Buat Sendiri Roti Nan Cheese, Masak Atas Kuali, Frozenkan Pun Sedap

Punyalah sedap resepi Roti Nan Cheese gebu yang Puan Maria Nazri Said ini kongsi. Sampai tak sempat nak buat pencicah, dah licin anak-anaknya makan. Yang penting, mudah disediakan dan boleh difrozenkan. Bila nak makan, cuma panaskan atas kuali saja.

Kata ibu ini lagi, dia tak kisah pun walau anak-anak makan roti nan cheese gebu sampai licin. “Takpe mama always work from home. Tak PKP pun memang itulah kerja mama.

Esok buat sambal bilis dulu baru buat rotinya. Anak-anak cakap macam tu je pun dah sedap. Hmm.. suka hati mu lah nak.

“Saya nak share kat sini. Nan cheese ini boleh juga difrozenkan atau kalau tak nak frozen letak kat bahagian sejuk biasa tu pun boleh. Bakar je nan cheese macam biasa. Dan dah sejuh, buh dalam bekas dan letak kat fridge.”

Kalau Buat Banyak Dan Nak Bagi Tahan

  • Letak dalam freezer (peti sejuk bahagian beku). Bila nak makan, ambil dan panaskan dalam microwave atau atas kuali pun boleh. Masih lembut teksturnya.

Cara Buat Roti Nan Cheese GEBU

Mudahnya Buat Roti Nan Cheese GEBU, Masak Atas Kuali, Frozenkan Pun Sedap

Bahan-bahannya dalam gambar

Mudahnya Buat Roti Nan Cheese GEBU, Masak Atas Kuali, Frozenkan Pun Sedap

Gaulkan bahan bancuhan yis; susu suam, air suam, gula, dry yis. Biar sampai kembang.

IKLAN

Masukkan tepung dalam bancuhan yis. Beserta garam halus. Gaul-gaul masukkan minyak. Uli sekejap je sampai tak melekat. Perap lagi dalam sejam.

Mudahnya Buat Roti Nan Cheese GEBU, Masak Atas Kuali, Frozenkan Pun Sedap

Dah kembang bahagikan kepada 6 bahagian, uli bulat. Masukkan cheese.

Klik sini untuk tengok video bahagi 6 bahagian.

Mudahnya Buat Roti Nan Cheese GEBU, Masak Atas Kuali, Frozenkan Pun Sedap

IKLAN

Tabur tepung sebelum bakar, bagi roti nan cheese gebu ni tak melekat.

Mudahnya Buat Roti Nan Cheese GEBU, Masak Atas Kuali, Frozenkan Pun Sedap

Leperkan macam ini.

Mudahnya Buat Roti Nan Cheese GEBU, Masak Atas Kuali, Frozenkan Pun Sedap

IKLAN

Bakar atas kuali non stick sampai sedikit garing. Dah siap!

Mudahnya Buat Roti Nan Cheese GEBU, Masak Atas Kuali, Frozenkan Pun Sedap

Ni roti nan cheese yang di frozen kan… saya buat semalam.. hari ni dah tinggal sekeping ni.. berebut dengan anak bongsu. Dah panas kan.. masih lembut dan gebu.

Selamat mencuba.

Saya halalkan resepi. Dan terima kasih atas doa-doanya. Semoga yang baik-baik diberikan buat kita semua.. Aminnn.

Pagi buat garlic nan, petang buat cheese nan. Guna doh yang sama gebu yang amat.

Sumber/Foto : Maria Nazri Said

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI