Buat Sendiri ‘Rak Serbaguna’ Ini, Dari Frame Kedai Eco Je

Paling penting, rak serbaguba dari frame kedai eco ini kosnya tak mahal mana. Banding beli siap di kedai. Mak-mak boleh pasang sendiri je dekat rumah.

Wanita ini, QisAina Kreatif kongsikan tutorial membuat ‘rak serbaguna’ dari frame kedai ECO.

Maaf kalau tutorial ini tak cukup lengkap dan tak detail’ sangat. Al maklum ada step yang terlupa nak snap pic bila tengah khusyuk bertukang.”

Semoga membantu bagi sesiapa yang ingin mencuba. Step by step boleh tengok pic di bawah.”

Cara Buat Rak Serbaguna, Dari Frame Hiasan Kedai Eco

 

Buat Sendiri ‘Rak Serbaguna’ Ini, Dari Frame Kedai Eco Je

Bahan-bahan yang diperlukan :

Pemegang Pintu
Tukul
Besi L
Paku
Skru Drill
Engsel
Magnet Almari

 

Buat Sendiri ‘Rak Serbaguna’ Ini, Dari Frame Kedai Eco Je

Bahan utama ialah :

10pcs frame hiasan Eco
Saiz 18cm × 42cm

 

Buat Sendiri ‘Rak Serbaguna’ Ini, Dari Frame Kedai Eco Je

IKLAN

Step pertama yang saya buat. Saya sambungkan engsel di antara papan yang akan dijadikan pintu dengan papan-papan untuk kiri kanan rak.

Maksudnya, pintu rak kanan disambung dengan papan sebelah kanan. Dan pintu sebelah kiri disambung dengan papan sebelah kiri. Jangan pulak korang pi sambung pintu satu dan papan kiri dan kanan.

Ini cara saya ek. Kalau orang yang dah teror. Maybe lain step yang dia akan buat dulu.

 

Buat Sendiri ‘Rak Serbaguna’ Ini, Dari Frame Kedai Eco Je

Dari 10pcs papan frame tadi. Ada 3pcs yang saya potong. Sebab yang ni saya nak gunakan sebagai papan di dalam rak dan untuk lapisan bawah rak.

Tips cara saya ukur nak potong papan ini ialah ikut kelebaran pintu kiri kanan.

 

Buat Sendiri ‘Rak Serbaguna’ Ini, Dari Frame Kedai Eco Je

IKLAN

Seterusnya cantumkan papan sebelah kiri or kanan dengan papan utk bahagian bawah rak yang telah dipotong.

 

Buat Sendiri ‘Rak Serbaguna’ Ini, Dari Frame Kedai Eco Je

Bila dah siap cantumkan bahagian papan dari kanan dengan papan bahagian bawah rak. Cantumkan pula papan bahagian atas rak dengan papan yang tidak dipotong.

Tapi ini terpulang pada korang ler. Nak sama semuanya or nak buat macam saya ni. Kalau nak sama, kena ler potong sama macam bahagian bawah.

 

Buat Sendiri ‘Rak Serbaguna’ Ini, Dari Frame Kedai Eco Je

Pic ni cuma saya nak tunjuk saya pasangkan besi L tu di dalam bahagian rak. Besi L ni saya gunakan untuk letakkan papan grem untuk bahagian dalam rak. Tapi kalau korang nak pakukan terus papan bahagian dalam ni pun tak per. Ikut kreativiti masing-masing.

IKLAN

 

Buat Sendiri ‘Rak Serbaguna’ Ini, Dari Frame Kedai Eco Je

Last sekali, saya pasangkan pemegang pintu. Kalau tak ada ni.. susah pulak nak buka pintu tu kan?

Ini pun ada yang saya lupa nak snap pic iaitu saya pasangkan magnet untuk pintu bahagian dalam rak ni. Pandai-pandai korang lah ek.

 

Buat Sendiri ‘Rak Serbaguna’ Ini, Dari Frame Kedai Eco Je

Ini hasil pertama rak yang saya buat. Time ni mood masih terlebih rajin. Itu yang balut segala frame dulu sebelum cantumkan menjadi rak.

 

Buat Sendiri ‘Rak Serbaguna’ Ini, Dari Frame Kedai Eco Je

Ini pula hasil rak daripada frame hiasan kedai Eco. Saya panggil sebagai ‘rak serbaguna’.

Kalau orang jenis memang suka bertukang. Boleh je order papan ikut saiz yang dikehendaki. Tapi ini saya just guna papan frame hiasan yang senang dicari di kedai Eco atau kedai-kedai lain je.

Selamat mencuba.

Sumber/Foto : QisAina Kreatif

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI