Buat Sendiri ROTI Gebu Lembut, Mudah Guna Kaedah KUKUS!

Share

Buat Sendiri ROTI Gebu Lembut, Mudah Guna Kaedah KUKUS!Sedapnya makan roti panas-panas. Kebiasaannya roti dibakar di dalam ketuhar, namun ikut resipi khas yang dikongsikan ini, lebih mudah guna kaedah kukus. Hasilnya roti lebih lembut dan gebu.

Ikut resipi khas buat roti untuk kaedah kukus seperti yang ikongsikan oleh Puan Khairunnisa Mohammad ini sebagai panduan.

“Sis, resepi ni boleh kukus tak?”

Bolehhhh. Ni kita share resepi yang boleh kukus. As usual, tepungnya dalam secawan lebih saja.

Bahan-Bahan:

150g tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Gula dan butter yang dicairkan untuk topping

Cling wrap boleh beli di sini: https://invle.co/clen01t

Cara Membuat:

1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata.

2. Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin. Perap sampai doh naik 2 kali ganda.

3. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci.

4. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda.

5. Kukus dengan api sederhana 35-40 minit. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.Jangan tutup sampai ngam-ngam. Biar longgar sikit.

6. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/butter cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.

 

Nota kaki:
Kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu je. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus. Nanti masa kukus dia akan mengembang lagi. Tapi loyang jangan balut ketat sangat ye masa kukus tu. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.

Kena tutup loyang pakai cling wrap supaya air tak menitis atas roti. Kalau kena air, nanti roti tak dapat kembang.

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:ROTI CANAI Homemade Nipis, Tak Pandai Tebar Tarik-Tarik Je Atas Belakang Dulang!
Baca Lagi Di Sini:

Resipi Roti Sosej Cheese Makan Tak Cukup Satu, Bekal Seisi Rumah!
Artikel Menarik:Resipi ‘ROTI BOY’ Senang Guna Sukatan Cawan, Aroma Kopi Rasa Lemak Manis!

Mingguan Wanita:Menariknya resipi roti kukus ni. Lebih mudah lembut dan gebu. Tiada ‘oven’ dekat rumah pun boleh buat roti.

Sumber: Khairunnisa Mohammad

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab