Buat Sendiri Racun Organik Daun Neem, Wanita Tani Ini Buktikan Ulat Jauhi Tanaman

Mak-mak yang menanam pokok, berkebun secara suka-suka mahupun komersial tentu berdepan dengan masalah serangan serangga perosak pada tanaman. Rupanya daun neem ini amat berkuasa untuk menjauhkan serangga perosak dari tanaman.

Sebab itu, serangga perosak perlu dikawal kehadirannya. Ada bermacam cara misalnya penggunaan racun serangga. Sebaiknya gunakan racun serangga yang organik, kerana makanan yang kita makan kelak bebas bahan kimia.

Wanita tani ini, Nurwahidah Hambali berkongsi panduan penyediaan ramuan herba terbaik menghasilkan kawalan organik untuk mencegah serangan serangga perosak seperti ulat ratus, white fly, aphids, mites dan pelbagai lagi.

Daun neem sangat terkenal di negara India sebagai baja dan kawalan organik. Saya menggunakan daun neem untuk kawalan ulat. Sangat berkesan.”

Dan dalam adunan produk organik saya akan akan masukkan daun neem sebagai salah satu formulasi yang terbaik.”

Ads

 

Buat Sendiri Racun Organik Daun Neem, Wanita Tani Ini Buktikan Ulat Jauhi Tanaman

Penyediaan Kawalan Serangga Daun Neem Secara Segar

1 kg daun neem
1 liter air

Ads

√   Rendam semalaman
√   Bancuh 200ml untuk 20 liter air dan sembur pokok.

Cara Penyediaan Untuk Simpan Lama

1kg daun neem
1kg gula merah
1 liter air beras

Ads

√   Peram daun neem dan gula merah selama 10 hari.
√   Lepas tu campur air basuhan beras yang telah diperam 3 hari.
√   Peram lagi selama 20 hari.

Ini Cara Gunakan Kawalan Serangga Daun Neem

5ml untuk 1 liter air..
Sembur seminggu sekali

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Nurwahidah Hambali

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI