasa.
Udang celup tepung, hidangan yang mesti dalam senarai bila makan di kedai tomyam. Sedapnya bila dimakan dengan pencicah.
Peliknya, bila buat kat rumah udang celup tepung tak berapa nak menjadi seperti yang dimakan di kedai tomyam. Apa silapnya dan mungkin juga bahan yang kita guna tak sama.
Jafi, Fatyma Idris berkongsi resipi yang boleh mak-mak buat di rumah. Hasilnya memang sama bila kita mkan udang celup tepung di kedai tomyam.
Bahan-bahan:
Udang
Tepung blue key self raising flour (kotak warna pink)
Telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan je.
2. Campur semua bahan lain seperti tepung, telur, garam.
3. Masukkan air secukupnya. Jangan terlalu cair sangat dan tak nak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
Nota: Bagi menghasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Mungkin guna tepung lain tak menjadi kot. Nanti bolehlah cuba cara ini pula.