Buat Sendiri Sambal Bilis Crispy, Rasa Sama Macam Beli Kat Kedai, Puas Hati!

Share

Sambal bilis crispy, salah satu kudapan yang sangat digemari oleh sesiapa saja. Nak makan dengan nasi atau nak ratah macam tu pun boleh. Sedar-sedar boleh habis satu botol.

Kalau beli kat kedai, harga sambal bilis crispy pun boleh tahan juga harganya. Sedangkan kalau buat sendiri kat rumah, berapa sangat modalnya. Cuma yang tak pasti tentang rasa sedap dan kemenjadiannya sama atau tidak macam beli kat kedai.

Kali ini, Ziela Mazlan berkongsi resipi paling mudah dan senang untuk kita buat sambal bilis crispy. Caranya senang sangat dan gerenti sama macam beli kat kedai.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sambal Bilis Kekal RANGUP Sampai Seminggu, Jangan Guna Bawang Merah!

Cara Masak IKAN SAMBAL THAILAND Sedap, Cukup Rasa Masam Masin Manis Pedas!

Sambal Bilis Crispy, Buat Sendiri Di Rumah

Bahan-bahan:

Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Bawang goreng
Cili kering goreng (blend kering)
Kiub ayam
Garam dan gula

Cara Membuatnya:
1. Pecahkan kiub ayam dalam minyak panas, minyak tu agak-agak dan ikut anggaran sendiri seperti nak buat sambal. Kacau sebati dengan api sederhana.
2. Masukkan cili kering goreng yang dah di kisar (Boleh kisar dengan chopper). Kacau sebati bersama dengan kiub ayam tadi.

3. Perasakan dengan garam dan gula. Pastikan cukup rasa.

4. Padamkan api dan biar sambal betul-betul sejuk, barulah masukkan ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan bawang goreng tadi. Gaul sebati dan siap.

p/s: Bila dah makan, rasanya sama dengan yang kita beli kat luar. Memang puas hati kalau buat sendiri. Cara nak sediakan pun sangatlah mudah.

Mingguan Wanita : Memang sedap sangat ni. Sambil-sambil tengok tv pun boleh habis ni.

Sumber: Ziela Mazlan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora