Jika lalu di kedai bakeri di shopping mall, selalu terbau Rotiboy yang semerbak harum aroma kopi dan mentega.Tekstur roti yang rangup diluar namun cukup lembut didalam, memang sedap dimakan panas-panas.Kalau selalu kita beli Rotiboy di kedai, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah.

Boleh ikut resipi Roti Boy yang dikongsikan oleh Puan Amy Akim ini sebagai rujukan;

“Suami kata lepas ni dah tak payah beli dekat kedai.”

Resepi Roti Boy @ Mexican Bun :

Bahan Roti :

300gram @ 3 cawan tepung gandum
70gram gula
30gram marjerin
Sebiji telur
1 sudu besar mauripan
150ml susu segar
Esen vanila
Secubit garam
Salted Butter@buttercup (untuk inti)

Bahan (Topping) :

50gram tepung gandum
40gram gula
60gram marjerin
Sebiji telur
2 sudu besar nescafe + air suam (sekadar boleh larut)
Esen vanila

Cara Membuat:

1. Campurkan yis@mauripan dengan susu segar & gula. Biarkan dalam 10 minit.
2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dan masukkan marjerin gaul sampai jadi macam serbuk roti. Kemudian masukkan telur, secubit garam & esen
vanila.
3. Masukkan bancuhan yis@mauripan tadi. Uli sampai tepung tak melekat di tangan. Tambah tepung sikit demi sikit kalau adunan lembik. Uli doh dalam 10 minit. Lagi lama uli lagi lembut doh roti.
4. Tutup doh dengan kain yang lembap. Saya guna napkin je. Perap doh selama 1 jam.
5. Selepas doh naik, tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin.
6. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Saya buat 50 gram untuk setiap doh jadi boleh dapat 13 biji roti.
7. Masukkan butter dalam doh jadikan inti roti dan bulat-bulatkan. Letak atas baking tray yang disapu marjerin. Tutup dan biarkan dalam 10 minit.
8. Sementara tu boleh sediakan topping. Blend marjerin dan gula, kemudian baru masukkan bahan-bahan lain. Last sekali baru masukkan tepung. Blend sebati. Masukkan dalam piping beg.

IKLAN

Posted by Amy Akim on Saturday, 18 April 2020

9. Buat lingkaran topping dari tengah roti. Cukup topping bahagian atas tak perlu sampai bawah sebab topping akan cair ke bawah semasa roti dibakar.

10. Panaskan oven dalam 10 minit, baru bakar roti guna api atas & bawah dengan suhu 170°c selama 20 minit bergantung pada suhu oven masing-masing.

Info Ekstra!

Untuk inti letak seketul butter kecik. Saya potong agak-agak size 1 sudu teh camtu.
Jangan isi inti penuh sangat, pastikn bawah tu tutup rapat macam isi inti pau.

Baca Lagi Di Sini:
Cara Betul Bakar Kek, Tart, Biskut, Puding Roti, Guna Pemanggang Ajaib
Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

MW: Mudah je nak buat RotiBoy di rumah. Jimat tak payah beli di kedai lagi, puas hati makan. Nak buat pun senang je.

Sumber: Amy Akim